Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, December 21, 2013

Kasihanilah Khalid Ibrahim... Dia "sakit" tu...

khalid ibrahim gagap

Semalam media melaporkan tentang kritikan Timbalan Speaker DUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang mahu Kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim mengkaji semula keputusan Kerajaan Pakatan Haram Selangor itu untuk menaikkan kadar lesen perniagaan setinggi 400%.

Kata Nik Nazmi, kenaikan kadar lesen perniagaan itu jelas tidak wajar kerana terlalu tinggi sehingga membebankan peniaga kecil dan sederhana di negeri termaju itu. Selain kadar lesen perniagaan, ADUN Seri Setia itu turut membidas rakan separtinya itu supaya mengkaji semula cadangan kerajaan negeri untuk menaikkan kadar cukai pintu di Selangor.

Saya kira, kritikan dari Nik Nazmi itu merupakan kritikan ketiga terbaru yang diterima Khalid Ibrahim dalam masa terdekat secara berturut-turut.


Sebelum ini “boss”nya, Anwar Ibrahim “membelasah”nya di Konvensyen PKR di Shah Alam. Kemudian Anwar “tibai” Khalid berhubung kenaikan gaji ADUN Selangor. Khalid dikatakan hanya buat “muka toya” saja ketika dihentam di khalayak ramai ketika itu.

Tapi selepas beberapa ketika, Khalid secara tidak langsung “hentam” Anwar balik apabila menjawab soal kenaikan gaji ahli-ahli DUN Selangor…

Kemudian, Khalid Samad pula “balun” Khalid berhubung isu “lembap” ekoran kerenah birokrasi dan lewat melaksanakan projek yang melibatkan kepentingan rakyat di Shah Alam. Mungkin menyedari Khalid Samad merupakan “daki luar kulit” saja, Menteri Besar Selangor itu secepat kilat membidas Ahli Parlimen PAS itu…

Dan kali ini Nik Nazmi pula mengambil giliran dan dia cuba mengarahkan Khalid supaya mengkaji semula keputusan Menteri Besar itu menaikkan kadar lesen perniagaan yang luar biasa tingginya. Ketika saya menulis artikel ini, saya difahamkan bahawa Khalid belum lagi menjawab kritikan Nik Nazmi…

Saya tersenyum sinis mendengar kritikan Nik Nazmi itu. Apakah kritikan itu merupaka satu lagi babak sketsa “wayang kulit” Pakatan Haram Selangor?

Bukan apa. Baru-baru ini Khalid beri berita baik pada seluruh ADUN Selangor, terutama Timbalan Speaker DUN, di mana gaji mereka dinaikkan dengan kadar yang sangat luar biasa. Sudah tentulah Khalid juga akan berusaha mencari wang bagi menampung kenaikan gaji lumayan itu, bukan? Apa yang Nik Nazmi nak hairankan?

Nik Nazmi perlu tahu bahawa dengan tangga gaji barunya sebagai Timbalan Speaker, dia mampu untuk mendaftar 10 lesen syarikat perniagaan sebulan. Apa lagi yang dia nak runsingkan? Risaukan rakyat marah? Memang rakyat sudah lama marah pada Pakatan Haram di Selangor, khususnya bangsa Melayu…

Cuma saya nak ingatkan Nik Nazmi supaya mengingatkan Menteri Besarnya itu tentang kesan kenaikan kadar lesen perniagaan itu juga dijangka akan menyebabkan kenaikan harga barang, makanan, minuman, perkhidmatan dan sebagainya dalam paten “domino”.

Nik Nazmi perlu gesa Khalid supaya naikkan sama gaji seluruh kakitangan Kerajaan Negeri, GLC-GLC dan agensi kerajan negeri bagi menghadapi kesan “domino” tersebut. Barulah adil dan saksama, bukan? Lagipun, bertindaklah dengan kepimpinan melalui teladan. Takkanlah pemimpin Pakatan Haram Selangor saja yang layak bolot wang rakyat Selangor? Kongsilah sama…

Peliknya, kritikan-kritikan terhadap Menteri Besar PKR itu dilakukan secara berturut-turut dan di dalam tempoh yang singkat. Ada saja yang tak kena pada Khalid sekarang. Dulu pun Khalid lembap, tidak menjaga kepentingan rakyat Selangor dan sering membuat keputusan yang salah juga, tapi tidaklah dihentam sekerap ini, bukan?

Saya rasa, kalaulah tiap-tiap minggu Khalid dihentam rakan-rakan Pakatan Haramnya, mungkin dia akan makin kerap lagi “tertidur tanpa sedar”. Harap Khalid jangan lupa gunakan wang gajinya yang lebih lumayan dari gaji Perdana Menteri itu untuk beli ubat “anti-stress”. Tapi jangan makan sebelum sidang akhbar pula, nanti “kantoi” lagi…

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!