Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, November 27, 2013

Mahfuz lebih wajar "sekolah"kan ADUN-ADUN PAS Kedah...

ScreenHunter_01 Nov. 27 01.11

Semalam, bekas Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang tewas mengejut berebutkan jawatan parti cuba “bercakap pandai” dengan menggesa UMNO supaya menyokong usul perlaksanaan Syariah sekiranya usul berkenaan di bawa ke Parlimen.

Dia kononnya kemudian cuba mengaitkan gesaan itu dengan usul perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Negeri Kelantan yang dipercayai merupakan hukum hudud yang mahu diperkenalkan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Katanya, kalau UMNO ikhlas, UMNO wajar sokong usul tersebut dan beri kerjasama yang baik bagi tujuan tersebut.

Selain itu, Mahfuz juga cuba menyifatkan UMNO sebagai pihak yang tidak pernah menyokong usul dari wakil rakyat PAS, khususnya berkenaan soal kepentingan Islam. Dia memberikan contoh usul wakil rakyat PAS berkenaan isu penghapusan etnik di Bosnia dulu. Kononnya, wakil rakyat PAS mencadangkan usul berkenaan terlebih dahulu, tetapi ditolak dewan. Namun bila wakil rakyat UMNO yang usulkan, ia diterima dewan.

Begitulah payahnya IQ seorang wakil rakyat PAS yang tidak pernah menjadi Kerajaan. Terlalu obses dengan persepsi sendiri yang suka syak wasangka buruk pada saudara seagamanya. Dia fikir apa yang di fikirannya itu benar-benar belaka dan jika ditolak maka pihak yang menolak itu semuanya salah-salah belaka. Padahal, dia tidak sedar bahawa apa yang difikirkannya itu kurang wajar sebenarnya.

Sebenarnya, usul penghapusan etnik Bosnia tersebut ditimbulkan oleh Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang. Mungkin mahu menarik perhatian dan “bodek boss” bagi melantiknya sebagai AJK PAS Pusat secara lantikan, sengaja dia timbulkan isu lapok yang dia sendiri tidak tahu hujung pangkal itu…

Ketika berlaku perang penghapusan etnik di Bosnia, saya melihat Malaysia mengambil sikap berhati-hati di dalam urusan diplomatiknya. Sebelum membenarkan sebarang usul yang menyentuh isu negara luar, khususnya melibatkan kedaulatan sesebuah negara, negara kita perlu mengambil sikap berhati-hati. Maksudnya, usul mengenai isu tersebut tidak boleh diterima secara “hentam kromo” sahaja, bukan?

Setelah dikaji dan dibincangkan oleh Kerajaan yang memerintah setelah mengambil kira risiko yang bakal dihadapi, maka barulah usul berkenaan dikemukakan serta diterima dewan. Saya masih ingat lagi bagaimana Malaysia mengambil risiko yang tinggi untuk menghantar pasukan tentera ke Bosnia ketika itu.

Malah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir begitu komited membela nasib umat Islam d Bosnia sehingga boleh dikatakan seluruh saudara seagama kita di negara itu kenal dengan nama “Mahathir”. Bukan saja tentera dihantar ke sana, malah umat Islam Bosnia juga dibawa ke Malaysia sebagai keluarga angkat!

Begitulah prihatinnya pemimpin UMNO pada kepentingan saudara seagama. Bukan seperti pemimpin PAS yang suka syak wasangka buruk…

Berkenaan mahu UMNO menyokong usul Kanun Syariah II Negeri Kelantan itu, saya rasa pihak Kerajaa Persekutuan tidak punya masalah untuk berbuat demikian jika draf kanun berkenaan menepati konsep Islam yang adil, sempurna, tiada percanggahan, tiada kelemahan dan tidak “huru-hara” sebagaimana draf-draf hudud yang pernah dikemukakan PAS sebelum ini.

Kalau PAS kemukakan draf hudud yang adil dan menepati konsep keadilan Islam, saya tidak fikir UMNO punya sebarang halangan untuk membenarkan Kerajaan PAS Negeri Kelantan melaksanakan kanun berkenaan. Kalau drafnya teruk sangat macam yang dulu-dulu, jangan haraplah UMNO nak sokong. Buat malu Islam saja kalau UMNO sokong hudud yang penuh dengan kelemahan, bukan?

Sinar Harian 29.08.2013 Kedah Haram Syiah Mukhriz Mahathir.jpg-736837

Pada saya, Mahfuz sebenarnya perlu menggesa ADUN-ADUN PAS Negeri Kedah terlebih dahulu untuk menyokong sebarang pindaang berkenaan undang-undang Syariah Islam sebelum menggesa UMNO berbuat demikian. Itu tindakan yang paling tepat sekiranya Mahfuz benar-benar berakal…

Bukan apa. Ketika sidang DUN Kedah membentangkan pindaan rang undang-undang Syariah yang bertujuan mencegah bahaya Syiah dan ajaran sesat di negeri Jelapang Padi itu, seramai 9 orang ADUN PAS bertindak menolak pindaan enakmen Syariah itu sedangkan ia jelas dikemukakan demi kepentingan agama Allah!

Mujurlah eknakmen itu diluluskan sidang DUN Kedah. Itupun setelah dilengah-lengahkan ADUN-ADUN PAS yang mengheret sesi sidang DUN tersebut sehingga hampir jam 10 malam! Mujur juga ada ADUN-ADUN BN bukan Islam yang walaupun tak tahu apa-apa, tapi turut menyokong pindaan tersebut kerana yakin ia memberikan kebaikan pada rakyat Kedah yang majoritinya 80% beragama Islam. Nak diharapkan ADUN PAS?

Nah! Sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah, apa kata kalau Mahfuz panggil semua ADUN-ADUN PAS di Kedah dan “sekolah”kan mereka supaya benar-benar ikhlas menjaga kepentingan Islam. Kalau diperingkat negeri pun Mahfuz dan PAS gagal menjaga kepentingan Islam, apatah lagi di peringkat nasional?

Justeru itu, saya mengesyorkan agar Datuk Mahfuz Omar buat “homework” terlebih dahulu sebelum memberikan kenyataan pada media. Bukan apa, buruk padahnya kalau “kantoi” banyak kali. Mana nak letak muka kalau “kantoi” begini? Buat malu orang PAS Kedah saja…

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Pas dah takde isu lain... hudud..hudud...hudud.. Sedangkan depa dah tau, abang Dap depa takkan setuju... Pas hanya tau sebut hudud je tapi tak faham apa hudud sebenarnya...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!