Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, December 23, 2013

Ini bukan soal "JANTAN" atau "PONDAN"...

41387458826_295x200

Di kalangan wartawan dan pengamal media, memang sedang hangat diperkatakan tentang tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menggantung akhbar terbitan mingguan, “The Heat”, minggu ini. Ada yang marah, ada yang menyindir dan ada yang kata “padan muka”…

Penggantungan “The Heat” turut mengundang kritikan dari pihak pembangkang yang dilihat seolah-olah sengaja “mencurah petrol” pada percikan api yang kecil. Dengan “petrol subsidi” dari pembangkang itu, isu penggantungan akhbar kecil itu tiba-tiba menjadi “marak”…

Mereka mendakwa kononnya pihak Kerajaan “takut”, “risau” dan bersifat “pengecut” ekoran akhbar itu yang secara terang-terangan mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Malah ketika digantung, akhbar itu baru saja menyiarkan laporan yang mendakwa Perdana Menteri dan isterinya berbelanja secara tidak berhemah.


Kemudian, ada pula beberapa pihak yang tampil menambah garam sesedap rasa, menyindir kerajaan seolah-olah bertindak “tidak jantan” terhadap akhbar itu. Mungkin komen “sesedap rasa” itu terpengaruh dengan persepsi dari pembangkang yang mengatakan alasan akhbar itu digantung kerana “menyerang Najib”…

Saya tertanya-tanya, apakah mereka yang bersikap “syak wasangka” buruk terhadap KDN dan Najib itu tahu bahawa sebab sebenar akhbar itu digantung penyiarannya adalah disebabkan perkara teknikal yang jelas menyalahi undang-undang penyiaran negara?

Timbalan Menteri KDN, Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar secara jelas dan jujur menerangkan bahawa akhbar itu digantung atas sebab tidak memaklumkan berlaku pertukaran milik dan hala tuju daripada sebuah akhbar perniagaan.

Akhbar itu sebenarnya bertukar pemilik baru-baru ini dan sudah menjadi syarat bagi akhbar itu untuk memaklumkan pada KDN tentang pertukaran pemilikan itu. Namun akhbar itu gagal memaklumkan pihak KDN tentang perkara tersebut meskipun surat tunjuk sebab sudah dikeluarkan sebanyak dua kali.

Jadi, tak salahlah tindakan KDN menggantung sementara akhbar tersebut. Bukankah pihak pengurusan akhbar itu sudah dimaklumkan terlebih dahulu? Mengapa mereka tidak endahkan surat tunjuk sebab KDN itu?

Saya tertanya-tanya, payah sangatkah nak jawab surat tunjuk sebab KDN itu? Apakah akhbar itu fikir pihak KDN suka-suka hantar surat tunjuk sebab? Kalau KDN tidak serius berkenaan syarat-syarat penyiaran yang dilanggar, takkanlah sampai dua kali surat itu dihantar?

Pada saya, kesilapan sebenar adalah pada pihak pengurusan akhbar itu. Perkara sekecil itu pun mereka gagal jawab pada KDN. Tapi dalam hal memburuk-burukkan reputasi kepimpinan Kerajaan, mereka “laju” dan “pantas” pula bertindak! Lepas itu mengadu pada orang ramai kononnya kerajaan berlaku zalim pada akhbar?

Pada saya, ini bukan soal “jantan” atau tidak. Kalau Kerajaan bersikap “bacul”, “pondan” dan “bapuk”, sudah lama Harakah, Malaysiakini, KeadilanDaily dan media-media pro-pembangkang “bungkus”. Jangankan nak terbitkan akhbar, nak buat portal online pun takkan dapat permit sampai kiamat!

Tapi disebabkan “jantan”lah, maka media-media lidah pembangkang yang suka menabur fitnah, tohmahan dan cerita “putar alam” itu masih lagi diberikan permit untuk disiarkan. Jadi, tidak relevanlah nak pertikaikan “kejantanan” pihak kerajaan, bukan?

Justeru itu, saya mengesyorkan agar pihak-pihak yang nak komen tentang isu penggantungan “The Heat” agar berlaku adil dan tidak sewenang-wenang membiarkan diri terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang sentiasa mencari ruang untuk memburuk-burukkan pihak kerajaan, khususnya Najib.

Bukan apa. Islam menganjurkan umatnya berlaku adil terhadap semua pihak. Jadi, kita bertindak dan berikan komen secara adillah. Jika kita adil, bukan saja pandangan kita itu akan dihormati, malah insyaAllah kita akan dikurniakan pahala pula. Sekurang-kurangnya, adalah juga “saham” kita di akhirat kelak, kan?

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

kalau la nak kata akhbar tu burukkan kerajaan...then kene gantung disebabkan tu..sgt tak logik...

tu harakah..keadilan..byk news retorik dan carik publisiti...burukkan kerajaan...takde plak digantung...

-smh-

Bila Kak Su Bersuara... Heh!