Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, November 26, 2013

Perkara penting yang dah lama saya nak tegur...

Perkara ni dah lama saya nak highlight kat dalam blog. Cuma kadang-kadang tu terlupa pasal hal ni. Tapi perkara ni memang dah lama saya perhatikan dan jika dibiarkan maka dikhuatiri makin ramai yang hilang nyawa secara mudah!

Pasal bas ekspress di lebuhraya. Agak-agak berapa had laju sebenar bas ekspress di lebuhraya yang dibenarkan menurut undang-undang?

Hanya 80 kmh di jalan biasa dan 90 kmh di lebuhraya. Itu had laju sebenar bas ekspress yang dibenarkan undang-undang. Saya rasa semua orang tahu fakta tu, kan? Alaaa... kat belakang bas ekspress memang ada tulis had laju tu...mudah dilihat.

Tapi, pernah ke kita tengok bas ekspress dipandu kat lebuhraya di bawah had laju 90 kmh? Pernah ke? Saya selalu gunakan lebuhraya dan selalu jumpa bas ekspress. Peliknya, bas-bas tu selalu potong kenderaan saya yang dipandu dengan had laju 110 kmh ke bawah!

Lebih pelik tu, kadang-kadang tu saya saja tekan sampai 120 kmh di lebuhraya, tapi bas-bas ekspress tu masih lagi bagi "high beam" nak saya ke tepi dan beri laluan untuk depa potong kereta saya! Perghhhh... hebat betul, kan? Nak tak nak, terpaksa la saya ke tepi. Maklum la.. bas tu lebih besar dari kereta saya...kalau dia langgar kereta saya, dah tentu remuk teruk!


Sebenarnya saya jarang bawak kereta lebih 110 kmh, apatah lagi lepas harga minyak naik. Bukan apa, kalau bawak kereta bawah had laju tu boleh la save duit minyak sikit. Tak banyak makan petrol. Lagi pun saya tetap sampai on time jugak...kan? heh!

Persoalannya, had laju dah ditetapkan Kerajaan. Tapi mana kakitangan kerajaan yang diberi kuasa memantau had laju kenderaan bas ekspress ni? JPJ? Polis trafik? SPAD?

Saya tahu had laju di lebuhraya ada yang 60 kmh, 90 kmh, 110 kmh dan sebagainya. Tapi setahu saya tidak lebih la dari 110 kmh, kan? Tapi bagi sesebuah bas ekspress atau lori, had laju depa hanyalah setakat 90 kmh saja dan tidak lebih dari tu...

Jadi, kakitangan kerajaan yang ditugaskan pantau had laju tu kena la kuatkuasakan undang-undang tu di lebuhraya. Pantau la bas-bas ekspress tu. Kalau saya kata depa makan gaji buta, nanti depa marah pulak kat saya, kan?


Dah banyak dah kita tengok berita kemalangan yang membabitkan bas ekspress ni. Ada suami yang hilang isteri, ada isteri yang hilang suami, ada anak yang hilang bapa, tokwan, tok dan sebagainya. Ada yang sekeluarga terkorban.. ramai dah yang hilang nyawa berdarah naik bas ekspress ni..kan?

Habis tu? Takkan la nak suruh Menteri yang turun buat road block kot? Pegawai-pegawai kerajaan yang diberi kuasa tu apa pulak tugas depa? Takkan pegawai-pegawai tu perlu hadir di Parlimen jawab soalan pembangkang kot? Buat la kerja dengan amanah...gaji tu biarlah berkat nak beri makan anak isteri...kan?

Pada saya, perkara ni bukan silap kerajaan pun. Kerajaan dah tetapkan undang-undang dan gajikan kakitangan serta pegawai-pegawai untuk kuatkuasakan undang-undang tu. Jadi, kenalah buat kerja tu dengan amanah...


Mungkin sebelum ni para pegawai kita terlepas pandang. Tapi, bila dah sampai tak terpantau ni...maka rasanya bukan lagi kes "terlepas pandang"lah kot...kan? Jadi, saya rayulah... tolonglah pantau bas-bas ekspress tu... saman je mana yang langgar undang-undang.

Seperkara lagi, kalau boleh tu letak banyak-banyak sikit kamera AES tu kat lebuhraya. Kalau bas tu lebih 90 kmh, saman je terus. Tapi kena la set kamera tu untuk bas ekspress 90 kmh dan kereta biasa 110 kmh. Kalau kereta bawak 100 kmh pun nak saman, alamat jahanam la kamera tu kena baling batu!


Harap penguatkuasa JPJ, abang-abang polis trafik, SPAD dan sebagainya maklum tentang perkara ni. Saya tengok sekarang ni penguatkuasa kita banyak yang dah pakai kereta laju-laju... yang pakai Mitsubishi Lancer Evo pun ada...kan?

Bukan apa... kadang-kadang puak pembangkang ni mana reti fikir. Tak abih-abih nak salahkan kerajaan je. Kakitangan kerajaan yang seleweng buat kerja tak betul, tapi depa kata kerajaan pulak yang seleweng bagai... tahu ke beza antara kerajaan dan kakitangan kerajaan yang dibayar gaji? heh!

4 comments:

Anonymous said...

penguatkuasa tu dok makan gaji buta bagi makan anak bini. Lepas tu banyak pulak komplen dan mintak macam2 kat kerajaan. Masa PRU sokong pembangkang

sesejuk mata memandang said...

Pemandu bas atau pemandu kereta atau pemandu apa pun yang penting adalah displin. Jika kita nak salahkan penguatkuasa 100% pun tak boleh , polis buat t'embok no ekor' di km sekian mereka dah dapat tahu kerana sekarang pelbvagai teknologi canggih dah ada , setiap mesin perangkap dengan mudah dipantau kerana selagi mesin tersebut mempunyai denyutan bateri , mudahlah dikesan

Displin displin displin itu yangpenting , tembak disini laju disana , apa yang patut dibuat oleh kerajaan jpj atau puspakom , sewaktu pemeriksaan berkala bas atau lori , kuncikan sahaja pdela kelajuan yang mana tekan macam mana pun bas atau lori cuma akan bergerak tidak lebih 90km

Anonymous said...

Setiap hari saya mengguna lebuhraya Utara selatan untuk pergi kerja dan setiap hari tidak pernah "miss" saya berselisih dengan bas express yang dipandu laju ( saya katakan laju sebab kalau saya pandu pada kelajuan 90km/jam pun dia masih memotong kenderaan saya)dan mengguna lorong tengan serta lorong paling kanan. Selama bertahun-tahun saya memandu di lebuhraya TIDAK sekali pun saya melihat atau terserempak dengan JPJ mengekori dan menahan bas express yang dipandu laju. Selalunya apa yang saya dapat tahu hanya " after the event " iaitu apabila kemalangan berlaku dan dilapurkan di media. Tak tahulah JPJ ni...perondanya asyik sibok kesana kesini tapi apa yang dirondanya tak tahu lah.

razak said...

Tahan bas bawak laju apa barang, dah tau driver bawak duit sikit , baik tahan kereta bawak laju , ada masyuk . Barulah lepas KPI .

Bila Kak Su Bersuara... Heh!