Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, November 27, 2013

Anwar fikir Najib gelojoh macam dia..???

ScreenHunter_03 Nov. 27 03.23

Sedap mulut saja Anwar Ibrahim menuduh Kerajaan Malaysia yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai lemah kerana menolak usul intipan negara luar yang digembar-gemburkan media-media asing sejak kebelakangan ini supaya dibahaskan di ruang parlimen.

Dalam kenyataan media Anwar semalam, dia mendakwa pihak kerajaan terlalu berlemah lembut dalam menangani isu intipan tersebut dan dia menggesa agar Kerajaan Malaysia mengecam Amerika Syarikat, Australia dan Singapura yang dilaporkan telah memintas maklumat radio, telekomunikasi dan internet negara bagi akses intipan terhadap kerajaan serta para pemimpin negara.

Usul berkenaan dikemukakan oleh Shamsul Iskandar (Sam Ketot), tapi ditolak oleh Yang DiPertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan memberitahu bahawa tindakan dan siasatan menyeluruh sedang dilakukan oleh pihak Kerajaan mengenai perkara tersebut, serta terlalu awal untuk dibahaskan di Parlimen.


Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman juga sudah menegaskan bahawa siasatan menyeluruh sedang dilakukan bagi dakwaan tersebut dan wakil-wakil pesuruhjaya tinggi negara terbabit turut dipanggil bagi mendapatkan penjelasan awal mengenainya.

Selain itu, Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi secara umumnya turut menyelar mana-mana negara yang cuba menceroboh maklumat atau kerahsiaan sesebuah negara memandangkan ia melibatkan kedaulatan bagi sesebuah negara itu.

Saya tertanya-tanya, dengan tindakan yang diambil oleh Menteri Luar dan Menteri KDN itu, apa lagi yang Anwar mahukan? Lemah di mana lagi? Apakah Anwar fikir corak pemerintahan Najib itu selemah otak pemikiran cetek yang dimiliki Ketua Pembangkang itu? Dia fikir Najib bodoh sepertinya untuk bertindak terburu-buru?

Jika betul pun ada dakwaan media asing yang bersumberkan mana-mana agen risikan luar, apakah ia tidak wajar disiasat terlebih dahulu tentang bukti dan kesahihan dakwaan tersebut? Jika benarlah dibuktikan berlaku intipan dari ketiga-tiga negara terbabit, pada saya, barulah Kerajaan dan Parlimen wajar bertindak tegas dan keras.

Tapi selagi ia belum dibuktikan kesahihannya, apakah kita tiba-tiba saja wajar kelam-kabut dan terburu-buru mengecam keras negara terbabit? Lainlah kalau Anwar sendiri ada bukti kukuh untuk menyokong intipan negara-negara tersebut ke atas Malaysia. Anwar pernah jadi “spy” US, Australia atau Singapura sebelum ini?

Anwar perlu tahu bahawa Najib tidak gopoh dan gelojoh sepertinya. Setiap isu yang berbangkit wajar disiasat terlebih dahulu. Lagipun nota bantahan awal telah dihantar ke wakil-wakil negara terbabit sebagai langkah “pre-caution”. Hati-hati melangkah sebelum terpaksa menyembah bumi atas kegopohan bertindak, langkah itu lebih bijak, bukan?

Mengenai intipan terhadap maklumat Kerajaan, saya berpandangan bahawa mana-mana negara di dunia ini juga terdedah pada ancaman tersebut. Jangankan Malaysia, malah Pentagon dan Whitehouse sendiri pernah diintip negara lain. Malah maklumat rahsia negara idola Anwar itu juga pernah digodam “hackers”, kenapa Anwar tidak tuduh Kerajaan US lemah? Takut “elaun” dipotong?

Saya sedar betapa Kerajaan Malaysia, khususnya Perdana Menteri memandang serius mengenai dakwaan media asing tersebut. Tahap kebimbangan tersebut sememangnya tidak dapat dinafikan begitu tinggi sekali memandangkan ia melibatkan tentang kepentingan, keselamatan dan kedaulatan negara. Siapa yang tidak risau?

Dan disebabkan itulah siasatan terperinci sedang dilakukan mengenai dakwaan tersebut. Tapi rasanya tidak perlulah diberitahu tentang progres siasatan itu secara terperinci pada Anwar dan pihak pembangkang. Bukan apa, Anwar, anak beranaknya, dan konco-konconya memang terkenal membocorkan maklumat dan menghina negara bila berada di luar Malaysia.

Misalnya Nurul Izzah, anak Anwar sendiri. Dia pernah menceritakan tentang maklumat membabitkan pertahanan negara ketika berada di luar negara sebelum ini. Tak kiralah sama ada maklumat yang dibocorkan itu benar atau tidak. Tapi memadai untuk kita menilai tahap kebocoran maklumat negara yang berpunca dari kecelupan mulut pihak pembangkang, bukan?

Itu belum lagi disebut tentang penghinaan dan pembohongan Anwar ketika berada di luar negara mengenai Malaysia. Dia buruk-burukkan Malaysia di mata pelabur asing. Mujurlah Malaysia begitu pro-aktif mempromosi potensi ekonomi negara di negara luar dan para pelabur pun mungkin tidak lagi percaya pada “sesumpah” seperti Anwar.

Jadi, kalau Anwar berkata “kita bantah isu yang serius menyentuh kepentingan negara, keselamatan negara dan maruah negara yang boleh ditolak sewenang-wenangnya,” saya kira kata-kata itu berbalik pada dirinya sendiri.

Dia sendiri sering menyentuh tentang kepentingan dan keselamatan Malaysia bila berada di luar negara. Maruah negara? Sejak bila Anwar pandai peduli tentang maruah negara? Bagaimana dengan tindakannya yang suka mengutuk, menghina dan memburuk-burukkan Malaysia masa berada di luar negara? Macam itukah cara Anwar menjaga maruah Malaysia di mata dunia?

Begitulah Anwar bila melatah. Dia fikir dia bijak melangkah. Tapi pada saya, langkah Anwar itu lebih menjurus membawa negara masuk ke dalam longkang. Kalau Anwar nak masuk longkang, dia boleh masuk bersama anak isterinya, Azmin Ali dan konco-konconya. Tapi jangan heret Malaysia dan rakyatnya masuk sekali… Wallahu’alam.

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Biasa lah Anwar ni..bangkang jangan tak bangkang..namanya pun pembangkang. Apa saja yang kerajaan buat semua tak betul. Apa yang dia nak buat ( belum buat pun lagi dan belum terbukti pun lagi)semuanya terbaik. Atau...tersedap..he..he..he

Bila Kak Su Bersuara... Heh!