Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, December 18, 2013

Mat Sabu terus unggul di Pulau Pinang..! Heh!

DSC_0374

Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu, yang semalam dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang menggantikan Datuk Salleh Man. Sebagaimana yang kita tahu, Mat Sabu memang berasal dari Pulau Pinang…

Kononnya, kembalinya Mat Sabu sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang seolah-olah boleh diibaratkan sebagai “sirih pulang ke gagang”…

Keduanya, saya ingin mengucapkan takziah kepada seluruh ahli dan aktivis PAS di Pulau Pinang kerana mereka kini berketuakan Mat Sabu, seorang pemimpin parti mereka yang sering ditolak rakyat pada setiap Pilihan Raya Umum (PRU) sejak kebelakangan ini…


Saya tidak tahu berapa ramai ahli dan pemimpin PAS Pulau Pinang yang mencebik bibir di sebalik perlantikan Mat Sabu tersebut.

Namun menurut rakan-rakan PAS di Pulau Mutiara itu, perlantikan tersebut menimbulkan tanda tanya memandangkan Timbalan Presiden PAS itu sememangnya jarang-jarang pulang ke “kampung” dan tidak tahu sangat tentang hal-ehwal sebenar PAS di negeri itu.

Namun mungkin atas terma “walaq” pada pemimpin, ahli dan pemimpin PAS di Pulau Pinang terpaksa saja terima keputusan PAS di peringkat Pusat itu.

Saya melihat, Mat Sabu bakal memikul tugas yang agak berat apabila dilantik ke jawatan nombor wahid PAS Pulau Pinang. Ia adalah kerana kedudukan PAS yang bukan saja tidak dipedulikan Kerajaan DAP pimpinan Guan Eng, malah mereka langsung tidak diberi muka untuk berkongsi kuasa yang ada.

Menurut rakan-rakan PAS yang hadir ke muktamar PAS tempohari, rata-rata mereka mengaku bahawa PAS tiada tempat di mata Guan Eng dan DAP. Hanya PKR saja yang diberi muka sedangkan ahli dan penyokong PAS sebelum ini bertungkus lumus berkempen, memberikan undi pada DAP dan PKR ketika PRU13 yang lalu.

Kata mereka, memang PAS hanya menang di satu DUN saja. Namun sebagai menyokong polisi berkongsi kuasa, mereka mahu pemimpin PAS dilantik ke jawatan-jawatan utama di dalam Kerajaan Negeri dan dasar PAS dilaksanakan di negeri tersebut.

Malangnya, bukan saja permintaan mereka tidak dilayan Guan Eng, malah dasar PAS juga langsung tidak dipeduli oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Bukan itu saja, banyak juga gerai milik penyokong PAS yang berniaga nasi kandar di tepi jalan telah disita kerajaan pimpinan DAP itu tanpa sebarang kompromi.

Itu belum lagi disebut mengenai penyokong dan aktivis PAS di Pulau Pinang yang terpaksa berpindah ekoran kawasan kediaman mereka diserahkan pada pemaju bagi tujuan pembangunan kormesil. Sudah dihalau dari pulau, kini tauke-tauke besar bertapak pula di Seberang Perai. Hasilnya, ada di kalangan mereka yang terpaksa lari ke sempadan Kedah…

Merujuk pada luahan rasa itu serta nasib yang melanda para penyokong PAS di Pulau Pinang itu, saya merasakan bahawa Mat Sabu punya tugas yang agak berat di sana. Persoalannya, mampukah dia menyelesaikan masalah tersebut?

Mampukah Mat Sabu menundukkan Guan Eng? Mampukah Mat Sabu membela nasib para penyokong PAS yang kian rasa terhimpit di bumi sendiri? Mampukah Mat Sabu menyejukkan kembali hati para penyokong PAS yang terbakar ekoran layanan buruk dari “sahabat” Mat Sabu itu?

Sebelum ini pernah kedengaran masalah tersebut dari akar umbi PAS di Pulau Pinang. Khabarnya, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat pernah berbincang soal masalah berkenaan dengan Guan Eng dan Pengerusi DAP, Karpal Singh. Namun nampaknya tiada terkesan langsung…

Kalau Mursyidul Am pun gagal menyelesaikan masalah tersebut, apatah lagi Mat Sabu, bukan?

Saya masih ternanti-nanti, apakah PAS mampu selesaikan masalah PAS-DAP di Pulau Pinang?

Bukan apa, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ada berjanji baru-baru ini untuk menyelesaikan masalah tersebut. Namun sampai sekarang ia dilihat masih lagi menemui jalan buntu…

Sekiranya masalah tersebut gagal diselesaikan dan Guan Eng masih terus menganaktirikan PAS di Pulau Pinang, saya bimbang ia akan mengakibatkan timbul spekulasi yang mengesahkan bahawa PAS terus kekal di bawah telunjuk DAP dan PKR. Bukankah ramai perwakilan PAS yang timbulkan soal tersebut? Takkan PAS buat tak peduli saja pada suara akar umbi, kot? Sampai hati…

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!