Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, September 25, 2013

INI MACAM PUN PAS MAU PELUK LAGI KAAA..???

DAP tipu Pas

Lebih kurang empat hari lagi, DAP dijangka akan mengadakan pemilihan CEC semula setelah pemilihan seumpamanya yang diadakan pada akhir tahun lalu dicemari dengan kontroversi yang mencalar kreadibiliti “Dinasti Lim”, khususnya “Khalifah Guan Eng”.

Pada 29 September ini, dijangka seramai 2,576 perwakilan dari seluruh negara akan mengundi bagi proses pemilihan tersebut.

Dikhabarkan, DAP terpaksa mengupah sebuah firma antarabangsa, PKF Accountancts and Business Advisors untuk memantau proses pengundian CEC kali ini.


Melihat pada perkembangan terbaru DAP itu, saya berpandangan bahawa parti “chauvinis ultra kiasu” itu sudah hilang sama sekali kreadibilitinya. Integriti yang selama ini dilaungkan pemimpin parti itu pun sudah punah sepenuhnya.

Bila DAP memutuskan untuk mengadakan pemilihan CEC sekali lagi, ia membayangkan bahawa parti itu telah mengesahkan dakwaan ramai ahlinya yang mengatakan bahawa berlaku penipuan pada pemilihan CEC yang lalu.

Antara fakta yang gagal dijawab kepimpinan DAP sehingga kini ialah mengenai soal 500 perwakilan yang kononnya telah menghantar surat mengatakan tidak dapat hadir ke mesyuarat pemilihan CEC yang lalu.

Lebih menimbulkan persoalan, Anthony Loke yang sebelum ini beriya-iya mahu mengemukakan 500 surat itu juga “diam seribu bahasa”. Jangankan surat, sampul surat pun dia tidak mampu kemukakan.

Begitu juga dengan kontroversi yang mengatakan sebanyak 753 cawangan yang mendakwa tidak mendapat notis mesyuarat sewajarnya, seolah-olah sengaja dipinggirkan dari menunaikan proses demokrasi di dalam DAP.

Demokrasi apa yang DAP cuba laungkan pada rakyat Malaysia kalau dalam partinya sendiri pun tidak demokrasi? Hakikat itu pun masih gagal dijawab parti itu walaupun pemilihan semula CEC akan berlangsung kira-kira empat hari lagi…

Paling utama, apa perlunya DAP mengupah syarikat antarabangsa untuk memantau pemilihan CEC kali ini? Apakah DAP tidak punya kreadibiliti lagi untuk mengadakan pemilihan secara telus? Apakah para perwakilan DAP kini tidak lagi percaya pada organisasi parti yang menjalankan pemilihan parti?

Sampai terpaksa upah syarikat antarabangsa? Sudah tentu ia melibatkan kos yang mahal, bukan? Namun saya yakin, biar semahal mana pun upah yang diberikan pada syarikat itu, ia tidak akan mampu membayar nilai maruah dan harga diri DAP yang hilang.

Kalau benar pun DAP sudah tidak lagi dipercayai, takkanlah parti itu tidak boleh mengupah “sahabat baik” mereka, Ambiga, untuk mengetuai jawatankuasa proses pemilihan CEC kali ini? Atau DAP pun tidak percaya pada Ambiga?

Ya, mungkin DAP sendiri pun malas untuk melayan kerenah Ambiga. Silap-silap nanti Ambiga paksa DAP gunakan dakwat kekal dan sebagainya pula pada pemilihan CEC parti itu. Teruk! Tak terlayan DAP nanti, bukan?

Namun apa yang pasti, DAP bukan saja hilang maruahnya, malah parti itu tidak lagi boleh dipercayai. Mungkin sebab itu salah seorang pemimpin akar umbi parti itu, David Dass, telah memfailkan injunksi mahkamah agar melarang parti itu mengadakan pemilihan CEC semula.

Mungkin pada akar umbi DAP, parti mereka itu sudah tidak lagi boleh dipercayai. Kalau dipantau syarikat luar sekalipun, mungkin juga “Dinasti Lim” sudah membayar syarikat itu untuk menangkan “dinasti” tersebut dan “kroni-kroni” yang berada di dalam “chai” mereka.

Apapun, kita nantikan pemilihan CEC DAP kali ini dan kita sama-sama perhatikan bagaimana taktik baru “Dinasti Lim” untuk menipu para perwakilan dan akar umbi parti mereka sekali lagi. Agak-agak apa pula “muslihat” mereka kali ini?

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

apapun keputusan cec ni nanti, org cina tetap tak sokong bn. so what's the big deal about the cec?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!