Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, September 26, 2013

"SURAT JEMPUTAN ISTIMEWA" TELAH DITERIMA... DOAKANLAH AKU...

Memang aku agak jarang update blog sejak kebelakangan ni. Busy je memanjang. Selain kerjaya, aku busy membuat persediaan sebenarnya. Alhamdulillah, aku ada terima "surat jemputan istimewa" baru-baru ni...dan ia memerlukan aku buat persedian rapi untuk memenuhinya...

Ya, benar. Aku terima undangan sebagai tetamu Allah di rumahNya. InsyaAllah jika tiada aral yang melintang, aku akan berangkat ke Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah lebih kurang seminggu lagi... Dan itu cukup membuat hati aku teruja...

Sebenarnya, boleh dikatakan hampir setiap tahun aku berazam nak tunaikan rukun Islam ke-5 tu. Cuma syukur ke hadrat Allah, niat aku dimaqbulkan pada tahun ni. Kelam kabut jugak aku cari buku haji... dapat la buku haji kat atas tu...heh!


Tulisan jawi? Alhamdulillah, aku mampu membaca tulisan jawi dengan baik. Buku lama? Yang penting ialah rukun, syarat, hukum dan wajib haji yang tidak pernah berubah...

Memandangkan aku ni masuk kategori "short notice", kalut la jugak aku buat persediaan. Aku terpaksa "kursus" kat saudara mara yang pernah naik haji saja. Belajar melalui pengalaman depa dan selebihnya aku baca buku. Kalau tak faham, aku tanya pada Ustaz...

Masa aku terima "jemputan Allah" tu, aku sujud syukur padaNya. Terlalu kerdil rasanya masa tu. Airmata ni tak payah cerita la.. berjurai jatuh ke pipi gebu ku..heh! Sebak dada aku hanya Allah yang tahu. Terasa benar-benar disayangi dan dirahmati Allah sedangkan aku hanyalah hambanya yang hina...

Dengan itu, aku mohon ampun maaf pada seluruh rakyat Malaysia atas segala salah dan silap yang pernah aku lakukan. Mohon halal segalanya dunia dan akhirat. Segala yang berlaku antara kita aku maafkan dan aku redha dengannya...biasalah.. aku pun manusia biasa...kan?

Seperkara lagi, aku mohon jasa baik semua supaya doakanlah ibadah aku ni dipermudahkan Allah SWT. InsyaAllah, aku akan memberikan fokus dan menyerah seluruh jiwa raga aku padaNya bila berada di Tanah Suci nanti...doakan "mabrur" untuk ku...

Jika diizinkan Allah, aku akan kongsikan nanti perjalanan ibadah aku dan jutaan umat Islam dari seluruh dunia sekembalinya aku ke tanahair. Doakan juga supaya aku selamat pulang ke bumi bertuah ini setelah selesai jayakan ibadah...

Apapun, aku sedar perjalanan ke Baitul A'teeq ini bukanlah sesuatu yang mudah. Haji merupakan pelengkap rukun Islam dan sudah pasti aku bakal melalui pengalaman yang sangat berharga di rumahNya nanti...

Aku sering terbayang perjalanan Rasulullah SAW ketika mengerjakan haji buat pertama kali pada tahun ke-10 Hijrah. Baginda mengetuai rombongan lebih 100,000 umat Islam ketika itu melalui perjalanan dari Madinah A-Munawwarah ke Baitullah Al-Haram....

Singgah miqat di Bir Ali memasang niat, mereka bertawaf qudum mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali sebelum diikuti berwukuf di Arafah, bermalam di Mina, melontar jamrah, bertawaf, bersa'ei, bertahallul dan sebagainya...masyaAllah... hebat benar pengalaman itu...kan?

Aku terbayang susur langkah yang dijejak Rasulullah SAW dan para Sahabat RA. Aku terbayang pula Kota Suci Makkah yang merupakan tempat kelahiran Baginda SAW. Rasulullah SAW membesar di tanah itu, diangkat menjadi Rasul di tanah itu dan sejarah kegemilangan Islam banyak terukir di situ...

Ya. Aku bakal menjejak ibadah agung Rasulullah SAW dan para Sahabat itu. Doakanlah aku. Mudah-mudahan aku dikurniakan nikmat ibadah yang tidak ternilai harganya. InsyaAllah...

10 comments:

Anonymous said...

Moga dipermudahkan dan mendapat haji yang mabrur.

Anonymous said...

Selamat berangkat dan selamat mengerjakan ibadah. Nabi berjumpa Allah dalam peristiwa mikraj tidak bermohon selain dari perintah Islam. Dioharapkan agar admin dapat berdo'a untuk diperkukuhkan Iman dan Islam. Orang yang bertemu Allah adalah orang yang mati. Serahkanlah segala galanya dan kembalilah saperti kanak kanak yang baru lahir yang berkeadaan fitrah. Kiranya pakai songkok, pastikan ianya puteh yang melambangkan BERSIH bermaksud tiada lagi angan angan dan berfikiran selain dari mengingati Allah. Maaf, sedikit perkongsian.

Azhar Abdullah said...

duke...

hang pernah naik bas dari Aloq Staq dengan aku sampai KL...

Kalau hang ada nak tanya atau kursus haji cara mudah, singkat dan senang paham, email aku azhar(dot)shafie(at)yahoo(dot)com aku bagi fon number. Mai aku tolong ajaq sat ja.

Azhar.

Anonymous said...

Amin..InysaAllah.!!!
Semoga saudara mendapat haji mabrur..Selamat pergi dan selamat kembali semula ke tanahair nanti..

Tenggara is Southeast said...

Alhamdulillah.
Mudah-mudahan dipermudahkan Allah urusan sahabat mengerjakan rukun Islam yang ke 5 ini dan pulang dengan haji yang mabrur. Doakanlah juga sahabat-sahabat yang lain ini agar berkesempatan menjadi tetamu Allah. Amin.

Anonymous said...

Selamat Pergi dan selamat kembali. Semoga segala urusan disana nanti dipermudahkan oleh Nya..

Eta Yaacob

JKKK Kota Sarang Semut said...

tahniah duke......semoga beroleh haji yg mabrur

Anonymous said...

Admin hang tak nak main isu enchant1mst tu ke??dengaq kata projek kafiaq bilion ringgit tu dpt restu najib? Aku harap hang pun sama2 bantah isu ni jgan kita dok sibuk pertahankan kalimah Allah tapi kita lupa negara kita ni bakal ada patung buddha terbesar didunia mampuih...

Muslim said...

Moga tuan sihat dan selamat, pulang dgn haji yg mabrur, bersih dr dosa dan taqwa penuh di hati. Demikian juga utk jema'ah yg lain, InsyaAllah !

Anonymous said...

hang kerjakan dengan betoi dan yakin dengan apa yang dipelajari dan cuba pergi melontar disiang hari pada hari ke10,(first jamrah yang dilontar).apa-apa pun hang minta pertunjuk Allah SWT maka semua beres.jangan lupa tanggongjawab hang sekiranya isteri bersama.apa-apa kerja haji hang jangan tinggal dia mesti hang bertanggongjawab.bimbing dia.ini nasihat saja atas apa yang saya telah lalui.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!