Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, November 29, 2013

Kisah Benar: Patut pun ramai guru marah kerajaan...

FARITA Idayu Bt. Jusoh bukanlah pegawai besar. Dia hanyalah seorang guru. Guru yang baru lapan tahun berkhidmat mendidik anak watan kita.

Menjadi guru adalah cita-citanya dari kecil. Dia bukan seperti sesetengah guru, yang menjadikan kerjaya itu sekadar makan gaji.

Cikgu Idayu atau Cikgu Ayu mahu menjadi pendidik sejati. Mendidik anak-anak kita, terutamanya dari kampung pedalaman. 

Selepas keluar dari kolej perguruan hatinya meronta-ronta mahu terus mengajar. Ke mana sahaja dihantar bukan halangan. Lagi pun itu telah menjadi perjanjiannya bahawa ke mana sahaja, waima ke pulau terpencil di Mabul, Sabah sekali pun dia sanggup tempuhi. 


Oleh itu, Idayu sanggup meninggalkan kampung halaman di Terengganu dan dihantar mengajar di Sarawak. Pengkhususan beliau ialah subjek Fizik, Matematik dan Sains. 

Guru muda itu gembira mengajar di situ. Semangatnya sentiasa berkobar-kobar mendidik anak bangsa.

Namun sebagai seorang insan, Cikgu Idayu pun mempunyai keinginan untuk berumah tangga. Jodohnya ditemukan dengan jejaka yang kebetulan berasal dari negerinya di Terengganu.
Setelah berkahwin Cikgu Idayu dipindahkan dari Sarawak ke Semenanjung, iaitu Johor.

Dia ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Esa, Batu Pahat, Johor.

Suaminya pula bertugas sebagai Warder Penjara di Dungun. Sehingga kini mereka telah berkahwin selama lapan tahun.

Bagi pasangan itu, seorang tinggal di Dungun dan seorang tinggal di Batu Pahat bukan halangan untuk berkhidmat sebaik-baik mungkin kepada negara tercinta ini.

Sepanjang lapan tahun mereka tidak pernah tinggal sebumbung. Sama ada suami akan ke Batu Pahat atau sebaliknya si isteri akan ke Dungun. Walaupun kejauhan, tanggungjawab zahir dan batin diteruskan sama seperti pasangan suami isteri yang lain.

Namun, setelah beberapa tahun berulang-alik mereka merasakan ia bukanlah satu penyelesaian yang baik. Sebagai penjawat awam, Cikgu Idayu mempunyai hak memohon pertukaran untuk mengikuti suami.

Sudah tujuh tahun, sejak 2008 tanpa serik dia membuat permohonan melalui Jabatan Pelajaran Negeri dan di peringkat kementerian, namun semuanya gagal. 

Setiap tahun, kementerian membuka permohonan sebanyak dua kali. Dan, sepanjang tempoh itu dia telah membuat permohonan berbelas-belas kali.

Cikgu Idayu reda dengan ketentuan Ilahi. Mungkin tiada rezeki lagi, fikirnya.

Di sepanjang proses permohonan itu, dia ada juga mendapatkan surat sokongan pelbagai pihak, juga gagal.

Pertengahan tahun ini apabila rayuan pertukaran dibuka, dia antara cikgu yang paling awal berkobar-kobar dan ghairah mengisi borang. Kakitangan jabatan pun sudah kenal dengan beliau.

Sambil jari jemarinya mengisi borang itu, mulut Cikgu Idayu tidak putus-putus memohon doa agar mudah-mudahan permohonannya diperkenankan dan dapat disatukan dengan suami tercinta.
Beberapa hari lalu keputusan diumumkan. Buat kesekian kalinya, selama tujuh tahun, permohonannya ditolak sekali lagi.

Permohonannya untuk bersatu di bawah satu bumbung dengan suaminya buat pertama kalinya, juga gagal.

Cikgu Idayu terus pasrah. Fikirannya cukup tertekan. Cita-cita masa kecilnya untuk menjadi guru kini sudah menjadi satu mimpi ngeri. Cikgu Idayu kini difahamkan, sedang menerima rawatan akibat tekanan.

Lebih tertekan, setelah tujuh tahun berkahwin, dia masih belum mendapat cahaya mata. “Kerana itu saya mahu duduk berdekatan dengan suami saya..."

Sebagai penulis, saya tidak pasti di mana silapnya dalam kes Cikgu Idayu ini.

Terus terang saya katakan, saya tidak mengenali cikgu itu. Saya hanya menerima suratnya - mengadu kepada saya, setelah segala usahanya selama ini gagal. Mengadu kepada saya adalah jalan terakhir beliau. 

Tulis beliau kepada saya: “Keluarga kami sejak zaman nenek moyang 100 peratus menyokong, berjuang untuk UMNO. Saya minta tolong dengan menteri-menteri UMNO, takda satu tandatangan mereka yang laku... jalan akhir, nampaknya saya perlu berhenti kerja walaupun itu cita-cita saya sejak kecil mahu menjadi cikgu untuk bantu anak bangsa."

Kisah Cikgu Idayu, saya anggap adalah satu daripada banyak lagi kes yang serupa. 

Bagi saya dalam puluhan ribuan guru di seluruh negara, dan mobilisasi guru-guru baru setiap tahun, apakah sebenarnya masalah Cikgu Idayu ini? Terus terang saya katakan saya tidak faham dengan sistem proses pertukaran itu.

“Mereka memberi alasan pengkhususan saya sudah penuh di Terengganu," katanya. 

Jika satu, dua tahun mungkin kita boleh terima dia gagal, tetapi apabila ia sudah masuk tahun ketujuh, maka di mana pula silapnya? Di mana pertimbangan kemanusiaan pula?

Apakah semua pihak mahu melihat Cikgu Idayu, seorang guru Fizik dan Matematik ini melepaskan jawatannya?

Wahai Pengarah-pengarah Pendidikan Negeri-Negeri, Ketua Pengarah Pendidikan, Ketua Setiausaha Kementerian dan menteri-menteri serta timbalan-timbalannya, tolonglah teliti kes ini.

Saya berharap janganlah dihukum Cikgu Idayu gara-gara tulisan ini. Ambillah iktibar positif daripada tulisan ini untuk memperbaiki mana-mana sistem yang lemah.

Saya difahamkan Kementerian Pendidikan memang sedar mengenai sindrom suami-isteri berpisah ini. Harap-harap kes Cikgu Idayu ini boleh diselesaikan.

Jika ini pun susah hendak diselesaikan, apakah kita sudah bersedia untuk menjadi sebuah negara maju?

Oleh: Datuk Hj Zaini Hassan (Utusan)

P/s: Sebenarnya Cikgu tak marah kerajaan... tapi marah pegawai Kementerian Pelajaran... tapi Kerajaan jugak la yang jadi mangsa... adehhhhh... TS Muhyiddin kena buat sesuatu...

23 comments:

Anonymous said...

Guru2 marah kerajaan sbb mereka lupa diri dan tak syukur nikmat Tuhan. Bagi betis nak paha.. mana ada Cikgu skrg yg xmampu pakai keta 2 biji? Gaji besar keje tk la seberat mana.. cuti banyak..kursus dh banyak dikurangkan..cut cost.. tp kenapa Guru2 jd lemak??

sbb lebihan masa mereka tu.. asyik melekat dgn FACEBOOK dan rantaian bloggers. FACEBOOK memang dikuasai oleh pemikiran anti kerajaan dan pembangkan. Setiap hari ada saja update yg akan SINDIR dan KUTUK pasal parti BN/ Krjn. sedangkan yg buat ketirisan ialah Kakitangan Kerajaan... bukannya DASAR krjn..

Jadinya guru2 ngok ini mmg sedap percaya lg dgn FB berbanding nikmat yg mereka dpt dan kesungguhan buat amanah sbg Guru.

Kerajaan terlalu LEMAK dgn kakitangan awam terutama GURU!! sbb itu mereka naik TOCANG.. tk sedar diri dan majoriti menyokong PAS dan PKR!!

Najib sedar tk hal ini? Tun Mahathir sudah kenal jiwa Melayu.. bkn boleh beri byk2 sgt betis..naik ke paha.. pastu mula lah baham tengkuk si pemberi.. akhirnya PAS yg untung xperlu buat apa2..juga sebarkan fitan/fitnah.. hasut kebencian setiap hari.. guna network FB tweeter dn blog.. sehari sesudu.. lama2 yg sokong BN pun mula benci BN.. itulah anai2 Pakatan Haram.. mereka mudah kerja gunakan medium2 yg seida ada..

Bukan salah krjn lagi sudah banyak beri kemewahan pada guru2.. lihat guru2 skrg jrg sekali nk jumpa yg pakai kereta murah2..

usin said...

rata2 pegawai di bhgn pertukaran jpn dan kpm ni jenis dungu, lembab buat kerja, hati kering tak tak reti bahasa. mereka dah lali dengan permasalahan guru2. bagi mereka, lantak korang la. jika hantar surat, entah kemana jugak surat tu menyorok. mungkin dalam tong sampah jika tidakpun kena bakar. untuk menyelesaikan masalah cikgu yg liat sangat dapat tukar tu, ada baiknya jika jabatan penjara yg pindahkan si suami. di johorpun ada penjara. tak payah la berurusan dengan pegawai pekak ni. buang masa....

Anonymous said...

Masalah ini mmg sgt mengganggu para guru. Tetapi pokok utama perpindahan ialah berdasarkan kekosongan tempat. Sekolah sy mengajar juga di Batu Pahat. Tahun lalu sekolah sy kekurangan 2 guru bermula Januari hingga tamat sesi persekolahan. Agihan tugas 2 org guru yg kurang itu dibahagikan kpd guru yg sedia ada di sekolah. Kesannya? Beban tugas guru yg sedia di sekolah bertambah krn menggalas tugas 2 org guru yg tiada.

Minggu lepas ada 2 org guru lagi telah disahkan berjaya berpindah ke Melaka. Tetapi setakat ini tiada pengganti yg disahkan masuk ke sekolah sy. Ini bermakna akan berlaku 4 kekosongan. Dan beban tugas 4 kekosongan ini akan diagihkan kpd guru yg sedia ada disekolah.

Tuan blog cuba fikirkan, jika mahu memenuhi semua perintaan perpindahan guru, bagaimana dgn keperluan disekolah? Perkara ini perlu diselesaikan dlm keadaan menang-menang.

Anonymous said...

Sokongan yang teramat sangat buat non:11:11
Untuk cikgu ayu jangan berputus asa hakikatnya pgawai2 babi bahagian perpidahan memang babi besar.
Babi2 ini kalau tak di kasi "makan" besar sang babi tak akan urus pertukaran kecuali kroni mereka sendiri

Anonymous said...

Dari isu nie seperti suami tak nak pindah...kalau isteri tak dapat tukar suami pula kena berusaha....

Anonymous said...

Kawan aku (bukan guru)..dan dekat nak pencen .. ulang alik 1 ke 2 minggu sekali ...jarak lak 200 km...tak de hal pun.
Tapi ramai guru yg duduk kat kampung sendiri...boleh buka kebun...boleh berbisnes...tusyen... bagi keja lebih sikit sibuk...
Sepatutnya guru juga di hantar keluar dari kawasan mereka ...

Anonymous said...

Sebabnya sistem pemantauan tak ada. Berapa peratusan permohonan yang lulus? What gets measured gets done!

Anonymous said...

Pegawai JPN malas buat homework. Patut kena buat la yang mana priority. Sebab dia bukan mengajar pun. Walaupun banyak permohonan tapi kena kena baca la semua. Saya cadangkan cikgu pergi jumpa sendiri pegawai yang bertanggung jawab. Kalau telepon jangan sebab jawapan yang diberikan hanya buat sakit hati je. kalau tak dapat juga sembahyang hajat biar dia sakit perut setahun.

azman said...

Tak bolihkah permohonan dibuat sekali saja, tidak menyusahkan pemohon dan kita dapat kesan mana pemohon yg lama menunggu.

Anonymous said...

Pernah berurusan dengan Pejabat PPD ??? . Sini pun tempat berkumpulnya Para "ngok -ngok" yg malas nak kerja .

Cuba Tel ...dan catit kali ke berapa baru Tel di angkat ???

Lepas tu cuba minta tolong atau dapat kan maklumat -misalnya mengenai Pertukaran sekolah Murid , Penempatan sekolah dan sebagainya ...

Anda akan di Transfer dari satu Pegawai ke satu Pegawai dan terakhir sekali di suruh meninggalkan No Tel ...kononya nanti akan di hubungi...!!!

Inilah cara mereka "bullshit" dan "Get rid" kita supa jangan menyusahkan mereka...

Kenapa ... Tak Percaya ?????
Cuba call -Misalnya PPD Pasir Gudang....

You will know....

Anonymous said...

alahai. cikgu oh cikgu.... , U all tak bersyukur.... Cikgu ayu, Saya bekerja di sektor swasta, dah 7 tahun sy PJJ... kadang2 sebulan skalik ja... Wahai cikgu2, ini bukan salah kerajaan... Market 'cikgu' skrg dah stagnent dah... penuh... Kami yang disektor swasta ni dah lali dgn 'transfer', 'relocation' , kdg2 immediet transfer...... Kena bersyukur dgn gaji yang diberi... bersyukur anda tidak perlu bersaing dengan bangsa cina...india... kerja sampai lewat mlm..anak2 berjauhan... Apa yg boleh sy katakan, CIKGU DAH LEMAK...

Anonymous said...

Kes cikgu ni aku kurang pasti lah, tapi ada satu kes cikgu perempuan yang ditugaskan kat sarawak...dah masuk tahun ke 6 tak dapat tukar balik ke semenanjung.

Aku pun hairan juga...aku cuba juga bagi nasihat supaya dia bersabar.

Pada satu hari aku terdetik jadi friend fb beliau...alangkah terkejutnya aku bila tengok orang yang dia like ialah Anwar, Nik Aziz, LGE, LKS.

Aku sms pada cikgu ni dan kata pada dia astaga mana permohonan kau nak diluluskan..fb kau kantoikan kau. Aku nasihatkan dia supaya pada nama2 tersebut.

Alhamdulillah dia dapat bertukar balik ke semenanjung pada pertengahan taun ini 2013.

Ingat lah cikgu dipejabat ada lembaga penapisan..memang tak salah nak sokong sapa2...tapi sendiri mau ingat siapa yang memerintah...

Ahhhh...banyak sangat nak tulis, tapi kadang2 tindakan bodoh kita akan memakan balik diri kita

Pesarawan said...

Bila jadi isu ini.Maka pro PKR,Pro Pas dan Pro Dap yang ada di KPM,Jabatan Pelajaran bertepuk tangam tanda kejayaan mereka secara halus untuk menjunam UMNo/BN dikalangan penjawat awam terutama guru atau pendidikan.Inilah tektik dan stretegi halus pembangkang dalam kerajaan.Tak perlu pun spy atau intipan.Kumpulan Pro PR yakin dalam masa 5 tahun atau masa PRU 14 nanti selruh wrga guru adalah penentang UMNO/BN akan tercapai.
UMNO/BN akan lumpuh melalui KPM yang merupakan kader-kadre politik Pakatan Rakyat.Inilah dasar halus yg sedang berakar umbi diKPM dan Jabatan Pelajaran dan Pusat IPTA/S.Mereka cipta unsur yang boleh mencunkil kebencian guru,waris guru,keluarga guru serta rakan-rakan guru.Mereka tahu pengaruh guru sejak dulu amat bahaya.Sebab itu mengubah stigma pemikiran guru untuk mencari salah hanyalah melalui secara halus dan tersusun .Tidak lama cuma 20 tahun akan berjaya.

Cuma Menteri UMNO/BN tak sedar hal ini.Pemimpin UMNO tak buat kerja.Dasar dan pelaksana ditentukan oleh pegawai sendiri.Dasar bukan Menteri yang fikir.Menteri kosong sahaja diKPM.

Inilah strategi halus
UMNO masih kejar harta dan projek.Kuasa kian terhakis secara halus.

Anonymous said...

jgn ckp keje guru x berat mana...dah jadi guru baru tau beratnya amanah yg dipikul

Anonymous said...

Menteri pendidikan sekarang macam kartun daaaa...itu nak buat ini nak buat...yang jadi mangsa kami guru-guru...

Saya tak salahkan orang kata guru tak bersyukur...kerana apa? sebab mereka tak berada ditempat kami...Kami dijadikan bahan ujikaji..murid pun sama...kalau tak percaya tuan-tuan dan puan-puan mintalah beberapa orang guru untuk membuka sistem SPPBS...tengok berapa lama nak loading...loading...loading...bodoh punya memteri pendidikan dan orang besar kat kementerian yang sama...mereka ni jenis dungu!!!!

Anonymous said...

Cuba hulur kan sesuatu. Gerenti dapat punya. Tak kira lah Badan ke RM.

usop said...

Guru-Guru kena tipu dengan Menteri sendiri.Senang jawapnya tak ada kosong.Habis cerita.Pada hal semua negeri ada kekosongan guru.
Padan muka cikgu-cikgu.Pegawai juga yg selamat.

Anonymous said...

baca apa yg dikatakan oleh menteri pelajaran 2, yg nak masuk ganu lebih daripada 1000, kosong hanya kurang 200. mulai tahun hadapan, lebih ramai guru akan pencen, jangan berputus asa. boleh minta pahang atau sempadan johor pahang, dekat sikit. ni semua kena pandai la. warden penjara kat pahang pun ada. jangan segan untuk minta tukar. berkhidmat tak semestinya kat sekolah dalam kawasan rumah. sebelum dapat, kami penyokong umno, dah dapat, kami anti umno. pertukaran pegawai pendidikan tak melibatkan politik kecuali yang degil. perkara kecil jer tu.

Anonymous said...

Kwmenterian Pelajaran salah satu kementerian yang pelik dari segi struktur dan pengurusan. Terlalu banyak guru-guru yang jadi "little nepoleon" dan mereka sentiasa beranggapan mereka lah yang paling berhak mentadbir dan mengurus pendidikan murid/pelajar. PM Najib/TPM TS MY pun perlu kaji semula struktur. Memang betul dahulu gguruolongan pendidik yang menjadi penyokong UMNO yang kukuh. Tapi dok disebabkan UPSI dulu angkut ramai orang-orang Kelantan, maka dah ramai penghasut-penghasut anti-kerajaan. Tengok jer lah: UPSI pelajar ramai yang anti-kerajaan; guru pula ramai yang sama. So, PM Najib dan TPM TSMY depat bersihkan kementerian dan guru. Jangan lupa UPSI...jangan dijadikan sarang kadet pembangkang

Anonymous said...

saya bukan guru, tapi saya tahu tugas guru kini memang banyak..semua nak on-line..semua nak up date, tp mengajar tugas utama..pantang ada masa terluang, mulalah para guru berebut membuka komputer, nak selesaikan kerja on-line yang asyik tersangkut macam mana sangkutnya permohonan perpindahan mereka..siapa kata guru sekadar cikgu..guru boleh jadi doktor gigi sebab pagi2x ada program 'gigi bersih & sihat'..guru boleh jadi doktor juga sebab ada program 'tubuh badan bersih, kita sihat' guru juga ada program lain, yang kebanyakannya kita tak tahu..jika prihatin, tanyalah pada anak-anak..apa program yg telah di buat kat sekolah..banyak tugas yang bukan sekadar 'MENGAJAR' menjadi beban pada para guru..so jgnlah kita yang tak pernah menggalas beban mereka dengan mudahnya mengutuk seolah kita PAKAR dalam tugas pendidik..guru hanyalah bola para pegawai yang bertugas di PPD..dan cuba selidik berapa ramai guru yang dah berkeluarga terpaksa berjauhan dari anak isteri? bukan sekadar pulang lewat malam, tapi sampai ada yang berjumpa hanya sebulan sekali..itu pun dah di kira nasib baik..jgnlah hanya kerana para guru yang di gembar gemburkan menerima gaji tinggi kita nak berhasad dengki dengan MEMBENARKAN sesuatu yang SALAH, dan MENIDAKKAN sesuatu yang ADA..

Anonymous said...

saya bukan guru, tapi saya tahu tugas guru kini memang banyak..semua nak on-line..semua nak up date, tp mengajar tugas utama..pantang ada masa terluang, mulalah para guru berebut membuka komputer, nak selesaikan kerja on-line yang asyik tersangkut macam mana sangkutnya permohonan perpindahan mereka..siapa kata guru sekadar cikgu..guru boleh jadi doktor gigi sebab pagi2x ada program 'gigi bersih & sihat'..guru boleh jadi doktor juga sebab ada program 'tubuh badan bersih, kita sihat' guru juga ada program lain, yang kebanyakannya kita tak tahu..jika prihatin, tanyalah pada anak-anak..apa program yg telah di buat kat sekolah..banyak tugas yang bukan sekadar 'MENGAJAR' menjadi beban pada para guru..so jgnlah kita yang tak pernah menggalas beban mereka dengan mudahnya mengutuk seolah kita PAKAR dalam tugas pendidik..guru hanyalah bola para pegawai yang bertugas di PPD..dan cuba selidik berapa ramai guru yang dah berkeluarga terpaksa berjauhan dari anak isteri? bukan sekadar pulang lewat malam, tapi sampai ada yang berjumpa hanya sebulan sekali..itu pun dah di kira nasib baik..jgnlah hanya kerana para guru yang di gembar gemburkan menerima gaji tinggi kita nak berhasad dengki dengan MEMBENARKAN sesuatu yang SALAH, dan MENIDAKKAN sesuatu yang ADA..

Anonymous said...

X boleh ke suami cikgu idayu tu mohon tukar ke johor utk tinggal sebumbung dgn isteri? Berusahalah, x kan isteri je kena ikut suami, ini yg silapnya, asyik nk balik negeri je, di johor pun ada penjara, cubalah suami pula minta tukar.

xmen said...

tutup kes. dia dah success tukar pertengahan tahun 2014. pengajarannya..kalau dah ada masalah berat sangat sila jumpa & borang sampai kpd orang yg betul dan tepat. ramai je yang berjaya tukar. ingat senang ke nak buat keputusan tukar2 org nie. ingat best ke duduk bhgn pertukaran nie..nak duduk ofis buat kerja pun x sempat woo...sentiasa dicari & terus dicari. mana yg ada kes berat sangat memang boleh tukarlah. x perlu nak kutuk mengutuk. sama2 cari makan

Bila Kak Su Bersuara... Heh!