Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, December 26, 2013

GEMPARRR..!!! KIT SIANG LEMPANG GUAN ENG SEMALAM..???!!!

kit+siang

Baru-baru ini Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengecam media arus perdana atas tuduhan kononnya sengaja menyiarkan pelbagai laporan berita yang berunsur perkauman dan perseteruan agama. Katanya, tindakan itu akan menyebabkan timbul rasa benci, bermusuh dan tidak bertolak ansur di kalangan rakyat di negara ini.

Malah bapa Lim Guan Eng itu mendakwa sikap media arus perdana itu sudah lama bermula sejak di zaman pembentukan Malaysia pada tahun 1963 lagi dan kononnya semakin menjadi-jadi ketika negara kita diambang PRU ke-13 yang lalu sehingga kini.

Saya tertanya-tanya, apa asasnya Kit Siang menuduh media arus perdana bersikap sedemikian sedangkan apa yang dilaporkan itu adalah perkara yang hak serta tidak bertentangan dengan etika penyiaran media. Saya kira, kalau ia tidak benar dan bertentangan dengan amalan etika media, pihak berkuasa bila-bila masa saja boleh mengambil tindakan terhadap media, bukan?


Jadi pada saya, tidak salah sekiranya media melaporkan tentang sesuatu yang benar dan tidak dapat disangkal. Jika tidak berpuas hati, mana-mana pihak sekali pun yang rasa dirinya dizalimi atau difitnah, maka mereka boleh memfailkan saman di mahkamah. Negara kita punya undang-undang, bukan?

Kit Siang sepatutnya merujuk pada “punca sebenar” laporan berita yang disiarkan media arus perdana. Sekiranya Kit Siang dapat mengenal pasti “punca sebenar” berita yang disampaikan pada rakyat itu, dia sewajarnya mengecam “punca” tersebut dan bukannya menuduh media dengan tuduhan yang tidak munasabah.

Memang benar, isu perkauman dan agama merupakan dua isu sensitif untuk dibicarakan di negara kita memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan memiliki kepelbagaian agama, budaya dan adat resam.

Sejak merdeka, negara kita aman damai. Kalau ada yang nak buat kacau sekalipun, mereka adalah puak Komunis yang cuba menguasai negara kita dengan fahaman komunisme bersenjata. Itu saja. Tapi kalau dilihat dari sudut keharmonian kaum dan kebebasan beragama, tidak timbul sebarang masalah pada Persekutuan Tanah Melayu ketika itu.

Namun, isu perkauman itu timbul bila wujudnya pihak yang kurang ajar dan tidak menghormati hak bangsa lain, khususnya pada hak dan keistimewaan bangsa Melayu serta kaum bumiputera. Maka peristiwa hitam yang mencemar keharmonian kaum di Malaysia berlaku pada 13 Mei 1969 dulu.

Akibat provokasi perkauman melampau dari kaum Cina yang berjaya menguasai majoriti kawasan “panas”, khususnya di ibu negara, terhadap bangsa Melayu, maka terjadilah perkara yang tidak diingini. Saya yakin, media ada melaporkan tentang tragedi hitam tersebut ketika itu.

Persoalannya, apakah salah media melaporkan berita tersebut? Apa punca laporan itu? Kalau kaum Cina tidak buat kacau dan keadaan terus harmoni, apakah media akan sengaja suka-suka buat cerita tentang keganasan yang berpunca dari provokasi kaum Cina itu? Media tahu apa yang mereka lakukan.

Sepatutnya, Kit Siang marah pada diri dan kaumnya sendiri. Bukan pada media. Begitu juga yang berlaku hari ini, Kit Siang sepatutnya marah pada dirinya dan DAP yang mahukan kesamarataan hak sedangkan kehendak tersebut jelas akan menidakkan hak dan keistimewaan bangsa Melayu serta Bumiputera!

Siapa yang kacau siapa? Siapa yang cuba “main api”? Kalau Kit Siang, Guan Eng dan DAP tidak melampau melakukan provokasi, apakah media akan sengaja buat-buat cerita bohong?

Kit Siang jangan sesekali menyentuh tentang Islam dan hak kepentingan agama kami di bumi Tanah Melayu ini. Itu hak kami dan tolong pesan pada anak lelakinya supaya tidak cuba-cuba “bermain api” dalam isu kalimah “Allah”! Dialah pencetus ketegangan isu tersebut sehingga mengakibatkan sedikit perselisihan faham dalam isu berkenaan di kalangan penganut Islam dan Kristian di Malaysia.

Kesimpulannya, Kit Siang tidak wajar mengecam media arus perdana atas laporan mengenai provokasi perkauman dan permusuhan antara agama kerana pihak yang mencetus api serta menyemarakkan kebencian itu adalah pihak pembangkang sendiri. Sila cermin diri sendiri sebelum menuding jari pada pihak lain…!

2 comments:

Anonymous said...

Buat aper la nak dilayan apek komunis tua ni...Hukum campak ke laut dah dia ni....jgn dok layan la apek cina bukit ni...biaq pi dia menyalak sorang2..lebih2 jer nanti kita lempang jer reramai...

Apek tongkang dari seberang.

Anonymous said...

Kalau dia menyalak yalak dalam kain tak pe..ni habis diharuknya semua, sabar orang pun ada batasnya..anjing menyalak kejap pun orang dah baling selipar nikan pulak manusia..menyalak tak menyusahkan orang tak pa ni tidak menyalak tak berhenti henti dah setengah abad dah , letih woo..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!