Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • - PETALING JAYA – Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria kini secara rasmin menyandang jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas dipilih sebulat ...
    51 minutes ago

Wednesday, December 25, 2013

SAIFUDDIN ABDULLAH UMUM MASUK PKR..???

ScreenHunter_06 Dec. 25 04.13

Kecenderungan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, yang suka memberikan kenyataan “seirama” dengan dakyah pembangkang sememangnya sudah lama kita ketahui. Meskipun dia di dalam “Barisan” dan merupakan pemimpin UMNO, nadanya sering seperti Mahfuz Omar…

Semalam, Saifuddin Abdullah “buat hal lagi”. Dia yang digugurkan dari menganggotai barisan kabinet seolah-olah berada di bangku pembangkang pada penggal ini apabila meminta pihak kerajaan “memahami hasrat rakyat untuk mengadakan himpunan protes pada 31 Disember ini.

Katanya, pihak kerajaan perlu memahami bahawa kenaikan kos sara hidup dan kadar tol memberikan kesan terhadap rakyat. Justeru itu dia mahu kerajaan faham “hasrat” tersebut.


Saya tidak tahu apa maksud Saifuddin sebenarnya. Apakah dia mahu kerajaan membenarkan puak-puak Pakatan Haram mengetuai himpunan protes “gulingkan kerajaan” yang dikatakan akan berlangsung pada malam tahun baru nanti? Dari gaya bahasanya, memang begitulah lebih kurang…

Saya tertanya-tanya, dalam permintaan Saifuddin yang mahu kerajaan memahami hasrat rakyat itu, apakah Saifuddin sendiri memahami hasrat dan dasar Kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak?

Saifuddin faham atau tidak tentang hasrat Kerajaan? Atau Saifuddin tak faham dan lebih suka fahamkan diri bersama puak-puak Pakatan Haram yang mengambil kesempatan untuk menyalahfahamkan rakyat tentang isu kenaikan kos sara hidup dan kadar tol?

Saya faham kerajaan ada berjanji di dalam manifesto PRU ke-13 yang lalu mengenai isu ini. Namun, saya juga faham keadaan semasa yang mendesak kerajaan melakukan yang terbaik untuk ekonomi negara dan kos sara hidup rakyat supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Pada saya, sebagai pemimpin UMNO, Saifuddin sepatutnya memahami konsep, dasar dan hala tuju kerajaan pimpinan Najib. Kalau dia benar-benar faham, dia sepatutnya menerangkan pada rakyat mengenai justifikasi tindakan kerajaan itu dan BUKANNYA terpengaruh dengan dakyah pembangkang!

Saya juga rakyat dan saya juga rasa terkesan dengan kenaikan kos sara hidup serta kadar tol tersebut. Namun saya tidaklah begitu “bengap” sehingga bersetuju dengan tindakan mengadakan himpunan protes yang selalunya akan berakhir dengan kekecohan, maki hamun dan dosa percuma!

Saya lebih terdorong untuk berdoa pada Allah SWT supaya Datuk Seri Najib dan kepimpinan kerajaan diberikan kemudahan, idea yang bernas dan berhikmah serta berusaha mencari jalan untuk mengatasi kenaikan kos sara hidup dan kadar tol tersebut.

Apa gunanya jadi pemimpin di kem kerajaan jika bersetuju dengan tindakan liar, berhimpun bukan muhrim, berpakaian tidak senonoh, maki hamun, caci cerca dan melakukan sesuatu yang tidak berfaedah di malam tahun baru?

Alangkah baiknya jika Saifuddin menggesa agar mereka-mereka yang gagal mengawal nafsu amarah itu supaya berhimpun mengadakan solat hajat di Stadium Shah Alam supaya Allah memberikan jalan kepada Datuk Seri Najib mengatasi masalah rakyat itu. Bukankah itu lebih baik?

Beginilah. Kalau Saifuddin tersinggung dengan artikel ini, saya mohon maaf. Saya hanya melontarkan pandangan saya sahaja. Saya juga rakyat, bukan? Itu hasrat saya. Saifuddin faham hasrat saya?

Kalau Saifuddin faham, saya suka untuk meminta Saifuddin menarik balik kenyataannya itu dan tolonglah jangan keluarkan kenyataan sebelum berfikir menggunakan akal dengan baik. Itu kufur namanya…

Seperkara lagi, adalah menjadi hasrat saya untuk melihat Saifuddin berterus terang mengaku meletakkan dirinya di kem kerajaan atau di kem pembangkang. Berlaku adillah dengan diri sendiri dan adil itu bermaksud “meletakkan sesuatu kena pada tempatnya”.

Maksud saya, kalau mahu terus berada di kem kerajaan, buatlah cara mahu bersama kerajaan. Tapi kalau mahu terus “seirama” dengan pembangkang sebagaimana sekarang, “Saifuddin nampak itu pintu besar atau tidak”? Maka faham-fahamlah, kan?

5 comments:

usin said...

tiada siapa boleh nafikan bahawa cik pudin ni awal2 lagi cenderung, malah menjadi jurucakap pembangkang sejak berada dalam kabinet lagi. kini beliau sudah hilang tiada kedudukan dalam umno, makanya makin terserlah apa yg telah berada lama dalam perut beliau. cumanya, kita masih tertunggu-tunggu tarikh keramat bila cik pudin ni akan umum keluar umno dan isytihar masuk parti pimpinan cik nuar. apapun, makhluk umpama ulat @ langau bagus tinggalkan umno kerana hanya menjadi perosak. biarlah ciri-ciri ulat @ langau ni menjadi penyeri dan pewangi dalam pkr.

Anonymous said...

Nasib baik dia bukan lagi menteri cabinet. Mulai sekarang kita ignore jelah statement yang keluar dari mulut dia. Dapat publisiti murahan pulak. Publisiti, itu yang dia mahukan.

Anonymous said...

duri dalam daging

Anonymous said...

Saifuddin memanglah mutiara dikalangan Penyamun2 Racis UMNO. Bila dunia ini nak hapuskan org2 UMNO kita tak tahu, tapi harapan ialah Tuhan akan membawa bencana ke atas org2 UMNO yg telah bunuh, rompak hari demi hari , sampai nak demo tunjuk kesalahan mrk pun tak boleh, Bangsat Melayu UMNO.

praha2 said...

umno mosti pocat dio. sebelum pru 13 pun dio dah berlagak cam opposition apotah lagi sekarang? kuaso tak de, jawatan pun dah hangus. apo tunggu lagi keluar lah.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!