Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, December 23, 2013

Bila makin ramai golongan ulama menyokong UMNO...

Ustaz Kazim di Perodua

Saya kira, ramai yang tersenyum apabila pendakwah bebas terkenal, Ustaz Kazim Elias semalam menegaskan bahawa UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak pernah menolak Islam, meminggirkan golongan ulama atau menidakkan program-program yang mengimarahkan Islam di negara kita.

Mungkin juga ada yang “sentap” mendengar kata-kata Pengetua Pusat Pendidikan Islam Al-Barakah itu yang menegaskan bahawa UMNO dan Najib sering memartabatkan Islam di Malaysia. Maklumlah, mungkin sebelum ini mereka merasakan hanya mereka sajalah “pejuang Islam” di negara kita…

Saya berpandangan bahawa terdapat dua respon bagi kenyataan Ustaz Kazim itu.


Pertamanya, para penyokong dan ahli UMNO sudah tentu mengucap syukur pada Allah SWT atas kenyataan Ustaz Kazim itu. Bukan apa, sebelum ini sudah berbuih mulut kita semua beritahu segelintir “pak lebai” itu. Namun seperti biasalah, mereka enggan percaya kata-kata saudara seagama mereka. Mereka lebih suka percaya pada DAP yang anti-Islam itu…

Keduanya, para penyokong PAS sudah tentu “hangin satu badan”. Sudahlah Ustaz Kazim keluar PAS, dia puji pula UMNO dan Najib! Padahal bagi mereka, hanya PAS dan Mat Sabu sajalah pendokong Islam di negara kita. Tak kiralah Sunni atau Syiah, pada PAS semua fahaman itu sama saja…

Secara jujur, saya yakin ramai rakan-rakan yang tahu tentang peranan dan jasa UMNO sejak zaman berzaman dalam pembangunan Islam di negara kita. Sejak merdeka, UMNO jelas berjaya mengimarahkan agama Allah itu secara konsisten dan istiqamah.

Cuma, UMNO tidaklah seperti “pihak itu” yang suka riak dan takbur, mendabik dada seolah-olah mereka sajalah umat Islam yang “lebih Islam dari yang lain”, bukan?

Pada saya, tidak perlulah kita canangkan di seluruh dunia mengatakan kitalah “champion” di dalam hal mengimarahkan Islam di negara kita. Siapa kita untuk mengukur? Serahkan saja pada Allah SWT untuk menilai. Allah SWT lebih tahu niat dan perjuangan hamba-hambanya…

Sejak sebelum PRU ke-13 lagi, saya sudah ternampak bibit-bibit kemesraan yang semakin terjalin di antara golongan ulama dan para pemimpin UMNO. Sebelum ini bukannya tidak ada ulama yang “mesra UMNO”, memang ramai. Cuma mereka enggan menonjol bagi mengelak fitnah dari “pihak itu”. Nanti dikatakan “gila projek” seperti Ustaz Kazim pula, kan?

Namun ketika negara kita di ambang PRU ke-13, saya melihat ramai golongan ulama yang bangkit menyokong UMNO, khususnya di Kedah. Para ulama Kedah, khususnya Tok-Tok Guru di pondok-pondok tersohor secara terang-terangan menyatakan sokongan mereka pada UMNO.

Tapi perlu diingat bahawa meskipun Tok-Tok Guru itu menyokong UMNO, majoriti mereka sebenarnya merupakan ahli PAS sehingga kini. Mereka beralih arah menyokong UMNO disebabkan kelemahan PAS sendiri yang tunduk di hujung telunjuk DAP dan PKR.

Antara faktor utama lain yang menyebabkan mereka berpaling arah dari PAS adalah disebabkan parti itu yang dilihat “mesra Syiah”! Padahal, boleh dikatakan hampir semua Tok-Tok Guru Pondok di negara kita adalah pejuang Sunnah wal Jama’ah dan memerangi fahaman Syiah yang semakin membimbangkan.

Menyedari PAS yang “mesra Syiah” itulah maka golongan ulama PAS kebanyakkan mengambil sikap “berdiam diri”, “berkecuali”, “enggan turut campur”, “mufaraqah” dan mengambil keputusan untuk memberikan sokongan pada UMNO hingga ke hari ini.

Pada mereka, keahlian parti tidak penting. Ia hanyalah bersifat duniawi sahaja. Sedangkan, kita sebagai umat Islam yang mengaku umat Muhammad, perlu mendokong fahaman Islam yang sebenar, berlaku adil dan menyayangi antara saudara seagama serta memerangi musuh-musuh Islam! Itulah yang diberitahu sekumpulan ulama PAS pada saya baru-baru ini.

Alhamdulillah. Golongan ulama sebenarnya sudah lama melihat UMNO sebagai sebuah parti yang mampu meletakkan Islam di kedudukan yang tertinggi di negara kita. Berbanding PAS yang kini berada dibawah “tapak kaki” DAP dan PKR, mereka tidak yakin PAS mampu mengimarahkan Islam sekonsisten UMNO.

Astaghfirullahil’azim. Semoga kita UMNO dijauhkan dari sifat riak dan ujub atas segala perjuangan kita dalam memartabatkan Islam. Kita serahkan saja segalanya pada Allah untuk pertimbangan. Siapalah kita untuk menilai? Dan semoga kita terus diberi pertolongan dan hidayah dariNya demi memperjuangkan Islam di bumi merdeka ini, insyaAllah…

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Sebab itu lah saya berpandangan tidak perlu muzakarah Umno-PAS,yang penting Umno kena terus istiqomah menobat dan membangunkan Islam,walau pun tidak mewarwarkan Negara Islam dan Hudud.Bagi para alim ulamak yg ikhlas benar-benar mehukan Islam mereka akan sedar siapakah yg lebih tulus melaksankan Islam,kesedaran mereka ini insyaallah akan di ikuti pula oleh rakyat terbanyak.Biarkan Pas terus menjadi alat Anwar dan DAP yg akhirnya nanti akan mati beragan.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!