Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, November 28, 2013

Azam Samat tolong jangan malukan arwah Ustaz Azizan...

azam

Baru-baru ini saya secara kebetulan tersua muka dengan seorang ADUN BN Kedah di sebuah restoran. Beliau sedang makan malam bersama dua orang rakannya dan saya pula singgah di situ untuk membeli makanan malam keluarga. Beliau yang sememangnya mengenali saya, menggamit ke mejanya…

Bertanyakan khabar masing-masing, YB tersebut menceritakan tentang ADUN Sg Limau yang kononnya mahu tunjuk taring dengan hujah yang dangkal di sidang DUN Kedah baru-baru ini. Katanya, keperibadian YB Sg Limau itu bagaikan langit dengan bumi jika dibandingkan dengan bekas YB Sg Limau sebelumnya, arwah Pak Teh Mat dan arwah Ustaz Azizan Razak…

Masih ingat PRK DUN Sg Limau? Ya, calon PAS Mohd Azam Abdul Samat berjaya menang di pilihanraya kecil tersebut. Itupun setelah dibantu pakar strategi PAS yang meletakkan penyokong PAS secara luar biasa ramai di PDM Bukit Besar (padahal berapa ramailah sangat yang benar-benar tinggal di Bukit Besar dan layak mengundi, kan?).


Dalam sidang DUN Kedah baru-baru ini, Azam mengucapkan terima kasih pada semua pihak. Kononnya aktiviti kempen dan PRK Sg Limau baru-baru ini berlangsung dalam keadaan aman damai tanpa berlaku sebarang kekecohan atau kejadian yang tidak diingini.

Mendengar kata-kata Azam yang tidak masuk akal itu, beberapa ADUN BN bangkit mempersoal kenyataan YB Sg Limau itu. Kata mereka, kempen dan PRK Sg Limau berlaku beberapa insiden pergaduhan, sabotaj ganas dan kejadian berdarah di mana seorang anggota Wanita UMNO berdarah hidungnya akibat di”sesah” penyokong PAS.

Bukan itu saja, dalam satu lawatan Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir di kawasan Sg Dedap, beberapa penyokong PAS telah menghamburkan caci nista dan menghina Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah itu dengan kata-kata maki hamun.

Malah, meskipun Mukhriz menghulurkan tangan untuk bersalam, penyokong PAS yang kononnya ditarbiyah PAS dengan akhlak Islam itu enggan menyambut salamnya. Walaupun MB Kedah kelihatan tenang dan tidak marah dengan akhlak yang ditunjukkan para penyokong PAS itu padanya, hakikat tersebut benar-benar mencerminkan sifat yang ada pada PAS…

Mungkin “panas telinga” dengan fakta yang menafikan “ucapan sulung”nya di sidang DUN Kedah, Azam tampil menjawab dengan menegaskan bahawa para perayu undi dan petugas PAS bersikap demikian kononnya disebabkan oleh sistem pendidikan negara yang gagal mendidik mereka dengan betul.

Jawatan Azam yang jelas dangkal, kebudak-budakan dan tidak masuk akal sama sekali itu menyebabkan ramai ADUN-ADUN BN yang tidak berpuas hati bingkas bangun menghentam YB Sg Limau itu…

Saya tertanya-tanya, apakah Azam tidak sedar bahawa sistem pendidikan dan silibusnya adalah di antara yang terbaik dan diiktiraf dunia? Malah subjek agama Islam, pendidikan moral dan aliran yang wujud di dalam sistem pendidikan di negara ini juga menjadi contoh kepada banyak negara luar. Itu fakta yang perlu Azam tahu.

Pada saya, akhlak atau perangai seorang manusia itu adalah terpulang pada kedua ibubapanya dan tidak pada mana-mana sistem pendidikan di mana-mana negara pun. Ini adalah kerana Islam menegaskan bahawa apabila seorang bayi dilahirkan maka dia terletak di bawah tanggungjawab ibubapanya untuk mencorakkan hamba Allah yang baru lahir ke dunia itu.

Malah Rasulullah SAW juga menegaskan bahawa kita semua bertanggungjawab untuk menjaga amanah Allah itu supaya menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa. Justeru itu, tidak adil dan tidak wajarlah sama sekali Azam atau mana-mana pihak untuk melepaskan amanah Allah itu pada pihak lain, termasuk sistem pendidikan negara, bukan?

Memang benar kita menghantar anak-anak kita ke sekolah untuk belajar. Tapi anak-anak kita ke sekolah adalah untuk menuntut ilmu dan bukannya untuk belajar tentang erti kehidupan dan aplikasi keperibadian diri, bukan? Maka secara jelas tidak wajarlah kita menyalahkan sistem pendidikan negara.

Berbalik pada jawapan Azam yang dangkal itu, saya menyarankan agar Azam kembali ke rumahnya, kembali ke kawasan jajahannya dan kembali ke jemaah partinya seraya mentarbiyah mereka kembali ke jalan Islam yang sebenar.

Contohilah akhlak Rasulullah SAW kerana baginda mewariskan “makarimal akhlak” pada umatnya untuk dijadikan panduan hidup. Saya percaya sistem pendidikan negara ada ajar tentang fakta ini dan mungkin para penyokong PAS sendiri agak “bebal” dengan tidak mengambil peduli tentang apa yang diajar tentang akhlak Rasulullah SAW tersebut.

Saya yakin bahawa Islam itu sempurna sifatnya. Kalau seorang muslim itu tidak bersekolah sekalipun, namun taat dan patuh pada ajaran Islam yang dibawa Rasululullah SAW, insyaAllah dia tidak akan bertindak memaki hamun, menyerang saudara seagamanya hanya disebabkan perkara duniawi dan sudah tentu erat kasih sayangnya terhadap saudara seagama.

Justeru itu, saya mengesyorkan pada YB Azam supaya kembali dan merujuk kepada Islam terlebih dahulu sebelum berhujah di sidang DUN atau di mana-mana saja. Tolonglah sarankan pada para pengikut PAS supaya kembali ke jalan Allah yang sebenar sebagaimana yang diajar Rasulullah SAW. Itu yang terbaik bagi setiap ummah, bukan?

Dan paling utama, janganlah suka menuding jari pada pihak lain kerana selalunya sifat berkenaan akan memalukan diri sendiri ekoran kesalahan itu sebenarnya seringkali berpunca dari kekhilafan diri sendiri. Bermuhasabahlah selalu didepan Allah SWT dan semoga diberi petunjuk yang benar. Wallahu’alam.

1 comment:

Asal Bukan DAP (ABDAP) said...

Biasa la...akhlak didikan pok nik kepada anak2 boahnya... akan jd salah satu agenda pendidikan negara. Pendidikan Berakhlak Mulia versi Pok Nike...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!