Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, November 29, 2013

Blogger Pro-UMNO/BN Kedah dikritik kurang sengat, kurang impak?

Komen dari siapa ni agaknya?
Di atas adalah "print screen" komen seorang pembaca yang memberi respon pada posting di sini. Ikhlasnya, saya berterima kasih atas komen tersebut. Saya tidak tersinggung sedikit pun dengan komen yang diberikan. Tapi tak tahulah bagaimana kawan-kawan blogger yang lain...

Sebenarnya, saya tidak tahu siapa yang tulis komen tersebut. Namun dari gaya bahasa, penjelasan yang sebegitu rupa, saya rasa beliau adalah salah seorang penghuni pejabat UMNO Negeri Kedah. Maaflah jika saya tersilap tentang identiti tuan...

Merujuk pada isi kandungan posting asal saya, cerita yang saya dengar dari ahli-ahli UMNO akar umbi itu tidak merujuk pada SUP atau SUK UMNO Kedah. Tapi merujuk pada beberapa pegawai kecil yang dikatakan berlagak bagaikan berkuasa seperti SUP dan SUK...



Setahu saya, peranan Tok Man Aziz dan Cikgu Shuib sebelum ni memang okay dan disenangi ramai (majoriti). Cuma depa sebut pasai beberapa kakitangan saja. Peliknya, depa tak sebut pulak nama kakitangan yang dikatakan "virus" yang membawa rebah itu...betul ke? Itu saja yang saya tanya...

Seperkara lagi, saya tidak pun menyentuh sebarang isu ketidak puasan hati blogger terhadap UMNO Kedah di dalam posting tersebut. Tapi kalau tukang komen tu nak komen jugak, saya terima kasih jugaklah padanya. Sekurang-kurangnya saya dapat tahu jugaklah pandangan tukang komen tu..kan?

Sekiranya tuan tukang komen rasa sumbangan penggiat media sosial agak kecil dan kurang "menyengat" berbanding media konvensyenal, saya hormati pandangannya. Mungkin benar, sumbangan kami terlalu kecil berbanding media konvensyenal...

Mungkin para penggiat media sosial pro-UMNO/BN di Kedah dapat mantapkan lagi usaha perjuangan pada masa-masa yang akan datang. InsyaAllah.

Namun sekiranya tuan nak tahu, isu pembalakan melampau di Baling yang mengakibatkan banyak pencemaran berlaku dan kehidupan rakyat terganggu adalah bermula dari penggiat media sosial yang mendapat maklumat dari seseorang di Pejabat UMNO Kedah.

Tapi tak perlulah saya cerita panjang lebar di sini. Nanti dikatakan "masuk bakul angkat sendiri" pulak,kan?

Tapi tentang isu itu, dari pendedahan penggiat media sosial la maka ia menjadi hangat sehingga ia menjadi isu tumpuan di peringkat nasional. Malah isu tersebut telah mendapat perhatian dan pengiktirafan dari pemimpin utama UMNO Kedah tentang peranan yang dimainkan oleh penggiat media sosial.

Jadi, tidak adillah jika tukang komen mahu tuduh semberono begitu saja pada para penggiat media sosial di Kedah, bukan? Maafkan saya jika saya menyinggung perasaan tuan tukang komen... Saya tak salahkan tuan...mungkin tuan tidak tahu hal sebenar kot...

Cuma, saya tersenyum sinis bila tuan menulis...
Bagi yang pernah berkhidmat baik di peringkat Bahagian hingga Perhubungan Negeri, jasa mrk tidak dilupakan walaupun sudah tidak bertugas lagi. Mungkin tidak perlu rasanya dipertimbangkan semula untuk membantu Umno & BN bagi menghadapi PRU14 kelak. Sudah ada pengganti yang sesuai & telah berkhidmat dgn cemerlang pada PRK N20 yang lalu. Ini meliputi jentera di semua peringkat.
Heheheeee... tak perlu dipertimbangkan semula untuk bantu UMNO dan BN? Heheheee... Seterusnya... sudah ada pengganti yang sesuai & telah berkhidmat dengan cemerlang pada PRK N20? Heheheeeee... lain macam betul bunyinya...

Bunyinya macam tuan tukang komen ni adalah wakil dari pihak "pengganti yang sesuai & telah berkhidmat dengan cemerlang" pulak rasanya. Errr.. tak silap saya, seseorang yang telah meletak jawatan enggan mengangkat telefon bila dihubungi berkali-kali untuk membantu sebagai jentera UMNO pada PRK Sg Limau...dan errr...tak perlulah saya cerita.. tanya Tok Rozai.. dia tahu..heh!

Walau bagaimanapun, saya akui jentera di peringkat akar umbi khususnya dari pihak Puteri dan Wanita memang kerja kuat masa PRK Sg Limau hari tu... ramai yang bercerita pasal kerja kuat depa.

Saya mohon maaf sebab tidak memberi sumbangan pada PRK DUN Sg Limau tempohari sebab saya ke Makkah menunaikan fardhu haji.

Apa yang saya boleh bantu hanyalah berdoa di hadapan Kaabah semoga Allah berikan yang terbaik buat rakyat dan negeri Kedah pada PRK tempohari. Mungkin ada hikmah di sebalik kekalahan BN tempohari...saya redha atas kehendak Allah itu...

Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih atas respon dari tuan. Maafkan saya kalau tuan tersinggung dengan posting ini. Saya tiada niat untuk buat tuan tersinggung. Semoga tuan gembira dan diberkati Allah hendaknya...Wallahu'alam...

1 comment:

kakaotalk said...

Ada org nak mengadu domba. nk jd batu api.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!