Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, December 9, 2013

Lihatlah "kualiti" orang Cina Malaysia zaman sekarang....

dn_33.1

Saya faham PRU ke-13 sudah berlalu kira-kira 6 bulan yang lalu. Saya kira ramai di kalangan kita yang setuju tentang sokongan majoriti masyarakat Cina di negara kita yang masih lagi memberikan undi mereka kepada pihak pembangkang. Itu merupakan fakta yang tidak boleh disangkal lagi. Seluruh negara heboh tentang perkara tersebut.

Saya masih ingat lagi betapa kita semua kecewa dan marah pada masyarakat Cina atas trend undi mereka itu. Paling terasa bahang kemarahan tersebut ialah di negeri Melaka, Selangor dan Pulau Pinang. Memang kita semua marah pada majoriti masyarakat Cina…

Namun begitu, saya dapati masyarakat Cina masih lagi “buta” mengenai kemarahan kita pada mereka. Ia adalah berdasarkan kenyataan MB Melaka, Dato’ Seri Idris Haron yang memberitahu bahawa masyarakat Tiong Hua mempersoalkan desakan kita untuk mereka meminta maaf atas trend undian mereka pada PRU ke-13 yang lalu.


Untuk apa mereka perlu minta maaf? Bagi masyarakat Cina, mungkin mereka merasakan bahawa mereka tidak melakukan sebarang kesalahan. Mungkin bagi mereka, mereka bebas untuk memberikan undi pada sesiapa saja yang mereka suka walaupun pembangkang.

Pada saya, memang benar itu hak mereka untuk menyokong sesiapa saja yang mereka suka. Tapi kalau mereka enggan meminta maaf, itu maknanya mereka belum sedar bahawa mereka telah melakukan beberapa kesalahan besar yang memerlukan mereka memohon maaf pada BN.

Kenapa saya katakan mereka “buta”? Mereka “buta” kerana masih tidak sedar tentang kesalahan mereka. Kesalahan mereka ialah menipu, khianat, bermuka-muka, tidak tahu malu dan bersikap tidak telus sekaligus membuktikan tentang sifat generasi Tiong Hua kini yang kurang berkualiti berbanding dahulu.

BN tidak marah jika mahu memberi undi pada pembangkang. Apa yang BN marah kerana mereka berjanji untuk memberikan undi pada calon-calon BN pada PRU ke-13 yang lalu. Tapi sebaliknya mereka tipu BN dengan memberikan undi pada pembangkang. Orang Cina di Malaysia sekarang majoritinya penipu, kah?

Bila berjanji, mereka khianat pula pada janji tersebut. Bila mereka khianati janji, apakah salah jika kita labelkan majoriti masyarakat Cina di negara kita sebagai “pengkhianat”? Marah bila dilabel sebagai pengkhianat? Jadi apa yang wajar kita labelkan pada mereka yang berjanji untuk beri undi pada BN tapi kemudiannya mengkhianati janji tersebut?

kaum-cina

Bila BN anjurkan program besar dan peruntukan beratus juta ringgit yang dikhaskan ada golongan Cina, mereka hadir berduyun-duyun. Bila ditanya tentang sokongan mereka pada PRU ke-13, beramai-ramai mereka jeritkan “BN”. Tapi bila tiba masa mengundi, mereka pangkah pembangkang. Itu tidak namanya “bermuka-muka” membodek, kah?

Saya tertanya-tanya, apakah masyarakat Cina di negara kita kini memang jenis tidak tahu malu? Berduyun-duyun mereka hadir ke program anjuran BN, mereka terima peruntukan besar yang diberikan, mereka makan sekenyang-kenyangnya jamuan yang dihidang, malah ada yang “tapau” makanan bawa pulang ke rumah dan yang paling utama mereka berjanji untuk berikan undi pada BN, tapi mereka tak undi BN pun!

Apakah itu menandakan masyarakat Cina di Malaysia sekarang masih punya sifat malu pada diri mereka?

Kerana itulah kita mahu mereka mohon maaf pada BN atas penipuan, pengkhianatan, sifat tak tahu malu dan tidak jujur mereka. Lantaklah nak sokong pembangkang sekalipun, tapi janganlah menipu, khianat dan sebagainya. Terus teranglah pada BN dan beritahu “kami nak undi pembangkang dan tak ingin hadir, makan atau bersama BN”, kan senang cerita. BN pun tak marah…

Untuk pengetahuan masyarakat Cina, bangsa Melayu memang pantang pada pengkhianat. Dalam sejarah Melayu, memang kami bencikan Sikitul dan Raja Mendaliar yang khianat pada Kesultanan Melayu Melaka. Malah dan cerita P. Ramlee, “Sarjan Hassan”, sila perhatikan apa sikap orang kampung pada karekter “Buang” yang akhirnya dibunuh di depan amukan bangsa Melayu. Itu harga yang perlu dibayar oleh seorang pengkhianat!

Saya cuma mahu masyarakat Cina sedar tentang kesilapan mereka. Mohon maaf dan usah lagi “berlakon” selepas ini. Kalau nak sokong Pakatan Haram, saya tak marah. Kalau nak sokong BN, itu dialu-alukan. Cuma biarlah jujur, telus dan benar-benar ikhlas. Kalau tak mahu sedar juga, jangan marah kami kalau kami akan terus bersikap prejudis pada orang Cina…

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!