Iklan Berbayar

Ucapan Aidilfitri Mukhriz Dan Barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah

Wednesday, December 18, 2013

Mat Sabu Syiah: KDN Perlu Betulkan Kesilapan...

Bukan Tok Guru ni....KDN silap faham tuuu...
Saya agak terkejut bila blog saya ni dijadikan rujukan KDN untuk dakwaan yang mengatakan Mat Sabu itu mengamalkan fahaman Syi'ah...sila rujuk di sini...

Bukan apa, saya cuma nak beritahu pihak yang berkenaan bahawa depa tersilap sedikit fakta tentang Tok Guru Pondok yang dimaksudkan dalam penulisan saya di sini... Saya nak betulkan sedikit salah faham tersebut...

Sebenarnya...


Tolong betulkan nama Tok Guru jer...heh!
Tok Guru yang saya maksudnya itu bukanlah Tok Guru Hj Rahim di Sg Jagung di Pendang tu... Silap tu... Tok Guru Hj Rahim tu tak berlaga angin saja dengan Mat Sabu ekoran Timbalan Presiden PAS tu dikatakan mengamalkan ajaran Syiah...

Maknanya, Tok Guru Hj Rahim menolak sebarang pemimpin yang amalannya mirip dengan fahaman Syi'ah...sebab tu la saya difahamkan bahawa Tok Guru Hj Rahim tolak Mat Sabu masa dia bertanding Parlimen Pendang pada PRU13 tempohari...faham?

Sebenarnya, Tok Guru yang mendakwa dan mengesahkan Mat Sabu tu mengamalkan fahaman Syiah ialah Tok Guru dari Kelantan... beliau la yang sahkan perkara tersebut... tak caya? Pi tanya dia kat Pondok Geting di Tumpat nunnnn... heh! 

Ni Tok Guru yang sahkan Mat Sabu tu amalkan Syiah...
Tok Guru Hj Abdullah Sa'amah laaaa... Bukan Tok Guru Hj Rahim...

Saya sengaja sembunyikan nama Tok Guru Abdullah Saa'amah bagi mengelak sebarang aktiviti ganas terhadapnya atau pada pondoknya. Hari tu puak PAS dah sita sebahagian dari Pondok Geting, jadi saya risau jugak kalau saya dedahkan namanya maka depa akan bertindak lebih zalim dari tu...

Sekian penjelasan dari saya... harap pihak KDN betulkan kesilapan fakta yang sedikit tuuu..heh!

Bukan apa.. sebagai antara blogger pro-UMNO yang terawal muncul di bloghosphere ni, saya perlu jaga kreadibiliti blog saya supaya tidak berlaku fitnah. Kalau ada yang tersilap fakta bersumberkan blog ni, maka perlu la saya perjelaskan...kan?

Harap maklum...Tengkiu! Heh!

No comments: