Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, November 28, 2013

Naik Gaji Melampau: Anwar lepas tangan, Khalid lemas sorang-sorang...

ScreenHunter_01 Nov. 28 16.31

Nampaknya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terpaksa terkial-kial seorang diri apabila ramai pihak tampil mengecam kenaikan gaji melampau yang diumumkan di dalam sidang DUN negeri Selangor baru-baru ini. Kenaikan gaji melampau itu memperlihatkan gajinya melebihi gaji Perdana Menteri dan gaji Speaker Dewan yang melebihi gaji Timbalan Perdana Menteri.

Peliknya, kenaikan gaji pemimpin Kerajaan Negeri Selangor itu turut dikritik oleh Penasihat Ekonomi Selangor, Anwar Ibrahim.

Kata Anwar, pada hakikatnya dia bersetuju dengan kenaikan gaji tersebut. Namun dia “memancung” tindakan kenaikan gaji Khalid dan pemimpin Pakatan Haram Selangor itu dengan menyifatkannya sebagai “terlalu tinggi” dan meminta Menteri Besar itu menjelaskan kenaikan gaji itu kepada media.

Saya tertanya-tanya, kenapa sebagai “Penasihat Ekonomi Negeri Selangor”, Anwar tidak campur tangan dalam hal kenaikan gaji pemimpin Kerajaan Pakatan Haram Selangor itu dari awal lagi? Sebagai seorang yang bertanggungjawab di dalam soal ekonomi, penggunaan pembendaharaan negeri itu wajar dibawa ke meja Anwar terlebih dahulu, bukan?


Atau memang Khalid sengaja tidak beritahu Anwar mengenai kenaikan gaji itu? Mungkin juga Khalid tidak mahu Anwar berkecil hati dengan kenaikan gaji diri dan konco-konconya yang lumayan sedangkan gaji Anwar hanyalah RM1 sahaja sebulan?

“Saya tidak fikir beliau perlu mengikut langkah Sarawak menaikkan gaji pemimpin tinggi, perlu jelaskan kepada parti dan paling penting jangan terlalu pentingkan kenaikan kerana kerajaan negeri Selangor perlu memastikan peningkatan perkhidmatan,” kata Anwar yang dipetik dari media hari ini.

IMG-20131128-WA007

Maksudnya, Anwar mahu Khalid jelaskan justifikasi kenaikan gaji itu pada parti dan dia menyelar Menteri Besar itu kerana terlalu pentingkan kenaikan gaji tersebut sedangkan perkhidmatan Khalid dan konco-konconya masih ditakuk lama? Perlu diingat, Anwar baru-baru ini ada menyindir sifat “alpa” dan “lembab” Khalid secara sinis di Kongres Khas PKR, bukan?

Nah! Sekarang mungkin Anwar tersinggung hati dek kerana dipinggirkan di dalam “projek mengkayakan diri sendiri” oleh Khalid, Speaker, Timbalan Speaker dan ADUN-ADUN Pakatan Haram Selangor. Kalau gaji Anwar dinaikkan Khalid dari RM1 kepada RM100,000, mungkin Anwar akan bermati-matian membela tindakan Menteri Besar itu…

Lebih pelik lagi ialah tentang justifikasi Khalid dan alasannya untuk menaikkan gajinya dan rakan-rakan kongsinya di DUN Selangor. Kata Khalid, kenaikan gaji tersebut masih “munasabah” sekiranya dibandingkan dengan gaji “boss-boss” di syarikat swasta.

Saya tertanya-tanya, apakah wajar Khalid membandingkan perbendaharaan sebuah kerajaan negeri dengan sebuah syarikat swasta? Apakah sama kedua-dua pihak tersebut? Apakah sesebuah Kerajaan Negeri itu mementingkan “profit” sebagaimana syarikat-syarikat swasta yang berpaksikan pada “profit oriented”?

Apakah Khalid fikir sesebuah Kerajaan Negeri itu berniaga dengan rakyatnya? Apa bentuk perniagaan yang Khalid jual pada rakyat Selangor? Apakah Khalid fikir mengetuai sesebuah Kerajaan Negeri itu sama sifatnya dengan mengetuai sebuah syarikat swasta?

Pada saya, sebuah Kerajaan Negeri itu bertanggungjawab menjaga kebajikan dan memelihara kepentingan rakyat berbanding keuntungan sesebuah kerajaan negeri. Maksudnya bukannya Kerajaan Negeri tak boleh ambil untung atas perkhidmatan yang diberikan, namun keuntungan itu sepatutnya lebih bersifat mementingkan kebajikan rakyat.

Beginilah. Kalau benar Khalid mahukan gaji yang tinggi seperti di syarikat swasta, Khalid boleh letak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dan memohon kerja di mana-mana syarikat swasta saja. Sekurang-kurangnya, kenaikan gaji Khalid di syarikat itu nanti hanya melibatkan wang syarikat tersebut dan tidak melibatkan wang rakyat Selangor.

Tapi kalau Khalid muka tak malu, dia boleh terus jadi Menteri Besar Selangor. Tapi dia perlu tahu bahawa setiap sen duit rakyat yang dia terima dari rakyat Selangor itu akan disoal Allah SWT di akhirat kelak. Kalau rakyat tidak redha dan tidak halalkan, maka terimalah akibatnya di Hari Pengadilan kelak. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Bijaksana. Wallahu’alam.

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!