Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, December 22, 2013

Gempar..!!! Bukti blogger PAS Kedah pilih Syiah?

Semalam saya saja masuk blog PAS Kedah yang "tersohor" dengan cerita-cerita kurang betul tu. Kebetulan, terpampang satu posting tentang Syiah dan Ahli Sunnah wal Jama'ah...

Dalam posting tu, tajuknya berbunyi... 

"Antara Pemimpin Syiah & ASWJ...mana satu ikutan kalbu..."

Posting blogger PAS Kedah tu ada selitkan gambar Ahmadinejad dan DS Najib Tun Razak.  Lihat gambar di bawah...


Gambar tu kononnya nak bezakan bahawa Ahmadinejad berfahaman Syiah tapi tak salam dengan wanita bukan muhrim. Manakala Najib pula berfahaman Ahli Sunnah wal Jama'ah bersalam dengan wanita bukan muhrim...

Kononnya, kelakuan Najib tu lebih teruk dari orang kafir, kata blogger PAS Kedah tu lagi. Suka sangat dia kafirkan orang, kan? PAS ajar kafirkan orang ke? Macam tu akhlak blogger PAS? Tarbiyah mana dia pakai? Sapa tamrin dia agaknya?

Ini jawapan saya. Saya pilih pemimpin yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Sebab ASWJ tak sesat, tak nikah muta'ah, tak kafirkan para sahabat RA, tak perangi umat Islam, tak halalkan darah orang kafir zimmi dan tak karut macam Syiah...

Ini bab aqidah. Pada saya, aqidah lebih penting dari sekadar dosa salam dengan wanita bukan muhrim. Bersalam dengan wanita bukan muhrim memang berdosa, tapi tidak membatalkan aqidah seseorang itu, bukan?

Tapi melihat dari gaya penulisan dan pertanyaan blogger PAS Kedah tu, seolah-olah dia lebih memilih pemimpin SYIAH berbanding pemimpin ASWJ yang berdosa salam wanita bukan muhrim...

Patut pun ada "tuuuuuuutttt" dalam PAS. Rupanya kawan-kawan PAS ni memang tak pentingkan aqidah sangat dalam hidup depa. Dosa kecik tu lebih besar dari dosa aqidah rupanya?

Atau lebih tepat lagi...

ADAKAH BLOGGER PAS TU RELA PILIH PEMIMPIN SYIAH BERBANDING PEMIMPIN ASWJ?

Ps: Jawapan saya..."Patut pun ada pemimpin "tuuuut" dalam PAS (korang faham-faham sendiri la ayat seterusnya..)"

2 comments:

Anonymous said...

Aqidah rosak, yg lain lain takde makna.

JAKA said...

jgn buta hati utk mengenal syiah. penyokong PAS kena jadi org yg cerdik dn celik ilmu dalam mengenal musuh2 islam. jgn jadi bodoh kerana taksub kat mat sabu maka kita jadi pro syiah. bila lagi nk sedar tentang kezaliman dan kesesatan syiah.

syiah dahaga darah umat Islam tapi kenapa jadi bodoh kagum kt syiah? penyokong PAS kena sygkan perjuangan dan akhirat dn bukan taksub pd individu.

mat sabu tk penting, hj hadi tk pentin, yg penting setiap langkah perjuangan mengikut ajaran suci dn bukan ajaran kufur syiah.

yg penting mati dlm perjuangan yg benar dn jgn tersungkur dipintu syurga kerana tersilap sokong kafir syiah

Bila Kak Su Bersuara... Heh!