Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, November 23, 2013

Perwakilan PAS mengamuk berdemo di Muktamar?

pas silap undi

Agak kecoh semalam dibicarakan tentang insiden penangguhan sementara undian bagi memilih Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam. Khabarnya penangguhan itu disebabkan “ter”salah edar kertas undi pada para perwakilan dan mereka dikehendaki mengundi semula nanti.

Menurut laporan media, proses pemilihan bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden berjalan lancar seperti biasa. Dan penangguhan pengundian itu hanya melibatkan jawatan AJK PAS Pusat itu sahaja.

Baiklah. Sebagai manusia, saya faham bahawa seluruh jawatankuasa pemilihan PAS kali ini juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Mungkin yang terjadi itu hanyalah kesilapan teknikal yang melibatkan “ter”salah edar kertas undi. Itu tidak menjadi masalah kerana saya yakin PAS mampu mengatasi masalah tersebut.

Biasalah. Manusia mana yang sempurna, bukan? Hanya Rasulullah SAW sahaja yang sempurna dan layak digelar maqsum di muka bumi Allah ini.

Pada pemilihan PAS kali ini, jawatankuasa yang dilantik PAS itu hanya perlu menjalankan proses pengundian untuk seramai 1,129 orang perwakilan sahaja. Maksudnya, hanya sejumlah itu saja yang akan mengundi pada Muktamar PAS kali ini bagi memilih AJK PAS Pusat yang baharu.

Berbanding dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang hanya memiliki kekuatan lebih kurang 700 orang tenaga tetap dan sementara, mereka terpaksa meneliti seramai 13,291,385 orang pengundi dari segenap ceruk rantau di negara ini. Saya ulang, SPR perlu berhadapan dengan lebih 13 juta orang pengundi pada PRU ke-13 yang lalu.

Selain itu, SPR juga perlu menapis sebarang kekhilafan di dalam data daftar pemilih di mana ada dikalangan para pengundi yang sudah meninggal dunia masih kekal nama mereka di dalam pengkalan data ekoran kematian mereka tidak dilaporkan kepada SPR (kebanyakkannya hanya dilaporkan di balai polis sahaja).

Begitu juga SPR perlu menambah senarai pengundi baru yang bilangannya beratus-ratus ribu bilangannya setiap kali mengundi. Sudah tentu segala proses memadam nama, menambah nama dan menyemak daftar pengundi itu terlalu rumit serta “menjulingkan mata” sesiapa saja, bukan?

Justeru itu, PAS perlulah bertimbang rasa, bertolak ansur dan faham tentang kepayahan SPR menguruskan daftar pengundi di seluruh negara, bukan?

Maksud saya, kalau PAS boleh tersilap menguruskan proses pengundian bagi 1,129 orang pengundi dan dimaafkan kekhilafan itu, takkanlah PAS tidak boleh maafkan SPR yang terpaksa “menjulingkan mata”, “memerah otak” dan tenaga yang terhad untuk memproses lebih 13 juta pengundi di seluruh tanahair?

Apakah PAS begitu kejam dan zalim sehingga tidak mampu berfikir secara waras untuk bertolak ansur, bersifat memaafkan dan menerima sedikit kelemahan SPR? SPR juga manusia biasa seperti Jawatankuasa Pemilihan PAS yang tidak terlepas dari kesilapan juga, kan?

Usahlah PAS terpengaruh dan terikut-ikut dengan dakyah dan sikap busuk hati DAP dan PKR yang memburuk-burukkan pihak SPR. Pemilihan DAP sendiri kucar-kacir dan kecoh sana sini, pemilihan PKR juga menyaksikan kerusi, penumbuk, sepak dan terajang berterbangan sesama mereka, apakah PAS masih lagi mahu membiarkan diri dipengaruhi oleh golongan yang “kurang betul” itu?

Sesetengah rakan saya menyifatkan insiden penangguhan proses undi AJK PAS Pusat itu sebagai satu “tulah” atau “karma” bagi PAS yang sebelum ini turut memburuk-burukkan SPR pada PRU yang lalu. Kata mereka, “Allah bayar cash di dunia” bagi segala kutukan yang PAS lemparkan pada SPR.

Namun pada saya, “buang yang keruh, ambillah yang jernih”. PAS perlu kembali ke jalan yang benar. Bukan kembali ke jalan asal PAS, tapi kembalilah ke jalan Allah yang hakiki, jalan lurus yang diredhai. Bukan jalan politik yang bersifat duniawi. Bukankah hidup di dunia ini hanyalah ujian sebelum ke akhirat?

Justeru itu, PAS harus bermuhasabah diri kembali. Kenali diri sendiri dan betulkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum memperbetulkan pihak lain. Kalau PAS sudah di landasan yang betul, perbetulkan pula PKR dan DAP yang kini menjadi sahabat-sahabat PAS. Seterusnya barulah PAS akan dihormati UMNO dan BN.

Yang peliknya, apa yang saya dan rakyat lihat selama PAS di dalam Pakatan Haram, PKR dan DAP pula yang sering menafikan perjuangan dan memalukan PAS dengan pelbagai polisi yang bertentangan dengan Islam! Siapa yang betulkan siapa? Harap PAS renung-renungkanlah kebenaran ini dan elakkanlah menuding jari pada pihak lain.

Bak kata ulama, “hasib nafsaka qabla an tuhasib” – perhitunglah diri kamu sebelum kamu diperhitungkan…Wallahu’alam.

Sumber: Mykmu.net

3 comments:

Anonymous said...

Kalau orang2 Pas benar2 beriman sudah tentu mereka ini tak berani buat dosa apalagi dosa2 besar seperti memfitnah, mencaci, melaknat sesama Islam kerana mereka tahu Allah dah janji tiap2 perbuatan samada yang baik atau jahat akan dapat balasannya. Akhlak kalau dah rosak, hati kalau dah busuk tak beriman lah tu.
Lebih banyak mala petaka yang menanti orang2 yang macam ini.

Orang Kafir pun ada yang percaya pada hukum karma.

Dr Bean PS said...

ORANG BODOH TUDUH ORANG LAIN BODOH.......PAS LA ITU.
NAK TUTUP KEBODOHAN SENDIRI, TUDUH ORANG LAIN BODOH. WHAT A SHAME !

Anonymous said...

Bodohnya orang-orang PAS..nak mengundi pun tak tahu...apa pasal kau orang bongok sangat. Nak kata SPR taktahubuat kerja, kau orang 10 kali bodoh.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!