Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, September 18, 2013

SAHABAT ADAM ADLI NI SEDIA URUS "JENAZAH" CHIN PENG..!!!

ScreenHunter_01 Sep. 18 01.57

Meskipun sudah meninggal dunia dua tiga hari lepas, cerita mengenai bekas Setiausaha Agung Pari Komunis Malaya, Chin Peng, terus hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia khususnya menyentuh mengenai “abu mayat” ketua pengganas itu.

Memang benar, Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk tidak membenarkan Chin Peng disemadikan di bumi “Tanah Melayu” ini. Malah abu mayatnya pun dilarang sama sekali untuk dibawa masuk ke Malaysia.

Namun yang mengejutkan ialah mengenai beberapa juak Pakatan Haram yang seolah-olah sengaja menjulang “abu mayat” Chin Peng sehingga ada yang sanggup “menguruskan jenazah” pembunuh kejam itu.


Misalnya, Khalid Ismath. Dia tanpa rasa malu atau bersalah mengumumkan di laman sosial twitter mengatakan bahawa dia bersedia untuk menguruskan jenazah Chin Peng jika dibawa kembali ke Malaysia.

Malah pada awalnya, “tweet”nya seolah-olah berbunyi begitu sugul dan muram mengumumkan “Mendiang Chin Peng sudah pergi menyahut seruan ilahi”. Betul-betul sayang Khalid Ismath pada Chin Peng yang kononnya pejuang kemerdekaan negara!

Pada saya, inilah contoh terbaik seorang anak muda yang berjaya dipesongkan daya pemikiran dan fahamannya oleh “junta-junta” propaganda Pakatan Haram. Anak muda ini mengiktiraf Chin Peng seolah-olah seorang “wira”?

Mungkin anak muda ini tahu bahawa Chin Peng dan gerombolan komunis merupakan sekumpulan pengganas yang kejam serta pernah membunuh ribuan rakyat negara ini. Dia tahu, tapi dia enggan percaya pada fakta tersebut.

Mungkin dia sudah disuntik doktrin yang kononnya mengatakan “dosa Chin Peng itu sudah berusia 40 tahun dan dia sudah dimaafkan dari segala dosanya”.

Mungkin juga Khalid Ismath sudah dirasuk dakyah Pakatan Haram dan Mat Sabu yang menganggap komunis itu merupakan salah satu pihak yang memperjuang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu suatu ketika dahulu?

Saya tertanya-tanya, kalaulah Khalid Ismath hidup di zaman komunis mengganas dan seisi keluarganya dibunuh dengan kejam oleh pengganas tersebut, apa pula pandangannya terhadap Chin Peng? Dia masih mahu menguruskan “jenazah” Chin Peng?

Inilah contoh anak muda asuhan Pakatan Haram yang berjaya “dibutakan”. Bukan saja “buta sejarah”, malah boleh disifatkan sebagai “buta hati”!

Saya yakin, kalau Khalid Ismath hidup di zaman komunis, berkemungkinan besar berdasarkan akalnya yang sempit, cetek dan bodoh itu, dia sendiri akan menyertai komunis. Budak sepertinya sudah tentu mudah ditipu oleh perjuangan palsu komunis Chin Peng…

Mungkin pada Khalid, Chin Peng adalah idolanya. Kalau benar Khalid Ismath begitu menyanjungi Chin Peng, rasanya masih belum terlambat untuknya bergegas ke Thailand bagi memberikan penghormatan terakhir pada “abu mayat” Chin Peng.

Seterusnya, Khalid boleh menawarkan diri untuk menguruskan “jenazah” idolanya itu, bukan? Khalid berminat untuk ke Thailand? Silakan. Tiada siapa yang menghalang.

Cuma yang sedihnya, anak muda berideologi seperti Khalid Ismath ini sering dianggap “wira” oleh puak Pakatan Haram. Entah “wira” jenis apakah yang mendokong Syiah dan menyokong komunis, saya pun kurang pasti…

Sumber: Mykmu.net

6 comments:

Anonymous said...

Sesiapa yg nak sangat abu Chin Peng elok bagi sorang sikit lepas tu simpan je kat rumah masing2.

Anonymous said...

suruh adam adli simpan abu kote chinpeng.

Anonymous said...

lembu-lembu bodoh pembangkang memang macamtu....bodoh bertingkat-tingkat...

Sebenarnya menyertai pembangkang ni seolah-olah dah hilang 70% daya pertimbangan fikiran...dah tak berapa nak rasional gaya pemikiran....

Gamaknya kalau sebut je BN atau UMNO...terus jadi beruk mat yeh....kalau ketua ajak demo suruh terjun ramai-ramai sungai klang pun lembu-lembu ni pi terjun....bukan tau apa pun

Anonymous said...

Memang dasar komunis... maybe dia bangga kot klu mak dia, adik dia kena rogol dgn komunis depan mata dia... dasar syiah tegar.... mampuslah ko...

Yogi Marsahala said...

memang sebuah dilema membawa jenazah seorang komunis masuk ke Malaysia, kunjungan juga ya ke blog saya www.goocap.com

Anonymous said...

DULU CHIN PENG WARGANEGARA CINA.SKG WARGA THAI.YG BODOH NAK BAWA ABU CINA MAMPUS TU BUAT APA.HANYA ORG BODOH YG MENGANGGAP CHIN PENG PEJUANG KEMERDEKAAN.DIA MASUK HUTAN KERANA TAKUT JEPUN.APABILA JEPUN MENYERAH..KOMUNIS BUNUH MELAYU KERANA NAK TAWAN TANAH MELAYU.PADA MASA ITU ORANG CINA WARGA CINA.ATAS ALASAN APA MEREKA NAK BERJUANG UNTUK KEMERDEKAAN TANAH MELAYU.ORG MELAYU PERLU SAMAN BRITISH KERANA TIDAK HANTAR PULANG ORG CINA YG DIBAWA MRK KE TANAH MELAYU

Bila Kak Su Bersuara... Heh!