Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, October 1, 2013

HAIRIE OTHMAN MERUNGUT PAS TAK BANTU CARI MAKAN..???

Apa cerita ni bro? Dulu orang kata jangan masuk politik, tapi hang degil. Kononnya perjuangan nak masuk syurga. Err.. masuk PAS tu dijamin masuk syurga ke bro? Hang pun terpengaruh dengan Abby Abadi ke? Dia dapat "syurga" laki muda, hang dapat apa?

Sekarang baru nak mengeluh? PAS tak tolong cari job ke? Dah takleh cari makan? Alaaa... cuba buat macam Wardina tu. Dia tak masuk PAS atau PKR pun, tapi dia fokus kat dakwah saja. Cuba tiru dia jadi pengacara ke..apa ke.. 

Tapi kalau terdesak sangat, apa kata kalau hang bertanding jawatan pada muktamar PAS kali ni. Alaaa... mana la tau menang... heh! Hang kan glemer, kan? Silap-silap boleh jadi "mursyidul am". Kalau Abby boleh jadi "mursyidah am", pasal apa hang tak boleh? Heh!


Pelakon Hairie Othman mengakui kerjaya lakonannya sudah berakhir selepas mengambil keputusan untuk menyertai parti politik Pas sejak dua tahun lalu.

Hairie, 42, berkata, biarpun pihak stesen televisyen tidak pernah menyenarai hitamkan namanya namun kebanyakan pengarah dan penerbit masih mengamalkan diskriminasi terhadap parti politik.

“Saya sedar kerjaya saya memang sudah tamat selepas terlibat dengan politik dan menyertai Pas tapi perkara itu saya sudah fikirkan sebelum saya mengambil keputusan tersebut.

“Saya harap kerajaan negeri Kelantan dan pemimpin Pas dapat membantu artis-artis yang menerima nasib yang sama seperti saya, yang mana pendapatan saya semakin terdesak ketika ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Selebriti, di sini, Ahad.

Turut hadir, Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah.

Majlis bersama selebriti ini adalah bagi meraikan para selebriti yang pernah membuat persembahan atau bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 2008 hingga 2013.

Tambah Hairi, pihak parti tidak hanya menggunakan selebriti dalam program ceramah dan kempen pilihan raya semata-mata.

“Sebagai pelakon cabang saya agak kecil berbanding penyanyi nasyid yang boleh membuat persembahan di majlis-majlis.

“Saya tidak mahu kami hanya digunakan untuk tujuan kempen atau ceramah sahaja tetapi banyak lagi khidmat yang boleh diberikan terutamanya dari segi kemasyarakatan,” katanya.

5 comments:

warisantmk said...

Kesian...kesian..
Apa kata kalau Kerajaan PAS Kelantan usahakan satu filem dakwah, contohnya kisah perang 'salib' ke, kisah penyebaran awal Islam ke Alam Melayu ke, kisah penaklukan Constantinople ke...alah...macam-macam lagi.

Hairi Othman tentu boleh jadi Pelakun Utama, kalau pun bukan Pengarah. Baru lah ada kelainan sikit aktiviti PAS, tak adalah dok ceramah hentam UMNO aje..

Anonymous said...

Kesiannnn...
Selepas dilembukan oleh hamPAS, akhirnya jadi melukut tepi gantang..Hairie, skrg hang ada byk masa utk pi masjid, pikiaq pasai persediaan utk menghadap yg Esa...betui daq?? Jgn merungut lagi tau..nanti tumbuh sesunggut ;)

kakatok said...

rasanya pas sendiri pun tau niat dia cuma nk cari makan dgn ceramah. lepas tu pepandailah cari sumber sendiri.

Putra Kamal said...

salam.Tuan harap sudi Linkkan Blog http://puterasniper.blogspot.com ke Blog Tuan..

Putra Kamal said...

salam.Tuan harap sudi Linkkan Blog http://puterasniper.blogspot.com ke Blog Tuan..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!