Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, September 25, 2013

USTAZ SEDANG KRITIKAL... MOHON DOAKAN USTAZ SEMBUH SEGERA...

Memang benar bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak sedang kritikal di ICU hospital besar Alor Setar. Memang benar. Perkara tersebut disahkan sendiri oleh bekas Setpolnya, bro Sanusi Mohd Noor...

Di saat aku dapat tahu perkara tu tadi, hati aku berulang-ulang beristighfar dan memohon agar Allah kembalikan kesihatan Ustaz Azizan sihat seperti sediakala. Ramai jugak yang cuba melawat Ustaz di ICU..tapi standardlah...mana boleh masuk melawat ramai-ramai, kan? Keluarga terdekat saja...

Justeru, aku mohon pertimbangan dan jasa baik dari seluruh pembaca agar mendoakan kesejahteraan Ustaz Azizan dan dberikan kesihatany yang sempurna. Tolong tolak politik ke tepi. 

Jangan jadi macam puak PAS yang tergamak doakan Ustaz supaya mati cepat tu...Tak wajar sangatl buat macam tu. Ustaz Azizan ditimpa musibah, depa dok tambah kutuk dia pulak? Tak ingat dosa pahala ke?

ALOR SETAR 25 Sept. - Keadaan kesihatan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak dilaporkan kritikal kerana menghadapi masalah jantung yang serius.
Beliau yang masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar sejak dipindahkan dari Hospital Pulau Pinang bulan lepas terpaksa diberi bantuan kecemasan pukul 3 pagi ini.

Menurut Ketua Penerangan Pas Kedah, yang juga bekas setiausaha politik beliau, Muhammad Sanusi Md Nor, jantung Azizan kembali stabil selepas dua kali diberi bantuan.

"Bagaimanapun keadaan Azizan kembali kritikal. Saya mengajak seluruh ahli Pas Kedah membuat solat hajat, bacaan Yasin dan berdoa memohon kepada Allah SWT agar Azizan kembali sihat," katanya semasa dihubungi hari ini.

Menurut Muhammad Sanusi, keadaan kesihatan Azizan telah dimaklumkan kepada pemimpin Pas pusat.

Azizan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang Mei lepas kerana komplikasi akibat kencing manis dan kedua-dua kakinya dipotong dari aras lutut. - BERNAMA

3 comments:

Abd Hayee Zabidin said...

Saya ahli UMNO tapi saya bersimpati dengan Ustaz Azizan serta keluarganya. Saya mendoakan semoga beliau sihat semula dan diberi kesabaran menghadapi dugaan. Ya Allah makbulkanlah permohonan ku ini. Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!