Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, December 19, 2013

Err.. Khalid Berahim dah jaga belum?

khalid-ibrahim-tidur

Meskipun dikritik secara terbuka oleh Anwar Ibrahim pada Konvensyen PKR di Shah Alam sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim masih lagi ditakuk yang sama. Hakikat itu disedari oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang semalam mengkritik Menteri Besar itu atas kelewatan beberapa projek di Selangor.

Kata Khalid Samad, karenah birokrasi Kerajaan Negeri dan PBT menjejaskan beberapa projek penting sehingga menyusahkan pihak pemaju atau kontraktor. Ahli Parlimen Shah Alam itu menegur Khalid agar tidak “lembap” dalam menguruskan projek, khususnya projek yang melibatkan kawasan parlimennya.

Kritikan itu segera dijawab Khalid Ibrahim yang mengatakan bahawa kelewatan projek adalah sesuatu yang biasa. Tambahan pula katanya, projek yang disiapkan segera bakal mencetus masalah di kemudian hari ekoran masalah kualiti pembinaan dan sebagainya.


Dalam sketsa ini, saya berpandangan bahawa sudah dua kali Menteri Besar dari PKR itu ditegur oleh pemimpin utama Pakatan Haram sendiri. Sekali dari Anwar dan sekali lagi dari Khalid Samad. Boleh tahan juga “bebal”nya Khalid Ibrahim ini, ya? Dan boleh tahan juga dia “menepis”, bukan?

Saya sudah lama menyedari tentang sifat “lembap” Khalid Ibrahim. Malah saya percaya, ramai rakyat Selangor sendiri yang menderita sejak rejim Khalid Ibrahim menjajah negeri termaju itu.

Masih ingat projek Langat 2? Ya. Projek tersebut sebenarnya langsung tidak memerlukan wang dari Kerajaan pimpinan Khalid. Ia dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat dan ia tertangguh sejak tahun 2008, tahun Khalid angkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor buat pertama kalinya.

Projek Langat 2 sepatutnya sudah lama bermula bagi kepentingan sumber bekalan air mentah untuk rakyat Selangor dan sekitar Lembah Klang. Kerajaan Pusat dan Kerajaan BN Selangor sudah kaji sepenuhnya mekanisma terbaik untuk mengatasi masalah bekalan air yang dijangka meruncing di negeri pesat dan padat dengan penduduk itu.

Langat 2 adalah jawapan terbaik bagi menyelesaikan kemelut air di Selangor dan Lembah Klang. Tapi bila Khalid Ibrahim naik takhta, dia sengaja lengah-lengahkan projek untuk kebajikan rakyat itu. Malah dia selamba dahulukan pula projek mega “ladang khinzir” termaju di Selangor. Mungkin DAP lebih penting pada Khalid kot?

Macam-macam cara Khalid buat untuk lengahkan pembinaan Langat 2. Kononnya dia nak buat air sendiri. Macam-macam alasan dia keluarkan, termasuk nak gunakan sumber air lombong dan pemprosesan air kitar semula yang diimport dari Kanada. Tapi sampai sekarang satu haram pun dia tak buat. Cakap saja lebih…

650

Kita sekarang sudah dipenghujung tahun 2013 bukan? Sudah nak masuk tahun 2014 dan Khalid baru terhegeh-hegeh nak bincangkan kembali tentang pembinaan Langat 2? Baru nak bincang, belum pun diluluskan pembinaannya. Kalau dari dulu Khalid luluskan, saya yakin Langat 2 sudah hampir siap sekarang…

Atas kelewatan dan sifat “lembap” Khalid itu, maka rakyat Selangor bakal terus dihimpit masalah bekalan air sehingga tahun 2017-2018. Sedangkan, pakar-pakar air sebelum ini menjangkakan Selangor dan Lembah Klang bakal menghadapi krisis air teruk menjelang 2015-2016. Apa nak buat? Nasiblah rakyat Selangor bermenteri besarkan Khalid Ibrahim…

Saya enggan mengendahkan kritikan pedas Anwar kerana saya agak sangsi dengan niat kritikan “boss” Khalid Ibrahim itu. Sedia maklum, Azmin Ali bermusuhan dengan Khalid Ibrahim dan Azmin juga merupakan “intan payung” Anwar, bukan? Nampak seperti kritikan itu “ada udang di sebalik batu”. Mungkin juga Anwar mahu Khalid lepaskan jawatannya pada Azmin…

Berkenaan kritikan Khalid Samad terhadap MB Selangor itu, saya juga enggan endahkan. Ia seolah-olah sandiwara ringkas. Seorang cuba ambil hati pengundi di kawasannya, dan seorang lagi cuba jaga hati kroni dan kakitangan Kerajaan Negeri. “Wayang kulit” tajaan siapakah ini?

Padahal, kalau Khalid Samad nak minta Khalid Ibrahim segerakan projek di kawasannya, dia boleh terus menghubungi Khalid Ibrahim melalui panggilan telefon atau terus bertemu MB itu dengan mudah. Jadi, apa perlunya sidang akhbar? Sengaja nak tunjuk “wayang” pada rakyat?

Hakikatnya, Khalid Ibrahim memang lembap. Saya kira, semua orang tahu kelemahan yang ada pada MB Selangor itu. Cuma dia saja yang enggan mengaku. Kalau projek untuk kroni-kroninya, cepat saja lulus dan dilaksanakan. Tapi kalau projek demi kepentingan rakyat Selangor sengaja dia lengahkan? Faham-faham sendirilah…Wallahu’alam.

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!