Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, December 5, 2013

Muslimat PAS Ambil Tindakan Disiplin Pada Ummi Syifa'..???

1005356_537285549676927_1983739021_n

Agak panas semalam di blog-blog dan portal-portal media alternatif mendedahkan tentang seorang wanita bertudung labuh yang menggelar Pengetua Pusat Pendidikan Islam Al-Barakah merangkap pendakwah terkenal, Al-Fadhil Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz dengan gelaran “Ustaz Khinz*r”.

Dalam pendedahan tersebut, seorang wanita yang menggunakan nama Ummi Syifa’ memberikan komen di dalam laman sosial Facebook berbunyi “Bkan ust kazeem tp ust khinzir…hua3″, yang bermaksud dia menukar nama Ustaz Kazim Elias kepada “Ustaz Khinz*r”. Rasanya tidak susah untuk menafsir niat dan kenyataan Ummi Syifa’ itu, bukan?

Setelah disiasat beberapa blogger, maklumat mendedahkan bahawa Ummi Syifa merupakan salah seorang ahli Muslimat PAS yang aktif di Terengganu. Malah bukti bergambar juga mendedahkan bahawa wanita bertudung labuh itu berkemungkinan berjawatan di dalam PAS di kawasan DUN Jerteh.

56
Sebagaimana maklum, Ustaz Kazim sememangnya menjadi mangsa serangan para penyokong PAS sebelum PRU ke-13 lagi iar pun ketika itu beliau merupakan salah seorang ahli PAS. Namun sejak beliau ditawarkan menganggotai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, makin berganda-ganda fitnah, ugutan, caci nista dan maki hamun yang beliau terima dari penyokong-penyokong PAS.

Subjek saya bukanlah pada Ustaz Kazim sebenarnya. Sebagai pendakwah berpengalaman di negara kita khususnya di akhir zaman, saya kira Ustaz Kazim sudah lali dan tabah menghadapi caci maki, khususnya dari segelintir umat Islam yang pada saya “tidak tahu” dan “bodoh sombong”.

Jadi, saya lebih gemar untuk menjadikan Ummi Syifa’ sebagai subjek artikel ini. Bukan apa. Ummi Syifa’ sangat sesuai untuk saya jadikan model seorang Muslimat PAS yang kononnya “memiliki tiket ke syurga” kerana menyokong sebuah parti yang “mereka saja yang Islam, yang lain kafir-kafir belaka”…

Saya beristighfar panjang membaca cerita mengenai Ummi Syifa’. Melihat pada gambar yang tersebar, rupa parasnya begitu sempurna sebagai seorang Muslimat. Tapi tak sangka pula sanggup mengeluarkan kata-kata yang begitu jijik terhadap seorang pendakwah yang hafal Al-Quran 30 juzuk!

Tidak kiralah sama ada pada Ustaz Kazim atau sesiapa sekalipun, apa hak Ummi Syifa’ untuk menggelar seseorang itu dengan gelaran sebegitu jijik? “Khinz*r”? Mengapa binatang itu yang Ummi Syifa’ pilih? Kenapa tidak pilih ayam, itik, kerbau, ikan lumba-lumba, burung kelicap atau rama-rama? Kerana haiwan bernama “khinz*r” itu sangat hina di sisi Islam sehingga perlu disamak jika menyentuhnya, bukan?

1457643_582572391791770_1852926310_n

Merujuk pada hadis Rasulullah SAW, baginda pernah melarang keras umatnya untuk memberikan gelaran yang buruk terhadap seseorang. Malah Allah SWT juga pernah berfirman “wa la tanabazu bil alqab” yang membawa maksud maka janganlah kamu menggelar seseorang itu dengan gelaran (yang buruk).

Tak payah ijma’ atau qias ulama, sumber utama Islam iaitu Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW sendiri dengan jelas melarang umat Islam melemparkan gelaran yang buruk terhadap seseorang.

Persoalannya, tidakkah Ummi Syifa’ tahu tentang perkara itu? Suaminya tidak ajarkah perkara tersebut? Apa Ummi Syifa’ rasa jika ada mana-mana pihak menggelar suaminya sebagai “Walid Al-Khinz*r”? Marah? Tersinggung? Kecewa? Murung? Malu? Dan cuba bayangkan apa yang anak isteri Ustaz Kazim rasa bila ayah dan suami mereka dilabelkan sebegitu hina?

Bagaimana pula cara PAS mentarbiyah ahli-ahli mereka? Apakah tarbiyah mereka itu mengikut lunas-lunas Al-Quran dan hadis? Itukah “makarimul akhlak” yang ditinggalkan Rasulullah SAW kepada jemaah PAS yang kononnya “lebih Islam berbanding yang lain”? Itu hasilnya bila bersama PAS?

Saya difahamkan bahawa Siti Zailah kekal sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS ketika pemilihan parti itu baru-baru ini. Saya tertanya-tanya, apakah tindakan Dewan Muslimat PAS bila seorang ahlinya mempamerkan sikap keji sebegitu? Tidak mencemar nama baik Muslimat PAS, kah? Tidak perlu ditegur atau diambil tindakan disiplin?

Saya tertanya-tanya, sebagai seorang yang mengaku Islam, apakah Ummi Syifa’ tidak merasa berdosa terhadap Ustaz Kazim? Melanggar larangan Allah dan Rasulnya, apakah Ummi Syifa rasa dia layak dikurniakan syurga Allah? Sedangkan ulama yang begitu zuhud dan kuat beribadah pun rasa tidak layak mendapat syurga Allah, apakah Ummi Syifa’ fikir dia layak dengan sikapnya yang begitu biadap?

4

Beginilah. Saya serahkan segalanya pada tuan empunya diri, Ummi Syifa’. Jika benar dia muslimat Islam, maka hubungilah Ustaz Kazim dan minta maaf pada beliau sendiri. Kemudian, jelaskan secara terbuka permohonan maaf tersebut bagi menjaga nama baik saudara seagama yang banyak berbakti pada umat Islam di negara ini.

Itupun kalau Ummi Syifa’ rasa nak buatlah. Jika enggan, saya serahkan saja pada Ustaz Kazim dan Allah SWT sama ada mahu memaafkan dan mengampunkan wanita PAS itu, terserahlah. Saya hanya mampu menasihati Ummi Syifa’ dengan menjelaskan bahawa akhlak seperti yang ditunjukkan itu bertentangan dengan ajaran Islam.

Bukan maksud saya untuk memalukan atau menyinggung perasaan Ummi Syifa’. Namun saya hanya berniat untuk menyedarkan. Kalau nak berpolitik menyokong PAS sampai tunggang langgang pun, buatlah. Namun jagalah hati dan lidah. Hati itu sangat perlu dijaga kerana jika ia busuk, maka busuklah hidup kita. Lidah pula tidak boleh berkata-kata di akhirat kelak…kan? Wallahu’alam. -Mykmu.net

3

7 comments:

Anonymous said...

Mangkok haramjadah ni punyalah taksub pada parti anutan syaitan ini sampai semuanya berwarna hijau, sampai buaian anak pun warna hijau.

ahli syurga lah katakana,... memang boleh maki hamun siapa dia suka... sebab nik najis yang pegang kunci syurga. Ahlol bahalol pas je yang boleh masuk sorga parti anutan syaitan.....

mamposlah kau wahai muslimah PAS. Memang sial lah kau dan keturunan kau!

Anonymous said...

ALLAH Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Tempoh yang ALLAH beri tu cuba bertaubat dan memohon maaf. Tapi kalau rasa amat hebat, kita akan melihat "kurnia" ALLAH untuk the so-called gelaran Umi syok2 sendiri.

HassanNik said...

Itulah Tingkatan Ilmu Orang-Orang PAS. Dia Punya Sahaja Yang Betul Dan 'Authentic'. Di Malaysia, Bagi Mereka, Selain PAS Semua Tak Boleh Pakai.

Anonymous said...

Siannn laki dua berbinikan khinzir... anak dpt mak babi.....siannnn

Anonymous said...

Eh..eh yg dalam gambar bertiga tu anak khinzir ka? Hah!! macam mana rasa pabila terkena pada batang hidung sendiri. HUA3...

Anonymous said...

pengikut PAS mana tau menggunakan bahasa yang sopan. Maki hamun adalah makanan harian mereka. Tak padan dengan penampilan dan wajah...islamiklah sangat. mulut longkang istilah paling tepat untuk puak-puak ini.

Anonymous said...

Kenapa perlu ambil tindakan?
Dia sebaliknya akan disanjung sebagai wirawati Pas!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!