Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, December 9, 2013

Cerita tentang ahli politik paling popular di Malaysia?

5031922463_5fb022043b

Saya sangat tertarik untuk mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Indonesia, Tan Sri Try Sutrisno, di dalam satu forum di ibu negara baru-baru ini yang memberitahu bahawa rakyat di negaranya menolak sama sekali mana-mana pemimpin yang cenderung pada homoseksual dan tidak bermoral.

Katanya, rakyat memerlukan seorang pemimpin yang berakhlak tinggi dan mana-mana pemimpin yang diihat menyokong homoseksual tidak akan dapat diterima berdasarkan prinsip keimanan dan kepercayaan pada Tuhan.

Saya kira, tidak hanya di Indonesia saja yang menolak pemimpin yang tidak bermoral dan suka pada tabi’at seks songsang itu. Boleh dikatakan hampir semua negara Islam menolak pemimpin sebegitu. Malah di negara bukan Islam sekali pun, pemimpin yang dikatakan terlibat skandal sama ada terbukti atau hanya desas-desus sekalipun, maka pemimpin itu akan ditolak.


Di Malaysia, UMNO sudah lama mempraktikkan prinsip menolak pemimpin tidak bermoral dan cenderung homoseksual.

ScreenHunter_01 Dec. 09 02.34
Cerita “tipu” tentang “individu” itu?

Contohnya, seorang Timbalan Presiden UMNO yang diakui mahkamah melakukan aktiviti homoseksual pernah dipecat serta merta dari semua jawatan yang disandang individu terbabit. Tiada kompromi bagi pemimpin sejijik itu di dalam UMNO.

Namun dengan kedudukan individu tersebut sebagai Timbalan Presiden merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, sudah tentu agak payah untuk UMNO dan Kerajaan BN menangani kesan pemecatan tersebut. Apatah lagi individu yang dipecat itu sangat pandai berlakon sehingga diibaratkan sebagai “sesumpah” oleh Kerajaan US suatu ketika dulu.

Begitu juga di negara-negara luar. Bila pemimpin mereka dihidu terlibat di dalam skandal yang menyakinkan, maka mereka akan jatuh tergolek ditolak rakyat. Tak kira setinggi mana sekalipun jawatannya, pasti jatuh jua. Hatta bekas Presiden US, Bill Clinton sekalipun “tergolek” disabitkan skandal “Monica Lewinski”, bukan?

Peliknya, setelah dibuang dari UMNO dan disahkan mahkamah melakukan hubungan terkutuk itu, “individu” itu masih lagi ada penyokongnya? Meskipun dihukum penjara kerana terbukti menyalahguna kuasa, masih ada lagi yang bersimpati padanya? Malah dia tubuhkan parti pun masih ada lagi yang mahu menyertainya? Dan kini PAS dan DAP angkat dia sebagai “pemimpin agung”?

Apa jenis pemikirankah ini? Apa jenis prinsip hidup mereka-mereka ini? Jika rakyat Indonesia menolak pemimpin sekeji itu atas dasar keimanan dan percaya pada Tuhan, apa sudah jadi pada rakyat Malaysia yang sokong pemimpin yang tidak bermoral dan menyokong LGBT itu? Apakah penyokong-penyokong pemimpin itu tidak beriman dan tidak percaya pada Allah?

Pelik benar rasanya. Saya tertanya-tanya, sampai bila mereka akan terus terpedaya dan tertipun dengan segala kepalsuan yang dilakonkan “individu” terbabit? Begitu “taksub” padanya sehingga menjadikan penyokong-penyokongnya “buta”? Cuba lihat penyokong-penyokong tegar yang dulu bermati-matian mempertahankan “individu” itu, semuanya sudah lari dan berpatah arang dengannya…

Sedih juga hati saya bila menyedari majoriti yang menyokong “individu” itu merupakan saudara-saudara kita yang beragama Islam. Begitu mudah sekali mereka ditipu?

Gambar sekadar "hiasan" semata-mata...
Gambar sekadar “hiasan” semata-mata…

PAS yang dulunya kuat menghentam “individu” itu dan ada yang menggelarnya “Al-Juburi”, kini mengangkat dia sebagai “ketua” dan “bakal PM”? DAP yang dulunya mahu “individu” itu disiasat dan Pengerusi DAP pula pernah mengaku punya bukti kukuh atas aktiviti “luar tabii”nya, kini juga mendewa-dewakannya? Apa jenis politikkah yang mengangkat individiu tidak bermoral dan cenderung homoseksual sebagai “pemimpin agung”?

Itulah hakikat yang berlaku di Malaysia. Corak pemikiran politik pembangkangnya semakin hari semakin pelik dan tidak sihat. Sepatutnya semakin kita maju dan bertamadun, maka semakin matanglah budaya politiknya, bukan? Tapi yang berlaku adalah yang sebaliknya.

Persoalannya, mengapa kita harus mengikut rentak pembangkang kini yang semakin tidak bermoral, tidak berprinsip dan menyokong LGBT sebegitu? Seharusnya kita wajar memperkukuhkan iman dan taqwa kita agar kita dipandu Allah SWT dalam menghadapi keadaan politik yang semakin menggila di Malaysia. Kita berpolitik secara Islam, kuatkan sabar dan insyaaAllah, kita akan dibantuNya…Wallahu’alam.

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

MNH said...

Bagus informasi ini.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!