Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, September 11, 2013

PAYAH SANGAT KE PEMIMPIN UMNO NAK LETAK JAWATAN?

SELAIN kerancakan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, turut menjadi perhatian dalam pemilihan UMNO pada Oktober ini ialah persaingan di peringkat bahagian.

Tiga jawatan yang sering menyaksikan pertarungan sengit ialah ketua, timbalan dan naib ketua bahagian.

Pelbagai hujah diberikan oleh penyandang dan pencabar dalam usaha mereka menyatakan sebab bertanding.


Bagaimanapun apa juga alasan, yang akan menentukan mereka layak atau tidak ialah ahli-ahli yang akan mengundi.

Ada sesetengah ketua bahagian yang bercakap soal transformasi, tetapi dia sendiri terlalu sukar untuk melepaskan jawatan itu biarpun tidak memberi apa-apa sumbangan bermakna kepada parti, khususnya dalam pilihan raya. Ada pula ketua bahagian kalau boleh hendak pegang jawatan itu sampai mati.

Bagi pencabar pula mereka ada hujah sendiri kenapa ketua bahagian sedia ada perlu ditukar, ia termasuklah ingin membawa perubahan dan memberi nafas baharu kepada kepimpinan bahagian dalam usaha menarik generasi muda. Malah ada pula sekadar hendak 'kacau daun' sahaja.

Setakat ini di beberapa negeri sudah ada tanda-tanda persaingan sengit akan berlaku di peringkat bahagian.

Di Kelantan, contohnya kesemua 14 bahagian kecuali Jeli dan Ketereh dikatakan akan berlaku pertandingan bagi jawatan ketua bahagian. 

Namun yang pasti akan mendapat perhatian ialah 'keberanian' Ketua Pemuda UMNO bahagian Gua Musang, Datuk Bazlan Baharuddin yang dikatakan akan mencabar tokoh politik veteran, Tengku Razaleigh Hamzah bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang.

Tengku Razaleigh sudah memegang jawatan itu sejak 1962, sebelum kembali semula pada 1996 selepas meninggalkan UMNO bagi menubuhkan Parti Melayu Semangat 46. Sepanjang kedua-dua tempoh itu beliau tidak pernah dicabar.

Tetapi apa yang anehnya di negeri Cik Siti Wan Kembang itu masih ada ketua bahagian biar pun kawasan mereka kalah setiap kali pilihan raya kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), namun mereka tetap juga menganggap kononnya rakyat masih memerlukan kepimpinan mereka.

Sindrom ini juga turut melanda Selangor apabila terdapat ketua-ketua bahagian yang bukan sahaja gagal membantu Barisan Nasional (BN) merampas negeri itu daripada pembangkang tetapi kalah di kerusi Parlimen dan DUN dalam pilihan raya umum lalu masih lagi mahu bertanding.

Sepatutnya, mereka mengambil tanggungjawab dengan berundur secara terhormat bagi memberi laluan kepada muka baharu. 

Namun politik tetap politik, ada ketikanya hujah-hujah perjuangan demi kepentingan parti hanyalah retorik sahaja bagi sesetengah ketua bahagian di seluruh negara.

Mereka masih mahu berada di kedudukan itu dengan pelbagai tujuan termasuklah antaranya demi survival politik peribadi.

Bagaimanapun pemilihan UMNO kali ini bukan untuk golongan seumpama itu, jika benar mereka sudah tidak mampu untuk menerajui bahagian maka bersikap terbukalah memberi laluan kepada muka-muka baharu.

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dikatakan jauh lebih getir berbanding PRU-13. Justeru mahu tidak mahu sesetengah bahagian UMNO perlukah perubahan, biarlah mereka ditolak orang UMNO sebelum rakyat menolak parti.

Ia memandangkan pemilihan yang bakal berlangsung adalah bagi membariskan kepimpinan yang akan berjuang demi survival politik UMNO dan bukannya survival politik mana-mana pemimpin. - Utusan

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!