Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, September 30, 2013

HOT..!!! SELEBRITI DAP AKUI PARTINYA KUAT TIPU..!!!

Aspan bangga jadi ahli DAP sebelum PRU13 dulu...heh!
Apa cerita ni bro? Marah-marah ni apahal? Sebab tak dipilih jadi calon pada PRU ke-13 hari tu ke? Dah tak terpilih jadi calon, depa tak pilih bro jadi pemimpin utama parti ke sampai marah-marah macam ni?

Alamakkk...! Dulu kitorang dah pesan dah. Dah bagitahu dah dulu... DAP tu bohong je. Kuat menipu... tapi bro degil... nak masuk jugak DAP tu.. sekarang bro marah-marah pulak? Ungkit pasal calon PRU... ungkit pasal perkauman dan sebagainya? Heh!

Cuba korang tengok bro Aspan Alias ni... pelik betul kenyataan dia kat bawah ni.. Dulu sokong sangat DAP... sikalannnggggg...???


Lebih setahun lalu, bekas ahli veteran Umno,  Aspan Alias menyertai DAP yang terus menjulang beliau sebagai bukti parti pembangkang itu juga didokong oleh kaum Melayu dan bukannya bangsa Cina sahaja.
Hari ini Aspan bersuara lantang, namun bukan untuk memuji DAP tetapi membidas parti itu sebagai organisasi perkauman yang tamak mahukan kuasa politik orang Melayu.

Beliau menuduh DAP sebagai memperalatkan orang Melayu, malah institusi Islam sendiri.
“DAP pandai main politik, mereka nak kuasa politik hingga sanggup belanja besar. Tambah peruntukan bagi Majlis Agama Islam Pulau Pinang dari RM10 juta kepada RM60 juta setahun," kata beliau.  

“DAP bagi semua itu tapi yang penting (kuasa) politik dia mahu kawal. Itu DAP. Saya dah masuk DAP, jadi saya tahu,” kata Aspan.

Aspan berkata parti itu ghairah menonjol diri sebagai mewakili pelbagai kaum namun sebenarnya hanya memperalatkan kaum Melayu demi agenda untuk menawan Putrajaya.

“DAP itu membohong. Mereka kata memperjuangkan 'multi-racial' (pelbagai kaum). Hari-hari dulu telefon saya, wakil ketua menteri (Lim Guan Eng) datang jumpa saya minta tolong masuk DAP,” kata beliau kepada Antarapos.  

Aspan, seorang bekas blogger Umno, memperhebatkan serangan terhadap DAP menjelang pemilihan semula parti itu hujung minggu ini.

Pemilihan semula itu diarahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Pada pemilihan lalu, semua lapan calon Melayu dan lebih 90 peratus calon India tewas dalam saingan kerusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), sekali gus menempelak cubaan Guan Eng untuk mencanang DAP sebagai parti pelbagai kaum.

Pemerhati politik menjangka calon-calon Melayu akan terus dipinggirkan sekali lagi ini jika tidak ada “campurtangan” daripada ibu pejabat parti.

Pemilihan semula CEC diadakan selepas DAP meminda keputusan pemilihan yang membolehkan Setiausaha Politik Guan Eng, Zairil Khir Johari dilantik sebagai ahli CEC.

Tindakan itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan akar umbi sehingga ROS enggan mengiktiraf CEC pimpinan Guan Eng dan mengarahkan pemilihan baru diadakan.   

Aspan berkata DAP bukan parti yang memperjuangkan kepentingan rakyat merentasi kaum, namun ghairah memberikan gambaran sedemikian untuk “melembutkan” imejnya sebagai parti rasis.

“Mereka pergunakan orang Melayu untuk tampal sahaja untuk dapat sokongan.

"DAP memang parti Cina. Semua cakap-cakap pemimpin DAP adalah pembohongan semata-mata,” kata Aspan yang sebelum itu menganggotai Umno hampir 30 tahun.

Aspan berkata pemilihan calon oleh DAP pada PRU yang lalu adalah petanda jelas parti itu bersikap rasis tidak mempunyai niat untuk berkongsi kuasa dengan kaum lain.

“Kalau kita sama-sama iktiraf Zairil Khir Johari sebagai orang Melayu, kita (DAP) hanya ada dua sahaja wakil rakyat. DAP ada 93 orang Ahli Parlimen  dan Adun namun hanya seorang sahaja Ahli Parlimen dan Adun adalah  Melayu,” kata beliau.

“Itulah parti berbilang kaum yang dilaungkannya. Mereka berbohong. Selagi DAP tak berubah mereka tak dapat kuasai kerajaan,” tegas Aspan.

Aspan menuduh Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang yang juga penasihat parti  sebagai pemimpin autokratik.

“Kit Siang dan Guan Eng adalah keluarga. Mereka ibarat tokong. Orang lain kena ikut semua tindakannya. Jika bukan mereka berdua, ada Anthony Loke", kata Aspan.

Anthony Loke adalah Setiausaha Kerja DAP dan pengerusi parti di Negeri Sembilan serta dilihat sebagai orang kanan Guan Eng.

Aspan berkata DAP ghairah mencari kunci untuk menawan Putrajaya kerana tidak mahu kekal sebagai parti pembangkang untuk selama-lamanya.
“Keluarga DAP nak kuasa (di Putrajaya) sebab dah lama berjuang, asyik-asyik jadi pembangkang. Macam orang miskin,  bila dapat keluar dan jadi kaya mereka menunjuk-nunjuk kekuasaannya seperti di Pulau Pinang. Sebab itu mereka nak juga rasa kuasa di Putrajaya. Tetapi mereka takkan dapat," tegas beliau.

Meskipun membidas kepimpinan DAP sejak akhir-akhir ini, Aspan belum dikenakan sebarang tindakan displin oleh parti.

Loke dilaporkan berkata Aspan kecewa tidak dipilih sebagai calon pada PRU ke-13 dan DAP akan mengambil tindakan terhadapnya apabila perlu.

Aspan berkata sungguhpun beliau sudah lama menyerahkan borang permohonan untuk menyertai DAP, beliau masih belum diperakukan sebagai ahli sah.


No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!