Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, November 29, 2013

DAP cuba serang hak filem Melayu pulakkk..?

ching
Inilah jadinya bila “diberi betis, dia mahu paha”, sudah “diberi muka, dia nak pijak kepala”. Bila tidak tahu menghormati hak dan keistimewaan Melayu, maka timbullah pelbagai tuntutan melampau tanpa menghiraukan sensitiviti bangsa Melayu.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching semalam mengadakan sidang akhbar bagi mendesak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk memansuhkan peraturannya yang menetapkan penggunaan Bahasa Melayu bagi mendapatkan dana penerbitan filem dari agensi tersebut.

Katanya, peraturan sedia ada menyekat perkembangan filem di Malaysia, khususnya filem Cina, Tamil dan Inggeris di negara ini. Dia mahu Finas batalkan peraturan yang menetapkan penggunaan Bahasa Melayu sebanyak 60% bagi mendapatkan dana maksimum RM30,000 bagi filem pendek, animasi dan dokumentari.


Dia juga mahu peraturan menggunakan Bahasa Melayu 100% bagi mendapatkan dana Penerbitan Filem Kenegaraan dan Warisan dihapuskan sama sekali.

Selain itu, Nie Ching mendesak agar Finas membenarkan tayangan filem “The New Village” yang kononnya mempunyai “mesej tersembunyi” yang menunjukkan bahawa pihak pengganas Komunis adalah lebih baik dari British yang pernah menjajah negara.

Siapa Teo Nie Ching untuk meminta hak keistimewaan filem Melayu dihapuskan begitu saja? Saya faham dia warganegara Malaysia. Tapi siapa dia untuk mencabar hak keistimewaan Melayu dan Bahasa Melayu sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan?

Pada saya, peraturan yang ditetapkan Finas itu memang sengaja dibuat begitu. Kenapa? Saya yakin ia adalah bertujuang untuk memelihara kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan kedudukan bangsa Melayu yang diberikan hak serta keistimewaan yang eksklusif.

Sekiranya Teo Nie Ching faham tentang kontrak sosial yang terpatri ketika di awal kemerdekaan dulu, dia akan menghormati hak tersebut dan tidak akan bersuara. Kenapa? Kerana hak dan keistimewaan bangsa Melayu dan Bahasa Melayu tidak boleh dipersoalkan kedudukannya.

Pada saya, mempersoalkan hak keistimewaan dan kepentingan bangsa Melayu adalah sama dengan mempersoalkan kewajaran pemberian hak kewarganegaraan pada kaum bukan bumiputera di negara ini. Kalau DAP cuba hapuskan hak dan kepentingan bangsa Melayu, kita juga boleh hapuskan hak kewarganegaraan ahli DAP, bukan?

Jadi, tak perlulah desak Finas untuk memansuhkan sesuatu yang akan mencetus kemarahan orang Melayu. Kalau Finas tunduk pada desakan DAP itu, saya yakin majoriti Melayu akan desak agar agensi itu ditutup saja kerana gagal mematuhi ketetapan perlembagaan negara.

“The New Village”? Ada “mesej tersembunyi”? Komunis lebih baik dari penjajah British? Pada saya lebih kurang sama saja. Kedua-duanya sama-sama penjajah dan sama-sama membunuh orang Melayu selain tidak menghormati hak bangsa bumiputera di bumi Tanah Melayu ini. Sebab itu kedua-duanya ditentang keras.

Walaupun kedua-duanya memang tidak boleh diterima rakyat Tanah Melayu, saya lebih tidak dapat menerima Komunis berbanding British. Kenapa? Kerana Komunis menolak agama dan tidak beragama! Dalam ertikata lain, mereka tidak punya pegangan langsung dan berpandukan undang-undang suka hati mak bapak mereka…

Bila sudah tidak beragama, maka tiadalah nilai-nilai moral yang boleh dijadikan panduan hidup, bukan? British tidaklah seteruk Komunis. Nenek moyang kita masih lagi dibenarkan membina masjid, beramal ibadah dengan bebas dan tidak pula dilarang mentauhidkan Allah SWT.

British masih lagi mengekalkan Raja-Raja dan Kesultanan Melayu di bumi bertuah ini. Tapi Komunis pula mahu sistem Raja dan Kesultanan Melayu itu dihapuskan terus dan Tanah Melayu. Jadi, apa yang baiknya Komunis berbanding British? Sama saja dan mungkin Komunis lebih teruk lagi, bukan?

Tak payahlah Teo Nie Ching cuba menegakkan benang yang basah. DAP mahu menyusup masuk propaganda mereka yang busuk itu melalui bidang perfileman pula? Sudah-sudahlah memutar belitkan fakta sejarah di dalam “The New Village”. Takkan laku di Tanah Melayu ini…

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!