Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, September 4, 2013

PEDAS..!!! BOSS KATA "YES", ORANG KANANNYA KATA "NO"...???

Kebetulan petang tadi aku free dan dapat lepak pekena teh tarik di sebuah kedai mamak kat rumah aku. Mamak tu hulur je teh tarik, tiba-tiba 2 orang member aku menyapa..member lama.. baru balik dari kerja la kot tu...

Member aku kata, dia baru balik dari KL dan tujuan depa ke sana sebab nak jumpa dengan pemimpin UMNO yang bernama "x". Tapi malangnya depa tak dapat jumpa disebabkan oleh orang kanan Dato' "x" tu... depa mengeluh...ye la bebbb... KL dari Kedah tu bukannya dekat..kan?

Ceritanya, sebelum ni depa ada call Dato' "x" tu dan nak jumpa atas satu urusan. Bukan nak mintak duit pun, cuma depa nak suarakan permintaan orang-orang kampung. Tak payah la aku sebut pasal apa yang depa mintak tu.. cukup la kalau aku kata "untuk kepentingan orang ramai"...


Dato X dah beri persetujuan untuk jumpa. Lokasi dan masa pun dah diberi. Tapi bila depa sampai kat situ, "orang kanan" Dato' X kata "Dato sebok, tak dapat jumpa kot hari ni..mai lain kali". 

Walaupun depa dah tunjuk sms dari Dato' X pasal appointment tu, "orang kanan" Dato X tetap kata tak boleh jumpa. Macam-macam alasan yang "orang kanan" tu bagi...Malas nak bertengkar, member-member aku pun blah dari situ....

Aku mintak depa sabar. Mungkin betul kata "orang kanan" tu.. Mungkin Dato' X betul-betul sebok dan tak dapat layan depa. Marah betul member aku bila aku kata macam tu...

Member aku kata, on the way depa nak balik tu, depa sms Dato' X tu.. Dato' X tu kata dia dok tunggu depa tadi..tapi depa yang tak muncul.. Pulak dah! Sapa betul ni? "Orang kanan" yang betul atau Dato' X tu nak cover line?

Entah la. Kes macam ni bukan sekali dua aku dengar. Dah banyak kali dah. Dan pasal benda-benda macam ni la BN tumbang di Kedah dulu... betul tak? Haru jugak kalau macam ni..kan? 

Pada aku, kadang-kadang para pemimpin ni okay...tapi orang-orang kanan depa pulak yang spoil... seolah-olah depa "lebih boss dari boss yang sebenar", kan? Aku faham..kadang-kadang orang-orang kanan ni tension sebab kerja banyak... tapi kena sabar laa.. sebab tu memang lumrah jadi orang kanan.. kalau tak sanggup maka jangan la jadi orang kanan...kan?

Selalunya, kes-kes macam ni la yang akan menyebabkan seseorang pemimpin tu jatuh. Pak Lah dulu jatuh sebab KJ, itu contoh paling jelas. Dan aku yakin korang pun tahu ramai pemimpin dunia yang jatuh disebabkan orang-orang kanan yang duduk di sekeliling depa..kan?

Boss depa kata "OK", tapi depa suka-suka pulak kata "tak OK". Boss dah kata "NO", tapi depa pulak yang kata "YES". Boss depa kata "dalam masa terdekat", tapi depa saja lambat-lambatkan...

Aku tak kata semua orang kanan para pemimpin macam tu. Alhamdulillah kat Kedah ni belum lagi dengar masalah ni secara serius. Kalau ada pun, mungkin hanya dalam lingkungan yang sangat kecil. 

Lebih melegakan, para pemimpin BN di Wisma Darulaman dikatakan mengamalkan dasar "pintu terbuka". Maksudnya, sesiapa pun boleh pi jumpa MB dan para Exco. Tapi kalau jangan la pi jumpa depa pukul 1 pagi kat Wisma pulak... kena marah dengan Pak Guard la jawabnya..

Entah la. Aku pun tak pernah ke Wisma lagi untuk bertemu MB atau mana-mana Exco. Belum ada urusan untuk aku ke sana buat masa ni. Tapi itu la yang aku dengar dari kawan-kawan aku. Tak tau la kalau kawan aku tipu pulak...

Cuma aku harap, takde la kes yang berlaku kat kawan aku yang pi ke KL tu berlaku kat Kedah. Pemimpin BN Kedah sekarang ni bukan macam dulu. Khabarnya Mukhriz tu tegas dan beliau percaya pada merit dan KPI para pemimpin BN...Sapa ikhlas, aku yakin Mukhriz akan tolong...

Tapi jangan la pi mintak projek pulak kat Mukhriz. Silap-silap MB akan tolak mentah-mentah, korang jugak yang sakit hati, kan? Kalau jumpa Mukhriz, cuba la propose nak tolong rakyat dan kerajaan negeri, insyaAllah beliau akan pertimbangkan.. lepas tu doa je laaa..heh!

4 comments:

Anonymous said...

pak lah maen perahu layar dgn artis playboy masa johor banjir tu pun pasalkj ker? koridor taik kedongot tu pon idea kj ker? so... pak lah tu mmg takder otak ker? serupo jugak mcm ahjib ngok tu agak nyer lah kan? pemandu jugak salah... tapi saper yg lantik? bodoh aper punyer cerita nih!

Otak geliga said...

untung la org Kedah dpt Datuk Mukhriz....bagus2

semoga Kedah terus di bwh kepimpinan UMNO

Anonymous said...

biasa la boya boya keliling pinggang...kalau banyak sangat songel orang macam nih,pelempang saja

Anonymous said...

lepas tahun 2016 nanti Mukhriz milik Malaysia plak...hehehe

Bila Kak Su Bersuara... Heh!