Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, September 2, 2013

PEMIMPIN BN KEDAH MANA PULAK BUAT HAL NI..? ADEHH... FITNAH KE NI?

Semalam, aku dapat komen ni dari pembaca blog aku ni. Aku tak tahu la sama ada apa yang dia komen ni betul ke tidak. Tapi rasanya ia perlu diberi perhatian sekiranya benar-benar berlaku di Kedah ni...

Maklum la.. Kerajaan BN Kedah ni menang simple majoriti saja. Kalau ada pemimpin BN yang buat hal, rasanya ia perlu ditegur. Alaaa.. biasa laa.. manusia tu tak boleh lari dari kesilapan. Jadi mana yang kurang tu kita tegur untuk kebaikan bersama...

Cuba tengok komen kat bawah ni... betul ke apa yang dia kata ni?



Komen dari kakao tok...

Aku tak tau sapa tukang komen ni. Tapi nampak gayanya macam penyokong BN jugak. Sebabnya, dia kata dia call pemimpin BN tu. Tapi pemimpin BN tu tak angkat call. Dia try banyak cara pun, pemimpin BN tu tak reply...okay...jelas...

Keduanya, "dia kata susah baru nak cari". Okay...maksudnya, time pemimpin BN ni susah, barulah dia nak cari "kakao tok" ni... hmmmm...ni mesti kes "rasa dipergunakan" ni...

Camni lah. Aku tak tahu la. Mungkin ni "kakao tok" tu orang di bahagian yang pernah pemimpin BN ni mintak tolong gantung bendera ke... mintak tolong beri undi kat dia ke... mintak tolong kempen ke.. mintak tolong apa-apa je lah...

Mungkin pasal terkecil hati tak dilayan atau terpinggir dengan kehadiran tukang-tukang himpit pemimpin BN tu, maka dia terguris hati. Alaaaahhh... takkan tu pun nak tersinggung beb? Relaks laaa...

Cuba tengok kitorang bloggers kat Kedah ni. Relaks jer. Dulu depa tiap-tiap hari cuba dari kami. Sekarang ni? Heh! Biasa la tu... depa busy la tu kot... mana sempat nak layan semua...

Aku harap tukang komen tu sabar. Takpa... pemilihan dah dekat sangat ni. Kalau tak boleh sabar, tak payah lagi dah undi pemimpin BN tu. Dedahkan perangai sebenar dia. Cari ketua baru yang lebih prihatin dan ada masa untuk rakyat...

Kalau ada masalah apa-apa, jangan segan silu... emel je masalah tu kat aku... InsyaAllah.. aku cuba panjangkan pada yang berkenaan. Tapi kalau dia buat tak reti jugak... nasib la kalau aku "tegur" dalam blog...kan? kan? kan?

Bukan apa...Lebih baik kalau aku "tegur" pemimpin BN terlebih dahulu sebelum blogger-blogger PAS "balun" dalam blog depa. Sekurang-kurangnya, aku tegur untuk membina dan puak-puak tu "balun" untuk hancurkan UMNO dan Kerajaan BN Kedah...kan?

Pada mana-mana pemimpin BN, bak kata brader AloqSetaq.blogspot.com, semua rakyat Kedah sekarang ni tertumpu mata mereka pada semua pemimpin BN. Tak kira la ada jawatan ke tidak.. depa tetap akan tumpu perhatian pada kepimpinan Dato' Mukhriz...

Jadi, hati-hatilah para pemimpin Melayu Muslim ku semua. Rakyat sedang memerhati KPI Dato', Tan Sri, Dato' Seri, dan YB semua. Silap langkah sikit...depa akan kutuk. Kalau kutuk kita saja takpa la.. tapi depa akan kutuk UMNO, BN dan MB sekaligus...agak-agak la noooo....adehhh...

1 comment:

kluangman said...

YANG TAK KOMEN PASAL PEMIMPIN BN TU BUKAN TANDA SEMUA OK, TAPI TERLALMPAU BANYAK NAK DISENARAIKAN DAN DAH SAMPAI TAHAP MELUAT.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!