Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, November 29, 2013

Perghh..!!! Anwar & Azmin dibawah tapak kaki Khalid...

Azmin-vs-Khalid-618x445

Memang dramatik kenyataan terbaru Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Tidak disangka-sangka, segagap-gagap Khalid, dia ternyata masih berani menjawab kritikan Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim, dan orang kanan kesayangan “boss”nya itu, Azmin Ali. Kenyataannya yang berbentuk sindiran itu memang agak pedas!

Sebagaimana maklum, kecoh di luar Parlimen hari ini apabila Anwar dan Azmin berpadu tenaga bersatu hati mengkritik Khalid kerana menaikkan gaji pemimpin Kerajaan Pakatan Haram Selangor terlalu tinggi dan tidak munasabah.

Maklumlah. Mungkin kerana risau melihat rakyat dan ramai pemimpin, termasuk pemimpin-pemimpin Pakatan Haram sendiri mengkritik kenaikan gaji tersebut yang disifatkan sebagai melampau dan tidak wajar, Anwar dan Azmin cepat-cepat berlakon tunjuk baik dan sama-sama menghentam Khalid.

Lagipun, siapalah sangat Khalid di mata Anwar, bukan? Jangankan orang dalam PKR saja yang tahu, rasanya seluruh Malaysia yang mengikuti perkembangan politik negara juga tahu bahawa Khalid merupakan musuh tradisi Azmin di dalam parti. Azmin dikatakan sudah lama cuba merebut kerusi MB dari Khalid secara terang-terangan, manakala Khalid pula cuba bertahan dengan menggunakan pengaruh Wan Azizah sebagai Presiden.

Namun kali ini mungkin Khalid tak boleh tahan lagi. Pun begitu, dia masih lagi enggan menyerang balas Azmin dan Anwar secara terbuka. Dia hanya berani sindir secara sinis sahaja. Bukankah Azmin juga merupakan ADUN Selangor dan sama-sama menerima kenaikan gaji tersebut?

“Kalau (Azmin) tak mahu tak apalah, dia boleh tidak ambil gaji itu..”, sindir Khalid bersahaja.

Walau bagaimanapun, saya yakin bahawa telefon bimbit Khalid akan berdering-dering apabila sindirannya itu tiba di telinga Azmin. Azmin pula mungkin akan menghubungi Anwar bila terasa pedas dan kemudian mungkin ada pihak yang akan menghubungi Menteri Besar Selangor itu meminta penjelasan…

Jika sekali pandang, boleh tahan juga Khalid Ibrahim ini. Bukan saja Azmin yang dipulangkan paku buah keras, Anwar pun berani “dihentak”nya!

Selamba saja Khalid menegaskan bahawa kenaikan gaji yang disuruh kaji semula oleh Anwar itu adalah keputusan muktamad darinya dan tidak akan ditangguh atau dikaji semula. Dalam ertikata lain, Khalid ingkar ada kehendak arahan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum merangkap Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, dan Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presidennya merangkap ADUN Selangor!

Jelaslah di sini bahawa Khalid mahu Anwar sedar diri bahawa Menteri Besar Selangor bernama Khalid Ibrahim dan bukannya Anwar Ibrahim. Dan mungkin juga Khalid mahu Azmin tahu bahawa meskipun dia berjawatan Timbalan Presiden partinya, Azmin tetap berada dibawa telapak kakinya bila berada di negeri Selangor!

Biasalah di dalam politik PKR. Angkuh adalah perkara kedua. Yang penting ialah kuasa. Mungkin sebab itulah Azmin beberapa kali dikatakan cuba mengenakan Khalid, namun dapat dipatahkan oleh Menteri Besar Selangor itu.

Tapi jika diteliti “wayang opera” di antara Khalid, Anwar dan Azmin itu, saya yakin ia sebenarnya hanyalah sekadar sandiwara sebagaimana siri-siri sebelumnya.

Pada saya, adalah amat mustahil sekiranya Anwar dan Azmin tidak tahu tentang kadar kenaikan gaji yang diumumkan kerajaan pimpinan Khalid. Ia adalah kerana Anwar berjawatan Penasihat Ekonomi Selangor dan Azmin pula adalah ADUN di negeri itu. Takkanlah mereka tidak diberitahu Khalid sebelum diumumkan di sidang DUN, bukan?

Mungkin mereka tahu bahawa kenaikan gaji itu akan mencetus ketidakpuasan hati ramai pihak, khususnya rakyat. Jadi, bagaimana caranya jika mereka tetap mahu gaji mereka dinaikkan secara maksimum dan rakyat tidak marah pada Pakatan Haram?

Caranya ialah Khalid mesti tetap naikkan gaji pemimpin Kerajaan Pakatan Haram Selangor walau apa cara sekalipun. Dan jika rakyat marah, Anwar dan Azmin mesti dilihat sebagai hero rakyat yang mendesak Khalid untuk kaji semula atau tangguhkan keputusan itu. Jadi, gaji mereka tetap naik, manakala Anwar dan Azmin kononnya akan tetap disanjung sebagai “pembela wang rakyat”.

Minta maaflah. Saya tidak akan terpedaya dengan plot drama politik sebegitu. Pada saya, gaji pemimpin Kerajaan Negeri Selangor boleh naik, tapi tidaklah setinggi itu. Seperkara lagi, tak perlulah Anwar dan Azmin nak jadi hero. Bukan apa, rakyat Malaysia sememangnya sudah tahu siapa sebenarnya Anwar dan Azmin. Sudah banyak kali mereka tertipu…

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdullillah, Maha Besar Allah. Terbukti sudah dan tersergam indah betapa rapohnya kerajaan PKR Negeri Selangor. Dalam Parti sendiri pun sudah kelam kabut, bagaimana nak memerintah Negara?

Apa yang diharapkan bahawa UMNO jangan lah cuba menegok air dilautan. Biarkan drama ini berkesudahan dan menjadikan ia satu perbandingan atau iktibar yang baik diantara UMNO dan PKR. Orang UMNO jangan melatah dan senyapkan saja dahulu perkara ini untuk diselesaikan oleh PKR sendiri dan dikritik habis oleh ahli2 PKR sendiri.

Saya sayangkan UMNO sebab ia adalah parti Orang Melayu sebenar yang diwarisi dari datuk nenek kita dahulu yang mana Rakyat bernaung dibawahnya. Rakyat adalah penentu segalanya dan orang Melayu tetap dibela oleh UMNO sehingga kiamat! Syabas UMNO bahawasanya UMNO lah yang terbaik.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!