Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, September 3, 2013

TU DIAAAA..!!! RAMAI NAK DS NAJIB LETAK JAWATAN SEBAB PETROL NAIK HARGA?

Aku tahu....bukan setakat puak-puak Pakatan Haram saja yang meroyan sakan memburuk-burukkan Kerajaan sebab naikkan harga minyak, penyokong BN pun ramai yang merungut kat belakang memprotes sama...kan? Tak payah muhong laaa...

Walau apa pun penjelasan yang diberi DS Najib, pakar ekonomi mahupun siapa sekalipun, Kerajaan dan PM pasti dipersalahkan. Betul tak? Korang semua marah, kan? Ye laaa... sapa la yang suka kalau petrol naik harga....kan? 

Aku? Aku boleh buat apa? Kerajaan dah umum naik harga petrol, apa yan aku nak komplen? Nak komplen sebab Ron95 naik sampai 20 sen? 


Sebelum ni harga RM1.90 seliter dan hari ni dah harga RM2.10 seliter? Pasal perkara tu aku perlu marah PM, Kerajaan BN dan bakar semua petrol station? Ishhhh... Agak-agak la bebbb...

Pasal 20 sen, maka kita nak tukar kerajaan? Nak bakar putrajaya? Kononnya Anwar Berahim boleh turunkan harga minyak? Minyak apa? Minyak angin? Mamat tu apa tau pasal ekonomi... nama je bekas Menteri Kewangan, tapi semua dasar Tun M yang buat.. dia goyang kaki...

Aku pernah sembang dengan sorang member aku yang kerja di Australia. Dia lecturer kat sana. Dia hairan. Pasai apa rakyat Malaysia ni suka sangat komplen? Harga apa pun yang naik, depa mesti komplen...katanya...

Lepas tu, tanpa usul periksa...tanpa fikir panjang...tak mau terima penjelasan...depa salahkan Kerajaan. Padahal, kalau mana-mana kerajaan sekali pun, dah tentu akan naikkan harga minyak dalam situasi di zaman ni...

Dia tanya aku...adakah aku nak harga minyak tu sekata tak naik-naik sampai 10 - 20 tahun? Dia kata, garam dan gula pun naik harga...inikan pula minyak petrol. Biasa la tu. Ye laaa.. kalau ikut rakyat, depa nak Kerajaan bagi free je petrol tu..kan? Kita semua nak benda free....heh!

Kalau camtu dia kata..apa kata kalau Kerajaan naikkan harga minyak sampai RM50 seliter. Lepas tu tiap-tiap bulan kerajaan turunkan harga minyak sampai mencecah RM2.10...baru kerajaan stop, amacam? Ada sesiapa yang nak puji Kerajaan kalau buat macam tu?

Selamba je dia kata...Kalau pembangkang tu pembangkang la jugak.. Kalau Kerajaan buat macam tu pun depa tetap bantah Kerajaan dan tuduh macam-macam..kan? Dah tau perangai pembangkang tu buruk bangat...dah tu nak ikut buat apa? 

Dia kata kat aku...masa aku ke Australia hari tu, aku tak bising pulak bila isi petrol walaupun tahu harganya lebih dari AUD3 dollar, kan? Err....err... dia tanya... awat aku tak komplen dan boikot? Ye laaa... tu Australia..kan? Kalau Malaysia dah tentu la hang komplen kan? Adehhh...

Mungkin sebab tu aku tak banyak bunyi bila petrol naik kali ni. Ya, memang membebankan aku sebab aku tak layak terima BR1M. Tapi nak buat macamana? Aku perlu sedia la dengan perkara ni. Maknanya, aku kena kerja lebih sikit la untuk tampung apa yang patut...kan?

Betul..kalau ikutkan hati, aku nak petrol berharga 10 sen seliter sampai kiamat. Kalau boleh, aku nak makan nasi tomato lauk ayam masak rempah, papadom, udang galah dan ketam goreng berharga RM1.00 saja. 

Tapi logik ke? Heh! Kalau nak harga macam tu...buat sendiri la nasi tomato tu kan? Heh! Dah tentu lebih mahal dari harga yang biasa kita beli..lepas tu buang bila tak habis..heh! Aku bersyukur sebagai warga Malaysia.. mahal sikit pun takpa..asalkan tak jadi macam di Mesir dan Syria...Alhamdulillah!

6 comments:

Anonymous said...

Alang alang naik.., beli petrol jenama luar..
Paham paham je laa..

Anonymous said...

APA BODOH NIE...
YANG BUAT PENILAIAN DAN KEPUTUSAN PAKAR EKONOMI...
NAJIB CUMA LULUSKAN ATAS PERTIMBANGAN WAJAR DGN ALASAN YANG DI KEMUKAKAN PAKAR EKONOMI...
KALO NAK SURUH LETAK JAWATAN...
TUUU..... PAKAR EKONOMI MI HANG SURUH DORG LETAK JAWATAN....
BARU ADA BETUL..

Anonymous said...

Alang alang naik.., beli petrol jenama luar..
Paham paham je laa..

Anonymous said...

Kenapa harga RON97 tak naik ?
Kenapa nak susahkan Rakyat Miskin je ?

Anonymous said...

kalau makan di resturant makanan segera air kopi lebih mahal dari petrol x de pun bising..yg aku hairan lagi ramai yg datang minum adalah...hahah nampaknya bukan najib saja yg kena letak jawatan tapi semua pemimpin dunia yg mana negara mereka terpaksa naikan harga minyak...susah2 sangat naik je lah kenderaan awam..awat kecuhnya!!!

Anonymous said...

salam

bro,aku tak marah kerajan sbb naikkan harga 20 sen sbb nak selamatkan ekonomi negara.tapi marah bila menteri perlekehkan 20 sen tu kenaikan kecil..nak tanya..menteri,timbalan menteri,perdana menteri timbalan perdana menteri,dia pergi stesyen minyak hulur duit dia ke..10sen rasanya tak keluar duit dia sbb tu suka hati dia je kata kecik kenaikkan tu..cakap biar berlapik...

takkan rakyat je kena berkorban.najib kena tunjuk dulu.buang pegawai media dia yang dengar cite smapai 15 orang tu.pakai sorang je.jimat dah rm42 kalau sorang gaji rm3ribu..tak salah kan...konsultant tu terminate je..kerajaan dah jimat berjuta2 tiap2 tahun..

alang2 pm,tpm,menteri tak pakai duit sendiri isi minyak,pe kata kalau ptong gaji mereak sbgai langkah berjimat menyokong tindakan kerajaan menaikkan harga minyak yang mana mereka tak berkesan pun sbb tak guna duit diaorang..baru adil..sama2 menyumbang berjimat tuk negara...

pemandu tu bubar lah..ada beerbelas ahli jawatankuasa..katakanlah sorang tu gaji rm4 ribu sorang termasuk bos dia idris jala...dah jimat berpuluh ribu kat situ...takkan gaji idris jala rm5ribu je kot..

kalau nak kata bubar pemandu akan membuatkan negara tak stabil,dulu zaman tun takde pun pemandu rilek je ekonomi negara...

nanti nak tukar kereta harga rm170ribu lebih tuk 2.4..tuk 2.0 lebih kurang rm140K..kalau pakai proton exora lagi jimat..lebih lagi sokong buatan Malaysia d samping berjimat..

rakyat d suruh bayr lebih 20 sen tapi menteri n PM nak pakai kereta besar..gagi tak ptong..penasihat keliling pinggang,bayar konsultan brjuta...apa sumbangan PM pada negara...rakyat dah sumbang 1 bilion lebih...

APA SUMBANGAN PM SUPAYA KITA TAK MARAH PM!

budakteranung

Bila Kak Su Bersuara... Heh!