Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, September 18, 2013

SILA MINTAK MAAF DALAM TEMPOH 24 JAM DARI SEKARANG..!

Korang terkejut ke dengan pendedahan pakar strategi DAP tu? Aku sikit pun tak terkejut.. kenapa? Sebab aku memang dah tahu sejak isu tu timbul, perkara tu memang tak betul pun..malah semuanya rekaan puak Pakatan Haram semata-mata...

Tapi, bila kami dedahkan fitnah yang Pakatan Haram buat tu, ada yang tak mau percaya kat kami. Tapi bila Ong Kian Ming yang dedahkan...ramai pulak yang "pura-pura" terkejut... kononnya "baru tahu"... Puiii..!!! Poyo betul la perangai...

Gila ke nak import sampai 40,000 bangla mengundi pada PRU ke-13? Black out? Sampai buat himpunan "black out" dan sanggup bergaduh dengan polis? Betul-betul la Pakatan Haram ni "wayang"... suka sangat tipu rakyat...


So sekarang ni mana dia budak-budak tongong yang dok kata BN bawak bangla 40,000 untuk undi BN tu? Mana? Mana budak-budak tu? Mana orang tua yang kata macam tu? Aku cabar korang mohon maaf dalam 24 jam dari sekarang....

Mana pulak budak-budak bangang yang sebar cerita "black out" tu? Korang taknak buat himpunan black out lagi ke? Betul-betul la koran diperbodoh dan cuba memperbodohkan orang... ada pulak yang percaya pulak tuuuu..! Ishhhh...!!!


Aku tahu la Anwar malu tak dapat jadi PM.. Aku tahu la korang nak cover malu Anwar tu.. tapi sampai bila korang sanggup kena kencing dengan Anwar? Sampai mati? Lantak korang la bebbbb..! Malas aku...

Tembelang penipuan pembangkang kononnya wujud pengundi hantu Bangladesh dan berlaku gangguan bekalan elektrik semasa pengiraan undi pada pilihan raya umum lalu terbongkar apabila perkara itu diakui sendiri tidak benar oleh pemimpin DAP dan Pas.
 
Pemikir Strategi DAP, Ong Kian Ming dalam temu bual bersama portal Free Malaysia Today dilaporkan berkata, beliau tidak mengetahui apa-apa mengenai kewujudan pengundi hantu warga Bangladesh atau pun insiden gangguan bekalan elektrik sebagaimana didakwa.

Justeru beliau yang juga Ahli Parlimen Serdang bersetuju dengan penafian Pemantau Pilihan Raya (Pemantau) iaitu tidak wujud pengundi hantu warga Bangladesh atau insiden gangguan bekalan elektrik dan mengakui Parlimen Serdang juga bebas daripada dakwaan sedemikian.

Bagaimanapun beliau memberitahu, DAP belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut.

"Setakat yang saya tahu, tidak ada pengundi asing (warga Bangladesh) atau gangguan bekalan elektrik. Jadi saya bersetuju dengan pandangan mereka (Pemantau)," katanya sebagaimana dipetik dari Free Malaysia Today, hari ini.

Sementara itu, seorang pemimpin Pas yang enggan namanya disiarkan memberitahu portal yang sama bahawa berlaku penipuan pada pilihan raya umum lalu, tetapi bukan dalam bentuk pengundi hantu warga asing atau pun kejadian gangguan elektrik di pusat penjumlahan undi.

"Terlalu sukar untuk menipu menggunakan pengundi warga asing atau gangguan bekalan elektrik. Mereka menipu menggunakan kaedah lain seperti daftar pemilih yang tidak bersih," katanya sambil enggan mengulas lanjut kepada Free Malaysia Today.

Sebelum ini, Pemantau menjelaskan tiada sebarang bukti berlaku penyelewengan pilihan raya seperti insiden gangguan bekalan elektrik atau kewujudan pengundi hantu warga Bangladesh di 87 kerusi Parlimen yang dipantau badan tersebut sebagaimana didakwa pembangkang.

Kenyataan itu selari dengan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa beberapa keping gambar 'gangguan bekalan elektrik' yang kononnya berlaku semasa pengiraan undi sebenarnya dirakam sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 lagi bertujuan melemparkan fitnah.

Malah, pada 27 Mei lalu, seorang lagi wakil rakyat DAP, Lee Chin Chen yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ketari, menafikan berlakunya insiden gangguan bekalan elektrik di pusat penjumlahan undi Dewan Sultan Ahmad Shah, Bentong.

Beliau dilaporkan sebagai berkata: "Dakwaan berlaku gangguan elektrik ketika proses pengiraan undi (di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah) adalah tidak benar. Saya ada di sana sejak pukul 8.30 malam sampai awal pagi, mana ada gangguan bekalan elektrik pun?

"Ramai orang ada di sana...Wartawan ada, jurugambar ada, wakil calon bertanding pun ada. Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pegawai dan anggota polis pun ada di sana. Kalau betul berlaku (gangguan elektrik), mesti semua yang ada di sana boleh sahkan," kata Chin Chen. - Utusan

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!