Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, September 14, 2013

TERKINI..!!! PM UMUM PELUANG TERBAIK KAYAKAN BANGSA MELAYU..!!!

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera - Banner - small

Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, mengumumkan penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera.

MEB akan diketuai oleh Perdana Menteri sendiri dan dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Keanggotaannya akan termasuk beberapa orang Menteri dan pelbagai pihak di luar dan dalam kerajaan.

Mohd Najib membuat pengumuman tersebut dalam ucapan Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di UiTM, Shah Alam, Selangor sebentar tadi.


Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan beberapa perkara akan dilaksanakan dalam 5 peringkat Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. 

Antara lain ialah:
- Teraju diletak secara langsung dibawah Perdana Menteri.
- CEO bertaraf Menteri
- Jumlah pelajar UiTM akan ditambah kepada 250 ribu menjelang 2020. Kerajaan akan tambah kampus UiTM
- Dana Pendidikan Mara RM 1 Billion secara “Matching Fund”
- Dana Tambahan RM 300 juta untuk Amanah Ikhtiar Malaysia {AIM}
- RM 700 juta dana tambahan untuk TEKUN
- Dana RM 100 juta untuk SKIM Usahawan Baru Bumiputera, Geran RM 500k
- Pemerkasaan usahawan bumiputera termasuk dalam KPI CEO GLC
- RM 10 Billion untuk ASB 2
- Peranan UDA akan diperkukuhkan bagi menyeimbangkan pemilikan hartanah bumiputera


Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!