Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, December 19, 2013

Najib bukan nak masuk "Anugerah Bintang Politik Popular BH" punnnn... Heh!

Najib-Malaysia

Seronok betul puak-puak Pakatan Haram apabila Merdeka Center beritahu populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, jatuh baru-baru ini. Kajian Merdeka Center itu dibuat berdasarkan jumlah 1,005 responden yang terdiri dari pengundi Melayu, Cina dan India di Semenanjung Malaysia.

Kononnya, antara faktor yang menyumbang pada penurunan populariti itu ialah isu kos sara hidup yang meningkat mendadak berkaitan kenaikan harga petrol, gula, dan ditambah pula dengan kenaikan kadar tol pada tahun depan serta perlaksanaan GST pada tahun 2015.

Bermodalkan kajian Merdeka Center itu, saya percaya puak-puak pembangkang akan usung isu tersebut keliling kampung di seluruh negara. Tiada tujuan lain, semata-mata bemotifkan politik dan menjatuhkan kreadibiliti Perdana Menteri serta Kerajaan BN di mata rakyat yang resah bila dimomok dengan perkataan “naik harga”.


Saya tertanya-tanya, apakah kaijan Merdeka Center itu punya kreadibiliti? Siapa pengundi yang mereka kaji sebagai responden? Pengundi Melayu yang berada di Markas PAS Taman Melewar, kah? Pengundi Cina di Puchong, kah? Atau pengundi India berdekatan rumah N Surendren dan Latifah Koya?

3e3e81fb1ada249156ad7031c90c70b1

Adilkah populariti Perdana Menteri ditentukan oleh hanya 1,005 orang responden sahaja? Merdeka Center perlu ingat bahawa kajian mereka itu bukan melibatkan subjek sembarangan. Subjek mereka ialah Perdana Menteri, bukan ketua kampung atau pengetua sekolah…

Apakah latar belakang responden yang dikaji Merdeka Center berkenaan hal ehwal ekonomi negara itu? Mereka ahli ekonomi, kah? Lulusan ekonomi tahap sarjana, kah? Kalau ditanya pada Kak Limah peniaga goreng pisang, dia mana tahu tentang ekonomi negara secara khusus. Kalau ditanya soal tepung atau minyak masak naik harga maka tahulah dia…kan?

Jadi, dimana relevannya kajian Merdeka Center itu untuk diguna pakai sebagai rujukan populariti Perdana Menteri? Rasanya lebih wajar dibakul sampahkan saja…

Apa yang Merdeka Center dan Pakatan Haram perlu tahu bahawa Najib langsung tidak menggunakan pendekatan populis untuk membeli jiwa rakyat. Pendekatan itu sama juga seperti yang digunapakai mantan Perdana Menteri, Tun M, ketika mentadbir negara.

Ketika Anwar sebok melobi dan beriya-iya mahu Tun M meminjam dari sahabat Yahudi IMFnya seperti negara Asia Tenggara lain pada krisis ekonomi 1997-1998 dulu, Tun M selamba saja bertindak tidak popular dengan menambat matawang negara. Tun M dikritik hebat oleh pembangkang dan ramai pihak dari luar negara.

Namun, kerana tindakan tidak popular Tun M itulah juga akhirnya beliau dipuji setinggi langit oleh pakar-pakar ekonomi dunia. Itu membuktikan bahawa kadangkala tindakan tidak popular itu tepat demi kepentingan masa depan negara. Kalau diikutkan tindakan popular Anwar ketika itu, rasanya sampai sekarang Malaysia masih tergadai di tangan sahabat Yahudi IMFnya itu, kan?

Soal ekonomi negara bukan soal “botol kicap”. Ia juga tidak semudah “ekonomi rumahtangga”. Kadangkala, si suami pun menggunakan pendekatan tidak popular dengan melarang isterinya “shopping” sakan di kompleks membeli belah. Besar risiko yang diambil si suami itu, dia mungkin terpaksa tidur luar dan berdepan isteri “muncung” selama berhari-hari…

Namun si suami percaya bahawa jika dibiarkan isterinya “shopping” sakan, ia mungkin akan menjejaskan kestabilan ekonomi rumahtangganya. Mungkin si suami tidak dapat bayar sewa rumah nanti, mungkin tak dapat beli susu anak, atau mungkin nanti terpaksa mengikat perut tak makan kerana terpaksa membayar hutang kad kredit!

Begitulah seorang ketua yang bertanggungjawab melindungi ekonomi tanggungannya. Dia sanggup tidur di ruang tamu kerana tindakan tidak popular, asalkan ekonomi rumahnya stabil dan mereka sekeluarga tidak merempat selepas “shopping” sakan, bukan?

Maka samalah jua dengan tindakan Najib Tun Razak. Lagipun, beliau lulusan ekonomi dari UK dan bukannya lulusan sastera “cukup-cukup” makan dari UM. Saya yakin beliau tahu dengan tindakannya itu. Beliau sedar tindakannya itu akan dibantah ramai, khususnya pembangkang yang akan mengapi-apikan rakyat untuk berdemo lagi…

Pada saya, biarlah Najib tidak popular sekarang asalkan nanti beliau popular dan berterima kasih padanya di belakang hari. Perdana Menteri sendiri beritahu bahawa dia tidak mengejar populariti dalam soal kompromi ekonomi negara, bukan? Lagipun, Najib bukannya nak masuk “Anugerah Bintang Politik Paling Popular” pun, kan? Wallahu’alam…

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!