Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, December 31, 2013

PEDASS..!!! BACA SENDIRI...TAKTAU NAK KATA APA DAH...

naik2

Baru-baru ini memang ramai puak Pakatan Haram yang bertepuk tangan apabila mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menasihati Kerajaan agar menggunakan mekanisme mengurangkan kos pengurusan dan pentadbiran kerajaan bagi mengelak tindakan menaikkan kos sara hidup kita.

Kemudian, ada pula “kutu” yang menambah-nambah pula di belakang nasihat Tun M itu, kononnya mantan PM itu “sekolahkan” Najib. Kononnya Tun M menyebelahi Pakatan Haram dalam isu kenaikan kos sara hidup itu, Najib boros berbelanja dan meletakkan kesan boros itu pada rakyat. Begitulah “otak” puak pembangkang di negara kita…

Saya setuju dengan nasihat Tun M. Namun saya lebih yakin bahawa Datuk Seri Najib tahu apa yang beliau lakukan demi memastikan ekonomi negara lebih kukuh di bawah pentadbirannya. Lagipun, Najib bukannya lulusan sastera macam “bekas Menteri Kewangan” yang seorang itu, kan?


Dramatik, Najib hari ini mengumumkan berita “pedih” untuk Pak-Pak Menteri kita. Gaji mereka dipotong 10% mulai bulan depan! Bayangkan, sedang DUN Selangor menaikkan gaji mereka sebanyak beratus-ratus peratus, tiba-tiba pula gaji Menteri-Menteri BN dipotong-potong? Harap Pak Menteri kita semua tidak cepat melatah…

Selain itu, PM juga mengurangkan elaun tol di antara RM50 hingga RM100 (sekitar 30%)dan elaun keraian bagi pegawai-pegawai kanan JUSA C. Malah kerajaan juga bertindak men”down grade”kan kelayakan para pegawai kerajaan JUSA C ke bawah yang kini hanya layak terbang di kelas ekonomi sahaja.

Secara drastik pada 1 Januari ini, kerajaan juga mengurangkan kos utiliti sebanyak 5% di semua Kementerian (termasuk kementeriannya sendiri), jabatan, agensi dan premis kerajaan. Bahkan kerajaan juga membekukan permohonan atau kelulusan bagi sebarang ubah suai ruang pejabatnya.

Dalam kenyataan PM itu juga, dijangka premis-premis kerajaan akan “packed” dan “sendat” kerana penggunaan ruangnya akan dioptimumkan sehabis mungkin, manakala kerajaan juga komited untuk mengurangkan sewaan premis.

Najib menegaskan bahawa penggunaan “consultant” pun akan dikurangkan. Kalau digunakan khidmat mereka sekalipun, ia akan disaring dengan lebih ketat terlebih dahulu. “Door gift” dan cenderahati di majlis-majlis pun akan dikurangkan tahun depan.

Sebenarnya banyak lagi kos kerajaan yang akan dikurangkan ada tahun depan kalau dirujuk pada kenyataan PM semalam. Bacalah sendiri di media konvensyenal. Nanti kalau ditulis di sini, “muntah” pula puak-puak Pakatan Haram membacanya, kan?

Merujuk pada kenyataan Najib itu, saya benar-benar yakin beliau sangat serius dalam usahanya mengukuhkan lagi ekonomi negara.

Bukan saja pendapatan negara bakal meningkat dengan menarik balik subsidi secara berperingkat dan mengutip cukai dengan lebih berkesan dengan GST pada tahun 2015, malah Najib juga begitu terperinci mengurangkan kos pengurusan dan pentadbiran kerajaan sebagaimana yang disarankan Tun M!

Najib bijak bila beliau tidak melatah seperti Pak Lah bila Tun menasihati beliau. Namun beliau cepat menjelaskan secara berhikmah pada nasihat “bapa” dan “mentor”nya itu. Dalam ertikata lain, Najib bukan saja berjimat, malah bijak menjana pendapatan negara…

caj lesen perniagaan AP

Berlainan pula dengan kerajaan Pakatan Haram. Khalid Ibrahim di Selangor naikkan gajinya dan kroni-kroni Kerajaan Negeri Selangir yang tidak munasabah tingginya. Kemudian dia jual aset-aset Kerajaan Negeri, naikkan cukai beratus peratus dan naikkan lesen perniagaan sampai 400%. Bila cukai dan lesen naik, Khalid ingat peniaga tak naikkan harga barang dan perkhidmatan?

ScreenHunter_03 Dec. 31 04.52

Di Pulau Pinang pula, Guan Eng “CAT” tersengih-sengih macam kerang busuk di tepi Mercedes-Benz S300L yang dianggarkan berharga lebih RM500,000. Setengah juta ringgit duit rakyat digunakan untuk Guan Eng melaram keliling pulau? Baru saja Guan Eng beli Camry beberapa bulan lepas, kemudian beli pula kereta mewah? Joli sakan duit rakyat nampaknya ya?

guan-eng-camry

Tapi memang sudah dasar puak Pakatan Haram yang tak tahu malu, mereka yang boros belanjakan duit rakyat, tapi mereka tuduh pula pemimpin BN boros berbelanja. Saya tertanya-tanya, tidakkah pengikut-pengikut Pakatan Haram itu nampak dan dapat berfikir secara waras tentang tindakan pemimpin-pemimpin mereka itu? Macam itu pun masih nak sokong?

Justeru itu saya menyarankan agar semua rakyat “buka mata seluas mungkin” tentang hakikat sebenar yang terjadi dalam landskap politik Malaysia. Allah SWT sudah hidangkan di depan mata, masih lagi penyokong Pakatan Haram tak nampak? Apa buta sangatkah hati mereka?

Sumber: Mykmu.net

2 comments:

Anonymous said...

Saya pun yakin PM Najib ada berbagai idea lagi utk di laksanakan demi kepentingan rakyat,kita perlu bersabar dan terus menyokong apa yg baik.Langkah berjimat yg beliau lakukan sekarang walau pun nampak kecil,tapi cukup bermakna dan kalau di bandingkan dgn langkah menaikan gaji di Selangor ianya menjadi lebih bermakan serta membanggakan utk kita semua sebagai penyokong Najib.

Anonymous said...

PGI = Pergi mampus

Bila Kak Su Bersuara... Heh!