Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, September 2, 2013

SOALAN CEPUMAS: RASA-RASA DIRI TU LAYAK KE? LAYAK...? HEH!

Makin ghairah nampaknya. Tak cukup siang, malam pun depa terus kempen sempena Pemilihan Agung UMNO kali ni. Baguihhhh... kita demokrasi, berkempen la... asalkan tidak melampaui batas-batas Islam dan ketetapan parti...

Cuma, tengah-tengah dok sebok tawarkan diri nak jadi pemimpin UMNO ni, apa sebenarnya tujuan nak jadi Ketua ni? Nak tanya sikit, errr... rasa-rasa diri tu layak ke jadi Ketua, Timbalan, Naib, Exco, AJK dan sebagainya?

Layak? Kalau setakat cukup syarat, tu belum memadai. Untuk mengetuai bangsa Melayu, khususnya di zaman sekarang ni, memang perlukan "WoW!" factor. Apa benda "WoW!" factor tu? Meh sini aku cerita sikit...


"WoW!" factor ni macam-macam boleh jadi. Kalau setakat nak bertanding kononnya nak kuatkan parti, saja-saja nak jadi ketua, nak famous, nak projek, nak luaskan pengaruh, nak kayakan diri, nak kowtim projek...tu semua bukan "WoW" factor... tu semua "jahanam" factor...

Aku ingat lagi masa Dato' Mukhriz nak bertanding Ketua Pemuda dulu. Kenapa dia dapat sokongan padu dari seluruh akar umbi masa tu? Sebab Mukhriz mahukan UMNO berubah dan berani ketengahkan perubahan yang dia rasa perlu untuk Pemuda Melayu...

Memang Mukhriz tewas masa tu. Tapi tewasnya Mukhriz bukan bererti "kalah". Mukhriz menang sebenarnya. Dan dia hanya tewas "jawatan" saja, tapi menang "maruah". Dalam ertiakata lain, Mukhriz tewas penuh bermaruah...

Betul KJ menang "jawatan". Tapi aku nak tanya la sikit... dia menang "bermaruah" ke? Terus terang aku kata..kalau la aku jadi KJ... masa tu jugak aku letak jawatan dan serah kemenangan tu pada Mukhriz...malu bebbbbb..!!! Memang memalukan cara dia menang Ketua Pemuda masa tu...

Padahal, KJ tu memang brilliant. Tapi pasal "nafsu", gelojoh dan berkepentingan diri, dia sanggup gadai maruah untuk jawatan. Ya, dia menang. Tapi aku yakin majoriti Pemuda Melayu tahu dan sedar tentang kaedah KJ untuk menang... kan? Ada maruah ke? Heh!

Berbalik pada pemilihan kali ini, aku cabar mana-mana calon yang menawarkan diri untuk jawatan utama parti untuk jelaskan tujuan sebenar depa bertanding. Contohnya, Naib Ketua Pemuda UMNO. Kalau setakat cakap saja... sesapa pun boleh bertanding...kan?

Sebelum tiba musim bertanding, apa yang depa buat? Ada depa "balun" Sam Ketot? Ada depa "balun" Nasrudin Tantawi? Kalau setakat dengan Sam Ketot tu pun depa tak berani "balun", apatah lagi Anwar Berahim....kan?

Cuba tengok Chegu Bard. Dia takdak jawatan dalam AMK. Tapi gerakan dia dapat liputan meluas. Walaupun gerakan dan apa yang keluar dari mulut dia tu semuanya haprak dan tipu semata-mata, dia berjaya cetus fitnah!

Bukan la aku suruh calon-calon Naib Ketua Pemuda tu buat fitnah macam Chegu Bard. Tapi, keberanian, semangat menyerang dan taktik dia tu mampu melonjakkan namanya lebih tinggi dari Sam Ketot!

Ni yang aku tengok, hati nak bertanding Naib Ketua Pemuda, tapi Pemuda sendiri tak kenal depa sapa... Heh! Lepas umum nak bertanding, baru la tunjuk muka dari sebuah negeri ke sebuah negeri melobi nak jadi Naib Ketua Pemuda... Sebelum ni depa buat apa?

Sampai "nampak ke dalam"? Ishhhh....ni "WoW!" factor yang negatif ni...
Aku dengar hari ni calon Naib Ketua Puteri datang melobi jawatan di Kedah. Alaaa.. Zahida Zarik yang bijak sangat mengaji Al-Quran pakai baju "nampak sampai ke dalam" tuuuu... Dia famous pasal insiden yang burukkan nama UMNO tu saja... ada hati nak jadi Naib Ketua Gadis Melayu Muslimah?

Berbalik pada Naib Ketua Pemuda, Yang herannya, depa berani bertanding Naib Ketua Pemuda saja, KJ depa tak berani nak lawan..!!! Heh! Korang fikir sendiri laaa... layak ke menang jadi NKPemuda macam tu? Heh!

Ingat bro.. aku bukan nak perlekeh korang. Korang nak bertanding Presiden sekali pun, aku peduli apa. Aku cuma mintak korang muhasabah diri sebaik-baiknya. Kalau setakat layak di Bahagian dan negeri, elok berbakti di Bahagian dan Negeri saja...

Bukan apa... nak bertanding di peringkat Pusat ni perlu "WoW" factor sehebat Muhkriz. Kalau kalah pun, masih teguh maruahnya. So, pada semua calon aku sarankan agar kuatkan jatidiri Pemuda dan Pemudi Melayu terlebih dahulu sebelum nak melobi... boleh?

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!