Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, September 3, 2013

MENARIK..!!! BILA TUN M BERBICARA TENTANG SUNNI & SYIAH...

Dari dulu, aku lihat Tun M sebagai seorang ayah. Lepas Tun M letak jawatan, aku lebih sayang padanya. Pernah aku beberapa kali hampir peluk Tun M, tapi risau dikatakan "gay", aku tak jadi buat macam tu...

Tun M pada aku mengamalkan fahaman Islam yang cukup fundemantel. Tun M cukup wasatiyyah dalam fahamannya tentang Islam. Dia tak esktrim macam PAS. Dia baik dengan PAS di zaman Ustaz Fadhil Noor dulu dan mungkin sampai sekarang macam tu...

Tun M dikenali sebagai "ultra Malay". Kalau berani, cuba la cabar Tun M bercakap pasal survival bangsa. Dia memang truely LEGEND! Kali ni dia bercakap tentang Sunni dan Syiah... baca sendiri.. dan aku sekali lagi setuju dengan tulisan "Che Det" ni...


1. Sejarah Islam dipenuhi dengan permusuhan antara Sunni dengan Syiah. Kerapkali peperangan berlaku di antara mereka. Hari ini kita baca dalam akhbar dan TV berkenaan dengan letupan bom yang membunuh dan mencedera beratus-ratus daripada pengikut kedua-dua mazhab ini semasa mereka sedang sembahyang Jumaat di masjid dan di lain-lain tempat di mana mereka berkumpul.

2. Melihat akan permusuhan dan bunuh-membunuh diantara Sunni dan Syiah, musuh-musuh Islam, Yahudi dan sekutu mereka amat gembira. Bagi mereka, samada Sunni atau Syiah, semuanya adalah orang Islam dan seteru mereka. Kerja mereka untuk melemah dan musnahkan Islam dan orang Islam sedang dibuat oleh orang Islam sendiri.

3. Permusuhan antara Sunni dan Syiah ini tidak berlaku di Malaysia kerana buat sekian lama semua orang Islam di Negara ini terdiri daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah, iaitu Sunni pengikut Imam Shafei. Mereka semua berpegang kepada ajaran Islam yang sama. Walaupun perbezaan politik memisahkan diantara orang Islam di Malaysia, tetapi ia tidak sampai kepada membunuh dan berperang.

4. Sekarang ini ajaran Syiah sedang dikembangkan di Malaysia. Jika Syiah bertapak di sini sudah tentu orang Islam Malaysia akan berpecah lagi. Jarak antara mereka yang terima ajaran Sunni dan Syiah akan semakin luas. Masing-masing akan adakan masjid berasingan dan bermacam lagi perbezaan.

5. Lambat laun permusuhan mereka akan meningkat sehingga mereka akan merusuh, membunuh dan berperang seperti yang berlaku di Iraq, Pakistan dan Syria.
 
6. Kesan daripada ini ialah Negara akan jadi tidak stabil dan tidak aman. Orang Islam di Negara ini akan ditimpa bala yang amat dahsyat. Mereka yang sudah pun lemah akan menjadi lebih lemah. Kerosakan yang teruk akan berlaku seperti yang kita lihat di Negara-negara di mana Sunni dan Syiah bermusuh.

7. Selama ini kita berpegang dan menganuti agama Islam tanpa banyak masalah. Kita tahu di Iran dan beberapa Negara Islam yang lain ada penganut agama Islam Syiah. Kita tidak ingin menimbulkan masalah bagi mereka dengan mencuba mengembangkan fahaman dan mazhab Sunni di kalangan mereka. Sebaliknya janganlah cuba membawa fahaman Syiah ke Malaysia yang aman kerana kita berpegang kepada satu mazhab yang sama.

8. Kepada kamu agama kamu, kepada kami agama kami (Lakum dinukum waliyyadin). Al Quran menerima adanya orang yang beriman dan ada yang kafir. Tidak ada paksaan dalam Islam. Mereka yang kafir bebas dengan kekafiran mereka dan mereka yang Islam juga bebas menganuti dan mengamal ajaran Islam. Dengan itu permusuhan tidak akan berlaku dan masyarakat menjadi aman.

2 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya puak Shiah dari dulu lagi memanglah mengamalkan ajaran yang tidak sealiran dengan pegangan ahli Sunni tapi mereka tidaklah sampai bunuh membunuh. Hanya sejak beberapa tahun lalu, mereka menjadi extrim kerana ada dikalangan mereka telah di'rasuk' oleh mereka yang memang tidak mahu lihat orang Islam bersatu dan hidup aman dan damai dan sejak itu mereka jadi aggresif dan extrim. Perbezaan pegangan ugama dijadikan modal unutk menyemarakkan apa permusuhan.

Muslim said...

Jika diteliti dlm sejarah, ulama' yg tergolong Ahli Sunnah adalah yg paling moderate, paling toleren dan berlapang dada terhadap perbezaan pandangan, pendapat dan ijtihad sesama Islam, tidak mudah menafikan keIslaman golongan yg tak sependapat, dan tidak mudah mengistiharkan permusuhan kpd golongan yg tak sependapat. Mrk juga tidak mudah mengistiharkan penentangan kpd pemerintah walaupun ada situasi mrk sendiri teraniaya. Atas dasar ini dimana pegangan Sunnahnya kuat kurang berlaku perbalahan serius sesama Islam. Di Malaysia, bila sekian bnyk aliran pemikiran dan mazhab dr luar masuk perbalahan beragama mula timbul. Sesetengah yg mengaku Sunnah tp cara pemikiran tidak menggambarkan pegangan Ahli Sunnah bahkan pemikiran lebih condong muktazilah, khawarij dan syiah, isu kafir mengkafir, pulau memulau timbul bahkan sampai ke tahap diseru penentangan terhdp pemerintah Islam atas dasar kononnya utk menegakkan Islam.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!