Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, November 27, 2013

Lelaki Afrika ni cari pasal dengan umat Islam sedunia..!!!

angoladude432
Tidak dapat tidak, kalau terjumpa lelaki Afrika yang bernama Jose Edurado dos Santos ini, sila tampar kepala dia sebelum diludah. Saya tidak kira sama ada dia Presiden Republik Angola atau tidak, tapi dia tidak layak memijak bumi Malaysia.

Nak tahu kenapa saya marah padanya? Kerana lelaki inilah yang mengharamkan Islam di bumi Allah yang bernama Angola. Malah dialah yang memerintahkan agar semua masjid-masjid di negara itu diruntuhkan segera baru-baru ni..

Saya secara rasminya menggesa agar Malaysia memutuskan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehingga Kerajaannya menarik balik penghinaannya terhadap Islam, membayar ganti rugi pada umat Islam di situ dan membina semula masjid-masjid yang telah diruntuhkan. Muktamad, tanpa sebarang kompromi...

Cuba baca laporan di bawah dan saya yakin anda juga akan marah seperti saya...



ANGOLA menjadi negara pertama di dunia yang memutuskan untuk melarang perkembangan agama Islam dan komuniti Muslim di negara tersebut.

Kerajaan mereka kini sedang mengambil langkah menghancurkan masjid-masjid di negara berkenaan.

Presiden Angola, Jose Edurado dos Santos dipetik sebagai berkata, kini tiba masanya pengaruh Islam berakhir di negaranya.

Sementara itu Rosa Cruz de Silva , Menteri Kebudayaan Angola berkata , tindakan itu diperlukan bagi membanteras ibadah yang ‘bertentangan’ dengan budaya penduduk di negara itu.

” Masjid akan ditutup sampai pemberitahuan lebih lanjut , ”  katanya.

ob_da0e35da479e5a09312b139a69265cbe_capture

DALAM perkembangan berkaitan, Ikatan Muslimin Malaysia hari ini mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Angola mengharamkan Islam, menutup masjid-masjid dan merobohkan sebahagiannya.

“Tindakan mereka tidak masuk akal dan sangat melampau. Tindakan mereka tidak bertamadun bahkan amat bertentangan dengan hak-hak asasi manusia yang sering mereka laungkan selama ini,” demikian tegas Naib Presiden I ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.

Jelasnya, dalam konteks ini kerajaan Angola tidak boleh mengkategorikan Islam sebaris dengan ratusan agama-agama palsu ciptaan masyarakat di Angola yang juga telah diharamkan.

“Sedangkan Islam adalah salah satu dari agama besar dunia dan telah diiktiraf oleh masyarakat dunia sedemikian rupa.

“Jika hendak dibandingkan dengan agama-agama besar dunia lain seperti Kristian, Hindu, Yahudi dan Buddha, Islam dilihat lebih sempurna ajarannya,” ujar Ustaz Fauzi.

Mengulas lebih lanjut katanya, dakwaan bahawa Islam hanyalah ritual pemujaan dan pendatang yang melakukan jenayah pemalsuan dan pembersihan wang haram rata-rata adalah orang Islam adalah tuduhan yang tidak berasas.

Bahkan mengaitkan orang Islam Angola dengan kumpulan al-Qaedah juga tidak pernah dibuktikan oleh pihak kerajaan.

Sebenarnya jelas Ustaz Fauzi, tindakan kerajaan Angola itu dilihat hanyalah kesinambungan dari siri-siri kebencian kerajaan Kristian itu terhadap perkembangan dakwah Islam yang sedang meningkat naik di Angola.

Justeru, beliau meminta seluruh umat Islam di Malaysia mengambil iktibar dari pendirian kerajaan Angola tersebut dan berusaha untuk memahami tabiat sebenar pertembungan di antara Islam dan musuh Islam.

“Umat Islam perlu mempertahankan Islam di mana juga mereka berada. Doa kita kepada umat Islam di Angola agar tidak menyerah kalah dengan pendirian kerajaan tersebut,” katanya kepada wartawan ISMA. - MNH

article-0-14546F49000005DC-367_634x314
IBU negara Angola, Luanda.

2 comments:

anggi pradiska abadi said...

orang seperti itu kita doakan agar mendapat hidayah dr allah

Anonymous said...

Tak lama lagi ANGOLA akan di landa musibah.... tunggu.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!