Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, November 27, 2013

Awat blog ni lembab saja nihhhh???


Ada kawan-kawan saya bertanya baru-baru ni tentang blog saya yang agak jarang di update sejak pulang dari Tanah Suci Makkah baru-baru ni. Saya tersenyum mendengar permintaan depa yang nak saya selalu update blog macam sebelum ni...

Saya beritahu depa...


"UMNO/BN dah menang dah kat Kedah ni. Jadi, tak payahlah saya pulun sangat berjuang menyerang PAS atau Pakatan Haram seperti sebelum ni. Update sikit-sikit mengikut isu yang wajar, sudah laaa.. lagi pun takkanlah nak berpolitik 24 jam kot? Tak boring ke?

Depa kata...
Aikkk? Menang sikit (tipis) pun dah rasa selesa dah? Tak payah nak menulis secara kritis hentam fitnah dan lawan provokasi melampau pembangkang? Kalau tak kritik pembangkang pun, takkan la semua pemimpin BN tu "perfect" kot? Jentik-jentik la sikit...

Saya jawab...
Bukan macam tu.. Saya pun kena kembali bekerja jugak. Ada anak isteri yang perlu disara. Sebelum ni memang la buat dua kerja, satu kerja hakiki dan satu lagi berjuang di blog. Tapi bila terlalu bertumpu di blog, kadang-kadang letih satu badan..kerja hakiki pun jatuh sikit prestasinya.. kena la cover balik...dan saya perlu kerja lebih la.. bekerja sendiri ni payah sikit brooo...kena usaha lebih..

Saya akan tetap kritik atau hentam pembangkang kalau depa merapu dan meroyan teruk sangat. Pemimpin BN pun tak terlepas jugak kalau depa buat tak kena pada rakyat. Tapi rasanya macam "chill" sikit kot lepas PRU dan PRK Sg Limau ni...heh!

Depa tanya lagi...
Abih tu? Nak biarkan blog tu bersawang? Tak sayang ke?

Saya jawab...
Entah la... kadang-kadang tu rasa macam nak bersara jer... Dah banyak sangat dah blog yang hebat-hebat di Kedah ni... Saya boleh tumpu buat kerja lain la pulak... Tapi rasa sayang kat blog ni tu memang tebal... serba salah rasanya kalau blog ni ditutup... jadi biar la blog ni ada.. kalau bersawang, maka bersawang lah dia... kalau rasa idea nak tulis datang, maka saya menulis.. kalau takdak ilham tu...rasanya baik saya buat kerja lain jer...kan? kan? kan? Heh!

Jadi.. moral dari pertanyaan kawan-kawan tu ialah...
Lepas ni mungkin saya akan kurang aktif di blog ni... tapi tak semestinya blog ni mati. Kalau betul pun saya nak tutup blog, saya akan beritahu kemudian. 

Bukan apa... kadang-kadang tu rasa macam malas dah nak menulis di blog... bukan dapat apa pun.. dapat pahala perjuangan je sikit... itupun kalau Allah nak bagi...Takut juga kalau dapat dosa.. Na'uzubillahhhh...

Nak kata blog ni membantu UMNO/BN pun tidak rasanya... saya menulis secara neutral. Sama ada UMNO atau PAS, kalau buat salah, tetap saya kritik... fair and square...

Lagipun...berblog ni bukannya bukannya ada pihak yang hargai sangat pun. Kalau ada pun yang hargai kita, sekali sekala saja. Kalau ada kepentingan, depa hargai la kita sekejap... lepas tu depa tak peduli dah la kat kita... hanya segelintir saja yang hargai blogger ni....

Jadi, apapun...kita teruskan perjuangan... Perjuangan tu ada banyak... perjuangan hidup dan perjuangan alif ba ta... perjuangan ke akhirat tu lebih penting dari segalanya... kita semua faham, kan? 

Untuk berjuang ke akhirat, kita perlu lalui perjuangan hidup di dunia dulu.. dan bila berjuang untuk hidup di dunia sambil membawa bekalan ke akhirat, sudah tentulah kita perlu pilih perjuangan yang lurus (mustaqim)... saya pilih perjuangan Islam, Melayu dan Tanah Melayu... insyaAllah diredhai Allah sehingga ke akhirat... doakan saya...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!