Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • - PETALING JAYA – Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria kini secara rasmin menyandang jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas dipilih sebulat ...
    49 minutes ago

Sunday, November 24, 2013

Takziah: Akhirnya Mahfuz disingkir orang PAS...

Alhamdulillah, selesai sudah proses pengiraan undi bagi proses pemilihan tiga jawatan Naib Presiden PAS. Ternyata Salahuddin Ayub unggul di depan dengan kiraan undi terbanyak, 917 undi. Penyandang kedua pula ialah Tuan Ibrahim Tuan Man dengan kiraan 849 undi dan ketiga tersenarai ke jawatan itu ialah Husam Musa dengan 520 undi.

Penyandang jawatan itu yang tersingkir kali ini ialah Mahfuz Omar yang memperoleh 504 undi, manakala Abu Bakar Chik yang sebelum ini berjawatan AJK PAS Pusat pula hanya mampu memperoleh sebanyak 364 undi.

Tahniah saya ucapkan pada Salahuddin, Tuan Ibrahim dan Husam. Meskipun barisan Naib Presiden PAS kali ini tidak didominasi oleh golongan ulama, saya kira mereka yang terpilih kali ini agak mantap bagi parti itu.


Pun begitu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan takziah buat Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar yang tewas mengejut pada Muktamar PAS kali ini. Tewasnya Mahfuz melengkapkan kekalahan teruk bagi majoriti calon pimpinan PAS Kedah, kecuali Datuk Ir Amiruddin yang berjaya menempatkan diri di dalam senarai AJK PAS Pusat.

Agak memeranjatkan bila Mahfuz tidak menjadi pilihan para perwakilan PAS untuk penggal ini. Apa salah Mahfuz? Apa dosa Mahfuz? Apa lemahnya Mahfuz sehingga tidak terpilih untuk kekal bagi jawatan Naib Presiden PAS?

Kita kenal Mahfuz sebagai seorang pemimpin yang agak vokal. Vokalnya sering mendapat perhatian media, khususnya lidah rasmi PAS, Harakah dan Harakahdaily. Suaranya selalu kedengaran bertelingkah di ruang dewan Parlimen. Tidak cukup di dalam dewan, di luar dewan pun dia nak bersuara.

Tapi pada pandangan saya, mungkin kekalahan Mahfuz itu disebabkan “kevokalan”nya itu sendiri. Kadang-kadang, sesuatu kelebihan itu mampu bertukar menjadi kelemahan, bukan? Misalnya sifat sabar. Sifat sabar itu sifat yang mulia, tapi kalau terlalu bersabar sehingga kepala dipijak pun maka sifat itu akan bertukar menjadi negatif, bukan?

Dalam hal ini, saya melihat di antara kelemahan terbesar Mahfuz ialah tentang sifat dirinya yang “vokal”. Tidak salah bersifat vokal kalau apa yag disuarakan itu “berisi”. Tapi kalau sekadar vokalkan sesuatu yang hanya bersifat “tong kosong”, “merapu” dan “banyak mengarut”, sudah tentu ia akan “makan diri”…

Mungkin di situlah kelemahan Mahfuz yang mungkin tidak disedari oleh tuan yang empunya diri. Keletahnya menyebabkan makin ramai yang melihatnya sebagai “meriam buluh” yang hanya kuat berbunyi, tapi tidak mendatangkan sebarang hasil positif.

Kadang-kadang, usul dari PKR dan DAP yang bertentangan dengan dasar prinsip budaya PAS pun disokong Mahfuz, takkanlah Naib Presiden begini akan dipilih semula oleh para perwakilan PAS? Rasanya, puak-puak PAS sendiri pun sudah bosan dan jelak dengan sikap sebegini, bukan?

Justeru itu, saya menyarankan Mahfuz Omar supaya bermuhasabah diri. Kaji dan kenali kelemahan diri. Kalau orang PAS sendiri pun menolak, takkanlah rakyat diluar sana akan menerima? Dan apakah Mahfuz fikir orang PAS di Kedah menerima dan menyokong perlantikannya sebagai Pesuruhjaya PAS di negeri itu?

Mahfuz perlu pulang ke Kedah. Selama dia menjadi Ahli Parlimen, dia jarang-jarang sekali pulang ke kawasan. Kebanyakan masanya dihabiskan di Kuala Lumpur. Orang Pokok Sena memang arif tentang itu. Mahfuz hanya pulang sekali-sekala untuk buat bising dan kembali ke ibu negara dengan “sampah sarap”nya terbiar di serata kawasan…

Kini tugas berat menanti Mahfuz. Dia bukan lagi Naib Presiden PAS. Dia mungkin berharap akan dilantik sebagai AJK PAS Pusat saja selepas ini, itu pun jika ada belas ehsan dari Presiden PAS dan Timbalannya. Dalam masa yang sama, dia perlu mengetuai PAS untuk menjajah kembali negeri Kedah pada PRU ke-14 nanti.

Persoalannya, apakah Mahfuz mampu? Apakah Mahfuz layak dan menepati citarasa puak PAS Kedah untuk mengetuai mereka menjajah Kedah kembali? Apakah cukup IQ Mahfuz untuk menewaskan Mukhriz Mahathir dan barisan kepimpinan UMNO-BN Kedah? Harap Mahfuz ukur baju di badan sendiri…Wallahu’alam.

2 comments:

Anonymous said...

Mungkin lepas ni boleh join Mr Bean berlakon....ha...ha..

Anonymous said...

Clap cpal clap clap clap clap clap clap..
Ini bala akibat sokong penggunaan kalimah Allah oleh puak kristian.kahkahkah

Bila Kak Su Bersuara... Heh!