Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, September 26, 2013

TERKINI.. CORETAN TERAKHIR DUKE UNTUK ALLAHYARHAM USTAZ AZIZAN RAZAK... AL-FATIHAH...

Ya. Ajal maut di tangan Allah SWT. Malah ia sudah ditetapkan sejak kita di lauhul mahfuz. Sekiranya ajal dah tiba, tak kira apa cara kematian sekalipun, Izrail takkan lengahkan walau sesaat pun.. Itu pasti...

Begitulah juga perihalnya dengan perginya bekas MB Kedah, Ustaz Azizan Razak, ke rahmatullah kira-kira jam 11.10 pagi tadi. Sambil menaip aku gagal menahan sebak... bergenang juga airmata dikelopak mata...

Aku yakin, selepas ini akan keluar banyak "belasungkawa" menceritakan tentang Allahyarham Ustaz Azizan. Mungkin sudah lumrah manusia, selepas seseorang itu pergi dan kita merasa kehilangan, barulah kita akan menghargainya...

Aku agak berlainan sedikit. Walau kawan-kawan aku selalu menghentam Allahyarham dan kepimpinannya, akulah yang sering membela Ustaz. Kata aku, Ustaz tak salah, yang salah ialah pihak yang diberi kepercayaan oleh Ustaz Azizan.. takkan MB nak buat semua kerja kot?



Pada aku, Ustaz Azizan cukup istimewa dari konteks pemimpin PAS Kedah. Kalau ikut ranking, aku letakkan namanya yang kedua tertinggi selepas nama Allahyarham Ustaz Fadhil Noor. Dua pemimpin PAS Kedah yang cukup hebat dan berkarektor, dihormati kawan dan lawan...

Pada aku, belum ada seorang pun pemimpin PAS Kedah yang mampu menandingi personaliti Ustaz Azizan, apatah lagi Ustaz Fadhil Noor. Mahfuz? Taulan? Pharolrazi? Amiruddin Hamzah? Semuanya jauh di belakang nama Azizan Razak dan Fadhil Noor... jauh sekali...

Nak tahu kenapa aku kata begitu? Sebab dulu aku selalu jumpa depa. Arwah ayah aku selalu bawak aku ke rumah arwah Ustaz Fadhil Noor.. Kadang-kadang Ustaz Azizan pun ada sekali.. Aku sebagai pak turut masa tu hanya observe depa saja dari belakang...

Kepimpinan PAS Kedah di zaman Ustaz Fadhil tak sama dengan zaman Ustaz Azizan. Masa Ustaz Fadhil dulu, pemimpin PAS Kedah memang hebat perjuangannya. Tapi bila Ustaz Fadhil meninggal dunia, Ustaz Azizan ambil alih, lain pula ceritanya...

Di zaman Ustaz Azizan, PAS Kedah banyak berubah. Selain berdepan dengan penyakitnya, Ustaz Azizan dipaksa berdepan dengan "warlord-warlord" PAS Kedah yang muncul gilakan kuasa, apatah lagi bila PAS berjaya menjajah Kedah pada PRU ke-12 dulu...


Teruk Ustaz Azizan dibuatnya. Malah kalau difikirkan, musuh dalam selimutnya menghentam kepimpinannya lebih teruk dari apa yang dilakukan oleh UMNO Kedah ketika itu. UMNO Kedah hanya menyerang dasar pentadbiran, tapi warlord-warlord PAS Kedah hentam dari semua sudut!

Sama ada dasar atau peribadi Ustaz Azizan, warlord-warlord PAS Kedah tu balun tak serupa manusia. Depa kerat, depa sabotaj. Bila kalah depa salahkan Ustaz Azizan. Bila kaki Ustaz terpaksa dipotong, depa bersorak gembira dan mengutuk bekas MB Kedah tu...patut ke?

Aku masih ingat keluhan isteri Ustaz Azizan terhadap serangan dari "dalam" PAS tu. Mengalir airmatanya. Bukannya UMNO yang serang suaminya, tapi PAS sendiri yang balun suaminya yang terlantar di wad ICU hospital... jemaah Islam apa lagu tu?

Aku sendiri hairan. Ustaz Azizan tu Pesuruhjaya PAS Kedah merangkap MB Kedah pertama dari PAS. Ustaz bukan pemimpin UMNO pun. Dia boss PAS Kedah, tapi depa layan dia macam musuh! Kesian aku tengok...

Aku yakin, disaat jenazah Ustaz Azizan sedang diuruskan. Tanah pusara masih merah dan basah, puak-puak PAS sudah berbisik tentang Pilihanraya Kecil DUN Sg Limau. Depa sebok atur nama calon dan dok kira berapa banyak "derma ikhlas" yang bakal masuk ke poket depa...

Itu belum lagi yang dok congak-congak duit ceramah maki hamun UMNO. Jadual kena buat, bahagi-bahagi duit ceramah fitnah sesama depa...Perkara macam tu la yang buat Ustaz Azizan marah kat depa dulu... sebab tu la depa tak suka kat arwah kot...?

Apapun, kita sebagai umat Islam wajar menghadiahkan Al-Fatihah yang sempurna buat Allahyarham Ustaz Azizan. Semogar roh beliau di tempatkan bersama para anbiya' dan para solihin. Diringankan seksa kubur dan diampunkan segala dosanya... insyaAllah...

Kita perlukan teruskan perjuangan. Sama ada PAS atau UMNO, matlamat pertama kita ialah Islam. Keduanya barulah bangsa dan ketiganya tanahair. Biarlah Allahyarham bersemadi dengan aman di sisiNya sementara kita menghitung giliran kita ke rahmatullah pula.. dah cukup bekalan ke?

4 comments:

Xpas said...

"Org org yg beriman dan tidak mencampuradukkan imannya dgn kezaliman, mrk itulah yg mendpt keamanan dan mrk itulah org org yg mendpt petunjuk." Al An'am 82.
"...Sesungguhnya kesyirikkan itu adalah kezaliman yg besar." Al Luqman 13.

Qaseh Bonda said...

Tiada yang maksum kecuali Nabi s.a.w.
Ramai yang mengata sedangkan diri kita sendiri pun tidak sempurna.

Budi baik tetap dikenang. Antara yang terkesan menjadi salah seorang penerima sumbangan pada guru Al-Quran sukarela/ bidan kampung pada raya tahun lalu.

Bukan jumlah sumbangan jadi ukuran tapi yang kekal terpahat dalam kenangan adalah satu penghormatan Allahyarham pada warisan peninggalan orang-orang dulu-dulu yang tak mampu difikirkan oleh ketua2 masyarakat zaman sekarang.

Saya sendiri merasakan usaha yang tidak seberapa menjadi sebak terkenang pada warisan dulu-dulu berbakti ikhlas tanpa balas.

Mantan menteri besar berucap kalau tidak ada tok guru Quran mengajar alif ba ta dulu-dulu dan tidak ada bidan kampung ketika mana tidak dicipta hospital dan doktor, siapa saya dan siapa kita diatas dunia ini.

Al Fatihah pada semua yang pergi dulu. Kita yang ada berlumba-lumba mengumpul pahala dari berbuat dosa mengata dulang paku serpih.

Anonymous said...

Alfatihah

Anonymous said...

Jika benar sekalipun tohmahan ini biarlah simati dihakimi Allah. Adalah berdosa besar mengaibkan individu lain kpd org lain bahkan bg orang yg mssih hidup. Inikan pula mengaibkan insan yg dah mati. Apa yg
Dpt hanya dosa dan siksaan kubur dan siksaan api neraka yg sdg menunggu.bertaubatlah....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!