Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, September 11, 2013

KENAPA MUKHRIZ LAYAK BERTANDING NAIB PRESIDEN?

Memang aku tahu ramai rakan-rakan yang mahu Datuk Mukhriz bertanding Naib Presiden UMNO kali ini. Aku pun sama. Kalau Mukhriz bertanding, memang aku sokong. Sokong bukan pasal bodek, tapi sebab dia memang layak pun...

Kalau Mukhriz bertanding Naib Presiden, maka dah ada 3 orang calon Naib dari Kedah pada Pemilihan UMNO kali ni.. maksud aku, Datuk Mukhriz bertanding Naib Presiden, Datuk Suraya bertanding Naib Ketua Wanita dan YB Sabrina bertanding Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia...

Maknanya, MB dan 2 orang Exco Kerajaan Negeri Kedah tawar diri untuk berkhidmat sebagai Naib di peringkat UMNO Pusat...


Kalau ada seorang Pemuda tawar diri nak bertanding Naib Ketua Pemuda, maka lengkap la calon-calon dari Kedah untuk bertanding jawatan-jawatan Naib di peringkat UMNO Pusat...kan?

Aku tengok, ada jugak orang dok pertikai... Pemimpin UMNO di Kedah ni baru saja menang PRU ke-13 dan baru saja bentuk kerajaan. 

Kononnya, depa nak MB dan Exco-Exco tu berikan fokus pada Kerajaan BN Kedah yang baru dibentuk terlebih dahulu dan tak payah bertanding mana-mana jawatan penting dalam UMNO Pusat... 

Alasan depa ialah "sempat ke nak jadi MB dan Exco kalau dah jadi Naib-Naib ni?" Kononnya takut "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"...heh!


Pada aku, aku tak berapa setuju dengan pandangan macam tu. Alaaaa...cuba tengok pemimpin-pemimpin UMNO sekarang ni.. DS Najib tu macam-macam jawatan beliau pegang sama ada dalam parti mahupun Kerajaan Pusat... sempat je dia buat kerja...

Malah Tun M dulu pun sama macam DS Najib...Malaysia ni membangun di bawah Tun M dulu... aku tengok sempat je Tun M balik tengok kawasan Parlimen dia dulu...heh!

Tu belum lagi tengok Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Puteri, Naib Ketua Wanita, Naib Ketua Pemuda, Naib Ketua Puteri...sempat je diorang buat kerja...

Paling jelas, cuba tengok contoh Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim. Dia Naib Ketua Pemuda, dia Ahli Parlimen Muar, dan dia Timbalan Menteri... dia buat kerja okay je aku tengok.. sempat je cater semua kerja...

Jadi, apa isu sebenarnya? Sebenarnya depa nak calon pilihan depa saja yang bertanding. Padahal, Kedah ni memang selalu mengeluarkan pemimpin UMNO yang hebat-hebat belaka.. bukan nak meninggi diri...tapi cuba tengok track record Kedah...

Tunku Abdul Rahman dari Kedah, Tun M dari Kedah..kan? Ada 2 orang PM yang penting dari Kedah.. Bukan la aku bersifat kenegerian atau "assobiyyah"... cuma mungkin tokoh dari Kedah ni mungkin lebih menonjol...dan aku takkan sokong kalau pemimpin tu betul-betul tak layak...


Jadi pada pandangan aku, melihat pada track record, pengalaman jatuh dan bangkit  kembali, pengalaman berkhidmat untuk rakyat, daya pemikiran yang berIQ tinggi lebih jauh dari "Naib" Presiden PAS Mahfuz Omar, semangat keMelayuan dan jatidiri mempertahankan bangsa...maka aku isytihar sokong semua calon "Naib" dari Kedah...kecuali Mahfuz laaaa..heh!

Cuma aku minta Datuk Mukhriz pertimbangkan la permintaan kami untuk bertanding Naib Presiden UMNO. Pada aku, nothing to loose kalau Mukhriz bertanding Naib Presiden..tawarkan khidmat diri sebagai Naib Presiden pejuang Islam, Melayu dan Tanah Melayu...takkan rugi kot?

Setahu aku, Datuk Mukhriz restu 2 orang Exconya bertanding Naib. YB Suraya dan YB Sabrina bertuah dapat restu dari MB. Dan kami nak beritahu MB Kedah bahawa kami sokong Mukhriz Mahathir bertanding Naib Presiden... 

Korang ada masalah? Terserah la bro.. ni bukti kita amalkan demokrasi. Sokong yang layak, dan tidak menafikan peluang calon lain. Tak boleh la nafikan peluang calon lain...itu namanya "kurang sihat"... dan vice versa laaa..kan? Be fair.. adil dan rasional...

Kita beri peluang pada yang layak, salah ke? Takkan itu pun salah kotttt... agak-agak laaaa.. heh! Takkan la kita nak jadi PAS pulak? Mat Sabun "Normah kuasa dua" pun diangkat jadi Timbalan Presiden.. Mahfuz yang IQ tahap bawah kaki tu pun boleh jadi Naib Presiden PAS.. heh!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!