Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, December 18, 2013

2014: PKR dah start nak buat kacau...

ScreenHunter_01 Dec. 18 03.48

Belum pun menginjakkan kaki ke tahun 2014, puak-puak yang tertipu dengan perjuangan Anwar Ibrahim sudah merancang untuk memulakan tahun baru dengan kekecohan dan porak peranda. Belum cukup dengan himpunan yang dicemuh rakyat, kali ini mereka cuba buat pasal lagi…

Pada malam 31 Disember 2013 nanti, sekumpulan puak belaan Anwar Ibrahim merancang untuk mengadakan “Himpunan Amarah Rakyat”. Kononnya himpunan itu bagi membantah kezaliman BN yang menaikkan kadar tol, tarif elektrik dan barangan keperluan (mungkin dimaksudkan GST).

Mereka meletakkan sasaran himpunan disertai seramai 10,000 orang di malam tahun baru kali ini yang terdiri dari aktivis, NGO, artis dan pemimpin-pemimpin politik pembangkang. Mereka mendakwa Kerajaan BN menekan rakyat miskin yang kononnya tertekan dengan tindakan tersebut…


Saya tertanya-tanya, apakah rakyat miskin menggunakan lebuhraya yang bertol setiap hari? Setahu saya, rakyat yang miskin tidak mampu untuk memiliki kereta dan mereka selalunya hanya mampu memiliki motorsikal dalam kehidupan seharian. Malah ada yang hanya mampu menggunakan perkhidmatan bas awam sahaja…

Pada saya, hanya mereka yang mampu saja yang bersedia memiliki kereta. Orang miskin tidak mampu beli kereta dan mereka lebih mementingkan keperluan asas hidup seperti makanan, pakaian dan rumah sahaja. Selalunya mereka hanya mampu memiliki motorsikal kerana belanjanya murah dan kos petrol yang sangat minimum.

Persoalannya, sejak bila pula motorsikal dikenakan tol. Kalau dikenakan tol sekalipun, selalunya tol itu berada di negeri Selangor dan Kerajaan Pakatan Haram sebenarnya berkuasa untuk memansuhkan tol tersebut. Lagipun, kalau dikenakan tol untuk motorsikal, kadarnya hanyalah seminimum mungkin…

Jadi, secara tidak langsung, hanya orang kaya sajalah yang perlu bayar tol kerana berkereta di lebuhraya. Apatah lagi saya lihat kebanyakkan rakyat kaya memandu berseorangan di lebuhraya. Kalau mereka tak mampu sangat pun, sudah tentulah mereka saling berkongsi kereta ke pejabat, bukan?

Kalau sudah mampu berkereta, selain perlu bersedia membayar cukai jalan, insurans kenderaan, petrol, servis kenderaan dan mampu menambah aksesori “lip lap lip lap” di kereta masing-masing, sudah tentulah mereka juga perlu bersedia untuk membayar tol.

Adak juga yang persoal mengapa BN naikkan kadar tol sedangkan janji manifestonya mahu mengurangkan kadar tol di bandar besar. Saya tertanya-tanya, tidak bolehkah kita bersabar? Sudah tentu PM ada penjelasan mengenai janjinya itu.

Lagipun, BN belum pun sampai setahun menang PRU13, tak boleh sabar, kah? Bukankah janji tersebut diperjelaskan akan berlaku melibatkan kawasan bertol di bandar-bandar besar dan BN mempunyai tempoh selama 5 tahun untuk melaksanakan pengurangan kadar itu selama tempoh berkenaan. Bukankah sifat sabar itu dipuji Allah berbanding buat kecoh dan demo tak tentu hala?

Mengenai kadar tarif elektrik, sudah diperjelaskan PM secara ekonomi bahawa ia bakal menguntungkan rakyat bagi jangka masa panjang? Lagipun, bukan semua pengguna terlibat. Orang yang miskin tidak terlibat. Maksud saya, orang miskin selalunya tidak memiliki “aircond”, peti ais besar dan selalu berjimat menggunakan elektrik. Selalunya mereka tak perlu bayar pun bil elektrik…

Paling pelik, mengapa puak belaan Anwar Ibrahim itu masih lagi cuba “spin” fakta mengenai cukai GST? Mereka tak fahamkah bahawa cukai tersebut tidak dikenakan pada barangan keperluan asas? Gula, susu, tepung, beras dan semua barang keperluan asas tidak dikenakan GST. Tapi kalau mengada-ngada rasa kaya sangat nak makan ais krim Baskin Robbin, kenalah bayar GST…

Pada saya, semua tindakan Kerajaan BN itu sebenarnya mahu mengajar rakyat supaya mengamalkan budaya jimat cermat, tidak boros, berwasatiah dalam hidup, ukur baju pada badan sendiri dan membina tamadun pemikiran dunia kelas pertama di Malaysia.

Kebanyakkan negara-negara maju bertindak begitu. Contohnya GST di Australia dilaksanakan seawal tahun 2000 dan tidak ada pula rakyatnya yang bising-bising berdemo. Elok saja hinggakan ramai kaum Cina yang memilih untuk berhijrah ke negara mengamalkan GST itu. Jadi apa perlunya bising di Malaysia?

Kononnya himpunan itu membela rakyat? Membela rakyat dengan slogan “amarah”? Tahukah puak-puak PKR itu bahawa “amarah” itu berasal dari hasutan syaitan? Sebab itu kalau kita marah, ustaz-ustaz suruh kita mengambil wudhu’ agar meredakan kemarahan kita. Tapi amalan itu untuk umat Islam sajalah. Tak tahulah puak PKR itu tergolong di kalangan umat Islam atau tidak…

Pada saya, puak-puak itu sebenarnya bermotifkan politik. Mereka sebenarnya tidak berniat pun untuk membela rakyat. Mereka sekadar mahu memenuhi nafsu serakah politik yang mengejar kuasa di dunia tanpa mempedulikan rasional dan kewarasan akal yang diterapkan Islam melalui ajaran Rasulullah SAW. Saja nak buat kacau saja… Wallahu’alam…

Sumber: Mykmu.net

6 comments:

Anonymous said...

Kita nak tanya puak-puak yang dok jaja pasal kos itu dan ini naik. Berapa bijik kereta yang mereka ada. Betulkah mereka ni susah. Kalau dah kata rakyat ni susah, kenapa mereka tak jual sahaja rumah dan kereta lebihan mereka dan bagi sumbangan kepada rakyat. itu saja saya mau tahu.

Anonymous said...

Bagaimana nak bagi rakyat sedar yang anuar adalah pemusnah negara.

Ghazali said...

Izinkan saya menjawab pertanyaan Anon 18 Dis 11.57PM: Mudahnya anda menyelesaikan masalah... tol naik juallah keta, barang naik jangan beli, tanam sendiri etc etc...jadi kalau anda mati... jalanlah sendiri ke kubur atau jika anda pening kepala, potonglah kepala anda....

Anonymous said...

dah kene kenceng punasehat ekonomi selangor,keke

haslina omar lama said...

lu bodo punya olang.....
itu balang..semua naik loli
itu loli lalu tol
itu tol mintak luit
itu olli cari luit mana....
maaaaa

olang kmpung juga teruk

Anonymous said...

Rakyat dahulukan (duit)

Bila Kak Su Bersuara... Heh!