Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, November 26, 2013

UMNO Kedah pun perlu buat post mortem, bukan PAS saja....

Dalam Muktamar PAS baru-baru ini, perwakilan PAS Kedah mendesak agar Jawatankuasa "post mortem" parti itu mendedahkan faktor-faktor yang menjadi punca kekalahan PAS di Kedah. Katanya, ia perlu didedahkan supaya tidak berulang lagi pada PRU ke-14 nanti...

Pada saya, apa yang diminta perwakilan PAS itu membuktikan bahawa PAS Kedah sememangnya sudah memulakan langkah dan melaksanakan strategi bagi menjajah Kedah semula pada PRU ke-14 nanti.

Sebagaimana yang kita maklum, PAS hanya kalah tipis pada PRU ke-13 hari tu. UMNO/BN menang pun hanya "simple majority", bukan majoriti 2/3 pun. Tapi menang tu tetaplah berpihak pada BN, kan?


Cuma saya tertanya-tanya, dalam sebok-sebok PAS buat "post mortem" tu, UMNO/BN Kedah tak buat "post mortem" jugak, kah?

Setahu saya, beberapa laporan yang disediakan sebelum PRU ke-13 menunjukkan kemungkinan besar BN akan mampu menawan Kedah kembali dari PAS dengan majoriti 2/3. Namun khabarnya "angin" itu bertukar disaat-saat akhir disebabkan beberapa faktor, benarkah?

Bagi orang macam saya yang baru "setahun jagung" buat kerja di Kedah ni, mungkin la tak dapat nak kenal pasti faktor-faktor tersebut sebagaimana pihak yang sudah bertahun-tahun mengumpul maklumat sejak di zaman Tan Sri Syed Razak lagi...

Tapi saya yakin, memang ada jawapan bagi menjawab persoalan yang telah menafikan UMNO/BN dari mendapat majoriti 2/3 di Kedah pada PRU ke-13 tempohari.

Suka saya ingatkan bahawa pihak Pakatan Haram memang sudah lama bergerak dengan pelbagai strategi yang sebelum ini berjaya mengakibatkan UMNO/BN tewas di beberapa DUN, termasuk di Sg Limau baru-baru ini.

Contohnya, strategi pemindahan pengundi di madrasah-madrasah di Sg Limau ternyata tepat dipraktikkan oleh PAS. Memandangkan tiada sebarang bantahan terhadap pindahan daftar pengundi itu, maka PDM Bukit Besar memberikan keselesaan pada PAS Kedah dengan majoriti yang "luar biasa".

Begitu juga yang berlaku di Kuala Kedah di mana UMNO/BN tewas teruk 0-4 dan dipercayai disebabkan oleh strategi yang sama. Lagipun, dengar juga desas-desus mengenai kemelut dalaman dan campur tangan oleh "pihak yang tak sepatutnya, yang gagal diselesaikan dengan baik di situ pada saat-saat akhir.

Bukan apa, saya tidaklah mengatakan bahawa maklumat yang saya terima itu tepat 100%. Mungkin benar, mungkin kurang tepat dan mungkin tidak tepat langsung. Tapi saya percaya UMNO Kedah perlu buat post mortem jugak ekoran gagal mendapat kemenangan majoriti 2/3.

Bak kata rakan-rakan saya yang selalu menyindir pedas, "alaahhh... hangpa menang pun bukannya banyak sangat pun, simple majority saja, itu pun masih rasa kuat sangat sampai boleh rasa selesa?"

Pedih jugak dengar sindiran tu. Nak marah pun tak boleh sebab ada juga kebenaran di atas peringatan itu. Lagipun, lebih baik saya ingatkan dulu UMNO/BN Kedah agar berwaspada. Kalau kalah pulak macam PRU ke-12 dulu, maka jenuh pulak la kita nak tawan balik Kedah ni...kan?

Saya harap, UMNO/BN Kedah tidak tersinggung la dengan tulisan saya ni. Saya ikhlas. Tiada sebarang kepentingan pun. Cuma saya takmau la rasa Kedah kalah sekali lagi pada PAS. Bukan setakat perit dok bawah PAS ni, rosak teruk Kedah depa kerjakan...

Apa? Tu balak kat Pedu dan Lata Chelak kat Baling tu depa boleh ganti balik ke? Silap-silap sampai habis umur pun balak-balak tu takkan dapat depa ganti...kan? kan? kan? Habis depa tarah hasil bumi di Kedah ni... ishhhhh..!!!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!