Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, December 30, 2013

Hot..!!! Najib Akan Senasib Morsi?

fru

Sorotan bagi tahun 2013 diwarnai dengan pelbagai kisah suka duka di negara kita. Masing-masing punya cerita gembira dan sedih pada 2013. Dalam dunia politik, antara kenangan terbaik ialah apabila Allah SWT memenangkan BN pada PRU ke-13 yang lalu, sebuah kemenangan untuk rakyat Malaysia khususnya.

Selain itu, kemenangan BN Kedah merampas kembali Kerajaan Negeri Kedah dari terus dijajah PAS seolah-olah menyerikan lagi kepercayaan rakyat pada BN. Meskipun menang dengan majoriti mudah, menang tetap menang dan Allah SWT tetap memberikan kuasanya pada kerajaan yang terbaik untuk rakyat.

Justeru itu, saya menjangkakan sambutan dan kemeriahan malam tahun baru pada malam esok akan berlangsung dengan lebih bermakna di seluruh negara.


Bagi sesetengah golongan, mereka lebih gemar menyambut malam tahun baru dengan bacaan surah Yaa Siiin beramai-ramai di masjid dan disusuli dengan solat hajat serta ceramah atau forum agama. Alhamdulillah, semoga keberkatan itu menyemarakkan rahmatNya di bumi bertuah ini…

Bagi sesetengah rakyat Malaysia pula, mereka memilih untuk sama-sama meraikan kemeriahan malam tahun baru dengan pertunjukan bunga api, persembahan kebudayaan, konsert malam tahun baru dan sebagainya. Biasanya orang muda lebih memilih sambutan begini.

Apa yang penting, kedua-dua sambutan itu perlulah disesuaikan dengan batas-batas Islam dan adat ketimuran. Yang pasti, sambutan malam tahun baru pada malam esok tetap dijangka lebih meriah berbanding sebelumnya…

Namun apa yang dimusykilkan ialah tentang sabotaj segelintir anak muda yang mengaku kononnya mereka “mewakili” anak muda, mahasiswa dan seluruh rakyat Malaysia. Mereka nak gulingkan kerajaan? Mereka gunakan alasan “kenaikan kos sara hidup” untuk buat kecoh nanti…

Bersih Kereta Polis3

Antara puak yang nak buat kacau pada malam esok yang telah dikenal pasti pihak PDRM ialah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Turun, “Jinggay” 13, SAMM dan SMM itu fikir mereka siapa agaknya yang tidak perlu patuh pada undang-undang? Pohon permit berhimpun pun tidak, tiba-tiba ajak orang ramai berhimpun buat kecoh ditengah kemeriahan sambutan malam tahun baru? Mereka dikecualikan dari tindakan undang-undang, kah?

Apakah mereka-mereka yang bercadang nak buat onar itu merupakan golongan majoriti rakyat Malaysia? Berapa peratus yang bersama mereka agaknya? Wakili anak muda dan mahasiswa? Saya pernah bertemu dengan majoriti anak muda mahasiswa yang menolak cara demonstrasi, keganasan, politik murahan dan propaganda jijik “segelintir” rakan mereka itu.

“Pilihanraya kampus pun depa kalah teruk, lepas tu nak mengaku mereka wakil kami? Buat malu kami (mahasiswa) saja. Mahasiswa sebenar tak berperangai macam depa..” kata mereka yang setuju dengan ungkapan “matlamat tidak menghalalkan cara”…

Justeru itu, saya tidak pernah menganggap puak-puak yang nak buat kecoh itu mewakili suara majoriti rakyat. Suara majoriti rakyat berpihak memilih BN pada PRU ke-13 tempohari. Membanggakan, suara majoriti dari seluruh negara tampil membuat laporan polis terhadap pihak minoriti yang cuba menggulingkan kerajaan yang dipilih rakyat sebenar.

Bila disebut perkataan “gulingkan”, maka saya teringat tentang nasib Morsi yang menang pilihanraya melalui saluran demokrasi pilihanraya. Beliau digulingkan tentera dan segelintir minoriti rakyat yang kecewa akibat tewas pilihanraya. Hasilnya, majoriti rakyat yang memilih Morsi bangkit membantah “coup de tat” tersebut.

Saya yakin, sekiranya Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya digulingkan puak-puak minoriti itu secara kekerasan bermula dengan gerakan malam ini, seluruh majoriti rakyat yang memilih BN akan bangkit sebagaimana rakyat Mesir yang berjuang demi pemimpin dan parti yang mereka pilih.

Pun begitu, saya juga yakin bahawa pihak berkuasa di negara kita, sama ada pihak PDRM mahupun ATM, yang bernaung di bawah DYMM Yang DiPertuan Agong tidak akan memeluk tubuh membiarkan kekecohan “coup de tat” jijik mencemarkan negara. Saya cukup lega dengan status ini…

Dengan amaran pihak PDRM semalam, saya tertunggu-tunggu detik malam esok. Apakah mereka akan “turun” tunjuk perangai buruk mereka di jalanan? Siapa yang akan disumbat ke lokap malam esok? Cubalah “turun” buat kecoh kalau mahu bertemu “buku dengan ruas”. Kalau ada yang masuk ke “dalam” atau bengkak sana sini, jangan salahkan pihak berkuasa pula ya…

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!