Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, September 29, 2013

TERKINI..!!! RON95 NAIK HARGA RM2.80/SELITER MULAI ESOK..!!!???

"Sapa cakap Ron95 naik 10 sen? Salah tu... Sebenarnya Ron95 tak naik 10 sen.. tapi naik 63 sen. Dalam ertikata lain, Kerajaan tarik balik semua subsidi Ron95 dan mulai esok petrol gred tu dah berharga RM2.80..!

Kenapa RM2.80 dan tidak RM2.73? Sebab extra 8 sen tu untuk bagi untung balik kat Kerajaan. Ye laaa.. selama ni Kerajaan bagi subsidi banyak kat korang, tapi korang takde rasa syukur pun. Dah la tak bersyukur, korang kutuk lagi Kerajaan.. patut la subsidi tu ditarik balik...

Cuba korang tengok kat negara pengeluar minyak lain yang langsung tak bagi subsidi petrol kat rakyat depa. Rakyat depa takde la komplen macam-macam pun. Depa tak buat demo pun... Depa tak kutuk kerajaan pun..."


Sebenarnya Ron95 tu tak naik harga pun. Aku reka jer cerita kat atas tu biar padan muka korang... Dalam masa terdekat ni pun Ron95 tak naik harga pun. Entah sapa la buat cerita tak betul... Saja nak cari publisiti murahan la tu.. nak glamour lebih...

Kalau ya pun nak glemer, pi la jadi artis kaaa... buat benda pelik-pelik kaa... buat benda gila kaaa... lepas masuk paper dah tentu la jadi glemer... Kalau glemer dengan buat fitnah ni buat malu orang kampung je bebbbb...

Tuu... nampak tu...KPDNKK dah cari dah sapa yang buat fitnah tu... Siap la lepas ni...heh!

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan membuat  laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung penyebaran isu kenaikan harga minyak RON 95 sebanyak 10 sen yang disebarkan semalam.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, tindakan perlu diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengelakkan rakyat terus tertipu dengan perkara-perkara seperti ini.

"SKMM perlu melakukan siasatan segera tentang isu ini dan mereka yang terlibat perlu diambil tindakan berat dan tidak wajar dibiarkan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian program Taste of Malaysia di AEON Tsudanuma di sini hari ini.

Beliau mengulas khabar angin bahawa harga petrol RON95 akan naik kali kedua malam tadi.

Hasan berkata, usaha kerajaan membangunkan negara dengan bersungguh-sungguh ketika ini telah dicemburui oleh sesetengah pihak dan terus-menerus mencetuskan suasana huru-hara seperti isu kenaikan harga minyak ini.

"Kita dapat lihat semalam, apabila tersebarnya berita kenaikan berkenaan, orang ramai mula membuat pembelian panik sehinggakan berlaku huru-hara di stesen-stesen minyak. Sebalknya kerajaan tidak mengumumkan kenaikan tersebut," jelasnya. - UM

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!