Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, November 25, 2013

Mesyuarat Perhubungan UMNO Kedah bincang soal "virus"?


Hampir 6 bulan BN kembali mentadbir Negeri Kedah. Diketuai Menteri Besar Kedah, Dato' Paduka Mukhriz Mahathir, boleh dikatakan hampir semuanya berjalan lancar. Dari sesi sidang DUN yang aman dan tidak seperti "zoo" di Perak, hinggalah program-program kecil di peringkat kampung...

Kalau tidak silap saya, hari ni berlangsung Mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Sudah tentu banyak yang bakal dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat tersebut. Dan sudah tentu ianya dipengerusikan oleh Mukhriz dan dibantu Dato' Paduka Ahmad Bashah...

Reshuffle UMNO Kedah? Entahlah, saya sendiri tak tahu. Tapi apa yang saya tahu, ramai aktivis, penggiat dan penyokon kuat UMNO yang mahu para penggerak parti dirombak semula. Itu yang selalu saya dengar kalau saya singgah sebentar di restoran depan Pejabat UMNO tu...


Sebenarnya saya sendiri tak tahu apa maksud mereka bila dikatakan ada "virus" yang sudah lama dan tak relevan di situ. Bila ditanya siapa, mereka tak mahu beritahu. Tapi dari riak wajah dan kesungguhan mereka, nampak mereka benar ikhlas mahu UMNO dirombak...

"Dulu depa bodek Tok Bashah, tapi sekarang depa bodek Mukhriz pulak. Siang malam depa ligan Mukhriz. Tak cukup di Wisma, depa mai sini...takdak di sini depa ke rumah MB...kalau takdak jugak, depa sanggup ke KL...", itu adalah keluhan yang pernah saya dengar...

"Kat atas tu (pejabat UMNO), ada yang jawatan kecik tapi berlagak macam S/U, yang berlagak macam Pengerusi pun ada... ada yang nak tunjuk hebat, tapi satu haram pun taktau buat kerja. Sembang saja deraihhhh (deras)", kata depa lagi...

Depa kata, kalau "virus-virus" tu tak dibuang, selagi tu la pengurusan dalam UMNO Kedah tu huru-hara dan tak teratur. Cantas mencantas akan terus berlaku kalau semua tu tak diubah... 

Tapi bila ditanya siapa yang depa maksudkan, depa takmau bagitau. Depa suruh selidik sendiri kebenaran yang depa luahkan. Saya bagitau depa, saya mana ada access nak masuk pejabat UMNO tu, apatah lagi nak selidik... tapi depa tetap takmau beritahu saya...

Saya tanya, kalau di"bersara"kan golongan "virus-virus" ni, nak ganti dengan siapa? Depa nak suruh ganti dengan diri depa sendiri, kah? Depa kata, depa takmau dok kat Pejabat UMNO tu, depa ada kerja sendiri. Depa suruh ganti dengan orang yang layak dan tau buat kerja jentera...

Pulak dah... pening jugak kepala saya. Tapi saya serahkan pada kebijaksanaan Tok Mukhriz dan Tok Bashah, gandingan baru dan lama. Saya yakin, kalau dua tokoh ni ikhlas bersatu sama-sama buat kerja, UMNO Kedah akan kembali gagah seperti dulu...doa-doakanlah yer...

P/s: Entahlah. Saya tak tahu sama ada benar atau tidak dakwaan depa. Ada dikalangan pembaca yang tahu?

3 comments:

Pro Dacing said...

cerita ini memang betoi.
virus ini ialah kumpulan cari makan
mukhris dia anak PM mungkin kurang arif dalam hal ini.
mukhriz kena lantik lah orang yg betoi boleh buat kerja.Kurang sikit berlagak dan ego dan somobong.
Ingat ini UMNO sebuab parti politik.Bukan syarikat sdn berhad.
UMNO hendak undi.Kalau pegawai pun berlagak punahlah PRU nanti.

terutamanya SU UMNO Kedah.Lantiklah orang yang boleh beri tumpuan tentang politik Kedah.SU UMNO Kedah perlu ada celik politik moden,politik klasik,dan politik era IT.

Ini jadi SU UMNO Kedah AJK UMNO Bahagian,Pemuda,Wanita Puetri Bahagian-bahagian pun tak kenal.

SU UMNO Kedah kena super pro AKaktif turun akar umbi.

Perlu ingat pengundi yang tak berparti atau atas pagar sudah terlalu banyak.SU UMNO Kedah kena ada masa yg cukup untuk menyelia politik Kedah.

Satu lagi jawatan SU Kerja pun penting dalam Jabatan UMNO Kedah.Lantiklah yang ada kelulusan degree sikit.Ada pengalaman.Jawatn ini pun penting juga.Tak perlu ranggi atau somobong.Nadi dalam jabatan UNO Kedah.

Mukhriz kena homework yang mantap untuk PRU 14 nanti.SI politik MB pun nampak kerja dia melayan kroni MB dan kroni dia sahaja.Rakyat dan ahli politik UMNO Kedah yang lain di biarkan begitu saja.Pilihanra undi amat penting.Inilah kerja SU politik.jaga market politik UMNO Kedah dan market politik MB Kedah.
Jangan jadi macam empat lima orangEXCO punyalah sibuk panggilan talipon/HP tak dijawab atau call semula.EXCO apa ini.

Kalau tuan-tuan kurang percaya sila buat panggil pada mana-mana EXCO Kedah untuk minta tolong.Sipa yang jawab dan sebaliknya.

Tentang YB ADUN tak payah ceritalah.Pengundi kawasan sendiri pun dah mula kecewa.

Mukhriz tengok-tengoklah hal ini.Kita mahu BN terus perintah Kedah.

Anonymous said...

difahamkan ada 11 orang adun yg tidak ada tauliah semasa pru13 yg lalu, depa tukaq last minit, cantas calon2 len, sebsb tu laaaa ada tb yg pengundi kawasan sendiri pun dah mula keciwa, dok tukaq calon2 tu buat apa?????????

Anonymous said...

Sumber tak tepat tu. Yg ada la ni sbg penggerak, lebih bersifat teratur berbanding sebelum ini. SUP sudah terbukti berjaya bantu Bn menang di Kedah melalui strategi2, kaedah serta pendekatan yg beliau fikirkan sesuai & laksanakan diperingkat jentera akar umbi.
Hakikat kini telah membuktikan tindakan & perlaksanaan yg dipimpin oleh SU dahulu telah membuahkan hasil.
Jgnlah para blogger terlalu mengambil hati krn kurang mendapat layanan yg memuaskan sblm PRU 13 yg lalu.
Bukan menafikan sumbangan para penggiat media baru sblm ini tetapi kaedah penerangan konvensional yg lebih byk membantu. Kewujudan kumpulan2 penggerak media sosial seperti TMK, MyKmu, Kedahan, KedahTimes yg beroperasi berasingan dan sukar bekerjasama diantara satu sama lain juga perlu diambilkira. Tambahan pula, impak dari media sosial kurang memberi sengatan yg berbisa berbanding blog di peringkat kaedah konvensional amnya di Kedah. Maaf andai terasa. Terimalah sebagai kritikan.
Seterusnya, kumpulan pelaksana kerja sehingga pru13 yg lalu harus dikekalkan seperti yg ada pada HARI INI. Yang mana berkelayakan utk dilantik ke jawatan yg lebih tinggi, berilah peluang sewajarnya.
Bagi yang pernah berkhidmat baik di peringkat Bahagian hingga Perhubungan Negeri, jasa mrk tidak dilupakan walaupun sudah tidak bertugas lagi. Mungkin tidak perlu rasanya dipertimbangkan semula untuk membantu Umno & BN bagi menghadapi PRU14 kelak. Sudah ada pengganti yang sesuai & telah berkhidmat dgn cemerlang pada PRK N20 yang lalu. Ini meliputi jentera di semua peringkat.
Akhir kalam, virus sebenar kepada UMNO Kedah ialah pihak2 luar yang cuba mempengaruhi Pengerusi agar membuat perubahan mengikut acuan mereka.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!