Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, December 25, 2013

Adoi laaa.. Bila Mat Sabu nak saman Zahid Hamidi nihhh..???

mat sabu syiah

Saya tersengih-sengih membaca artikel rakan kolumnis baru-baru ini yang menyindir Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, yang hingga ke hari ini masih gagal memfailkan saman terhadap Menteri KDN, Datuk Seri Zahid Hamidi, yang menuduhnya berfahaman Syiah pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu.

Memang benar, Mat Sabu khabarnya beri tempoh 3 hari untuk Zahid memohon maaf padanya secara terbuka. Malah komited dengan ugutan tersebut, Mat Sabu enggan memberi komen mengenai isu itu bila diajukan wartawan. Tapi hari ini sudah lebih dari 3 hari, Mat Sabu masih tak saman-saman Zahid. Hari ini cuti Krismas, kot?

Pada saya, sama ada masuk ke mahkamah atau tidak, isu yang melibatkan aqidah ini tidak akan memberikan sebarang kesan pada Mat Sabu.


Isu sesat aqidah bukannya seperti isu mencuri zina, mencuri dan seumpamanya. Zina misalnya menetapkan beberapa syarat dan bukti jelas di dalam Islam sebelum didakwa atau disabitkan kesalahan. Berbanding isu sesat aqidah, isu itu terlalu subjektif untuk dikemukakan bukti jelas dan nyata, apatah lagi isu ini membabitkan fahaman Syiah!

Sebagaimana yang kita tahu, Syiah membenarkan pengikutnya bertaqiyyah. Dalam ertikata lain, mereka dihalalkan berbohong, menipu, bersumpah palsu, berlakon dan sewaktu dengannya.

Jadi, jika benar Mat Sabu itu Syiah, kalau diletakkan Al-Quran di atas kepala Mat Sabu sekali pun, dia bersumpah qasam laknat Wallahi, Tallahi, wa Billahi sekali pun, di depan 100 orang hakim sekali pun, di dalam 1,000 mahkamah sekalipun, maka agamanya membenarkan dia berbohong dan menipu, bukan?

Jadi, apa gunanya dia ke mahkamah? Silap-silap, kalau dia boleh menang mudah di mahkamah. Lagipun, berfahaman Syiah ini bukannya ada surat permohonan yang perlu ditandatangani pengikutnya, bukan?

Pada saya, saya lebih cenderung supaya Mat Sabu dihukum oleh PAS sendiri. Setahu saya, ramai pemimpin PAS dan golongan ulama parti itu yang tahu tentang fahaman Mat Sabu yang sejak dulu lagi cenderung pada fahaman sesat itu. Hakikat itu diceritakan oleh salah seorang ahli Dewan Ulama PAS Kedah sendiri.

Bukti KDN yang memaparkan cerita dari seorang Tok Guru PAS, Tn Guru Hj Rahim di Pendang, Kedah, pada saya boleh digali dengan lebih dalam lagi. Khabarnya, Tok Guru PAS itu punya pengalaman “menggemparkan” melihat Mat Sabu solat di rumahnya suatu ketika dulu.

Selain itu, jangan lupa pula cerita dari Dr Abdul Aziz Hanafi yang juga salah seorang Tok Guru PAS yang disegani di Kedah. Setahu saya, ahli Dewan Ulama PAS Kedah itu juga punya cerita menarik mengaitkan Mat Sabu dengan fahaman Syiah. Itu belum lagi disebut tentang cerita Tok Guru Hj Salleh di Sik lagi..!

Terkini, seorang Tok Guru PAS di Pondok Bukit Kobah tampil menggemparkan kawasan utara semenanjung dengan dakwaan yang sama selain mendedahkan penyebaran fahaman Syiah yang semakin parah di dalam PAS. Dia yang berfahaman Sunnah Wal Jama’ah mendakwa ramai ulama PAS di pondok-pondok agama tahu tentang keterlibatan Mat Sabu dalam fahaman Syiah…

Senang cerita, saya lebih cenderung untuk mendesak golongan ulama Sunnah Wal Jamaah di dalam PAS supaya memaksa Mat Sabu meletakkan saja jawatannya di dalam parti. Bukanlah mahu masuk campur “rumahtangga orang”, tapi saya risau juga kalau rakan-rakan saya di dalam PAS “tewas” dan “terpikat” dengan fahaman Syiah ini…

Bukan apa, Syiah ini “menarik” juga “tawaran”nya. Nikah mutaah dialu-alukan, malah solat pun boleh dijama’ qasarkan setiap waktu. Entah fahaman jenis apa agaknya yang menggalakkan kecelaruan keturunan dan malas menyembah Allah sebegini? Itupun Mat Sabu anggap Syiah sebagai salah satu mazhab? Astagfirullahil’azim, kembalilah ke jalan Allah…

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Mat Sabu ni bukan setakat faham syiah dia anuti. Segala bentuk fahaman dia ikut.

Paling hebat dia boleh faham setiap bau-bauan. Termasuk bau burit Mah.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!