Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, September 4, 2013

MESTI BACA: ARTIKEL TERBAIK PASAL PETROL NAIK 20sen..!!!

petrol2

Pengumuman kerajaan mengurangkan subsidi petrol RN 95 sebanyak RM 0.20 (20 sen) telah disambut dengan kemarahan orang ramai seolah-olah dengan kenaikan ini akan ada mereka yang tidak cukup makan, tidak boleh ke sekolah atau terpaksa hidup seperti fakir miskin.

Memang benar harga petrol naik 20 sen yang akhirnya akan meningkatkan kos sara hidup sekitar RM 8 sehari dan RM 240 sebulan. Ini pun dengan anggapan kita menggunakan petrol sehingga 40 liter sehari.

Saya membuat kajian rambang di kalangan kawan-kawan yang bising mengenai kenaikan harga petrol. Mereka terdiri daripada perokok (RM 10 satu hari), kaki teh tarik (RM 5 sehari), kaki facebook (RM 2 sehari), ada dua telefon bimbit, ada yang bawa kereta macam pelesit (penggunaan petrol yang tinggi), ada pemilik motor besar, ada kaki wayang (seminggu sekali tengok wayang), membayar setiap minggu untuk “ringtone” telefon bimbit dan bermacam lagi perkara yang tidak penting dalam hidup kita tapi kita sanggup bayar tanpa sebarang isu.


Dengan kata lain, kita sanggup berbelanja besar untuk perkara yang sebahagiannya merosakkan kita seperti rokok dan teh tarik, tetapi mahu kerajaan tanggung sebahagian kos penting dalam hidup kita. Kos petrol adalah kos untuk kita ke tempat kerja bagi mencari nafkah iaitu antara elemen terpenting dalam hidup kita, dan kita mahu kerajaan menanggungnya.

Kerajaan masih menanggung kos petrol ini cuma kurang jumlahnya. Namun kita masih menyalahkan kerajaan. Adilkah kepada kerajaan?

Pertanyaan lebih wajar, adilkah kepada anak-anak di Sabah, Sarawak dan luar bandar semenanjung Malaysia yang mengharapkan pembangunan sekolah, elektrik dan air di kawasan mereka? Namun wang ini terpaksa dibelanjakan untuk rakyat di bandar yang melebih-lebih membazir terhadap perkara yang tidak perlu.

IMG-20130904-WA0005

Saya tahu kenyataan ini akan menimbulkan kemarahan ramai orang dan pelbagai alasan lain bahawa kenaikan harga petrol akan menyebabkan kenaikan berangkai perkhidmatan lain. Sekali lagi kita mahukan kerajaan menyelesaikan masalah ita tetapi enggan membantu diri sendiri.

Kebanyakan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di negara ini disebabkan permintaan melebihi penawaran. Sekiranya kita mengurangkan sedikit perbelanjaan sudah tentu banyak pembekal terpaksa mengurangkan sedikit harga bagi meningkatkan jualan.

Fakta Lain

Kerajaan juga diserang secara tidak adil kononnya menipu rakyat mengenai harga RON 95. Menurut ahli-ahli propaganda Pakatan
RON 95 =RM 2.10 + RM 0.63 (subsidi)
= RM 2.73

RON 97 = RM 2.70 (tanpa subsidi)
Persoalannya disini ialah, kenapa harga minyak RON97 lebih rendah harganya daripada RON95?
Sedangkan kita semua tahu bahawa kualiti RON97 lebih tinggi daripada RON95 dan kenaikan harga RON95 sebanyak RM 0.20 telah membuatkan harga minyak tersebut lebih tinggi daripada RON97.
Jawapan – harga sebenar RON 97 seliter untuk pasaran ialah RM 3.28. Bagaimanapun kerajaan tidak mengambil cukai sebanyak 58 sen seliter menyebabkan harga runcit di negara ini ialah RM 2.70.

Kerajaan telah membuat penjelasan ini sejak beberapa tahun lalu tapi masih ada yang cuba memutar belitkan fakta dan mahu mengelirukan rakyat. Adilkah kepada kerajaan? Adilkah kepada Perdana Menteri?

Harga-Minyak-RON97

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak pernah mengenakan cukai jualan bagi pembelian petrol kerana tidak mahu membebankan rakyat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, cukai jualan bagi petrol adalah 58 sen seliter dan kerajaan tidak pernah mengutipnya daripada pengguna.
Ketika menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa harga petrol premium RON97 kini lebih murah berbanding RON95, beliau berkata mereka yang membuat dakwaan itu meninggalkan aspek cukai jualan apabila membandingkan harga pasaran sebenar kedua-dua gred tersebut.
“Mereka sengaja cuba mengelirukan rakyat dengan meninggalkan aspek cukai jualan terhadap RON97,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival India Global 2012 di sini, semalam.
“Harga pasaran sebenar bagi RON95 sepatutnya RM3.18 yang mana subsidi kerajaan sebanyak 70 sen dan cukai jualan 58 sen ditambah pada harga di pam iaitu RM1.90 seliter. “Bagi RON97, harga pasaran sebenar dengan cukai ialah RM3.38 (RM2.80 + 58 sen cukai jualan,” katanya.
Ini bermakna, katanya kerajaan bukan sahaja memberi subsidi bagi petrol RON95 tetapi juga tidak mengenakan cukai jualan terhadap petrol gred itu. Sehingga hari ini, harga petrol RON95 masih RM1.90 seliter, manakala RON97 pula turun 10 sen kepada RM2.80 susulan penurunan harga minyak mentah dunia.
Harga RON97 tidak disubsidi tetapi ditentu mengikut harga pasaran dunia.
“Saya harap rakyat faham bahawa apabila harga RON97 turun tidak bermakna harga RON95 juga turun,” katanya. -Bernama
Sumber: Mykmu.net
 

2 comments:

MMI said...

Slm Duke mohon di pautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com utk makluman blog Tuan sudah pun di pautkan di blog MMI.Tq

Anonymous said...

org kereta besar, memang la, diorang sanggup.
cuba tanya orang kampung yang naik motor kapcai. yang pakai kereta proton.
(sekadar cadangan)

Bila Kak Su Bersuara... Heh!